Wednesday, 20 May 2015

Alamak Dah Hampir Setahun Tak Datang Haid..Normalkah Bagi Ibu Yang Menyusu?

Masalah period yang tidak menentu atau tidak datang langsung memang merisaukan kaum hawa.Ramai juga wanita mempunyai masalah haid dan mereka tidak akan berdiam diri macam itu saja kerana masalah haid ini akan melibatkan gangguan mental dan fizikal kita.

Mana tidaknya,antara contoh jika period tidak datang dalam masa setahun,apa yang anda fikirkan?Adakah aku mengandung lagi?Oh tidak..bayiku masih kecil..tak sanggup nak mengandung lagi buat masa terdekat..Tapi jika rezeki Allah swt nak bagi apa boleh buatkan..Redha jer..




Tapi apa yang saya nak ceritakan disini ialah jika ibu yang menyusukan bayi,period tidak datang hampir 2 tahun,adakah ianya normal atau akan mendatangkan masalah besar?


Jawapannya, ialah ia tidak ada masalah langsung pada ibu yang menyusukan jika tidak datang haid pada tempoh yang agak lama.Tetapi jika wanita itu tidak menyusukan badan,haruslah berjumpa dengan pakar sakit puan untuk membuat rawatan.

Susu Badan ibu Tiada Tandingannya

Apakah kaitan haid dengan menyusu badan?


Proses penyusuan ni melibatkan hormon prolaktin iaitu iaakan dihasilkan apabila bayi menghisap susu badan. 
Hormon ini berfungsi untuk menghasilkan susu yang banyak. 

Selepas ibu bersalin, sumber hormon estrogen yang tinggi iaitu plasenta dikeluarkan, jadi hormon estrogen akan menurun dan hormon prolaktin pula yang tiba-tiba meningkat. Sebaik sahaja penyusuan dimulakan, hormon prolaktin akan terus meningkat.


Hormon prolaktin yang dihasilkan di kelenjar pituitari ini akan menghalang perembesan hormon estrogen yang terlibat dalam kitaran haid. Kedua-dua hormon ini umpama musuh. Jika salah satu hormon tinggi, maka yang satu lagi akan menurun. 

Disebabkan hormon prolaktin yang tinggi dalam darah atau disebut juga prolaktinemia, maka hormon estrogen akan menurun. Jadi kitaran haid akan terganggu kerana proses pembebasan telur atau ovum tidak berlaku.


Oleh sebab itu, penyusuan secara ekslusif terutamanya dalam 6 bulan pertama boleh mencegah kehamilan, tapi ini tidak bermakna anda tidak perlu berhati-hati kerana tidak semestinya anda tidak datang haid sebab menyusu, takut nanti boleh jadi termengandung pulak. 

Kalau di hospital kerajaan memang awal-awal sudah diberi pil perancang atau dinasihatkan untuk merancang kehamilan secepat mungkin.

Saya sendiri sekarang Syifa dah hampir setahun dan saya belum pernah datang haid dalam tempoh ini.Memang tak pernah berlaku pada saya sebelum ini.Untuk anak-anak yang sebelum ini,saya hanya mampu menyusu badan selama 5 hingga 6 bulan sahaja.

Maklumlah,masa tu saya memang sibuk bekerja,memang saya ada buat perahan susu tapi mungkin faktor kuantiti susu badan yang sikit atau cara perahan yang tidak betul juga membuatkan susu badan kering dengan cepat.

Tapi sekarang saya memang fully breastfeeding kerana saya seorang WAHM.Alhamdulillah,susu badan semakin banyak dan meriah walaupun dah hampir setahun.Saya juga amalkan supplement untuk menyusu badan dan untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran badan.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri saya disini..In Shaa Allah saya akan kongsikan lebih banyak lagi mengenai masalah-masalah kesihatan yang lain.

Monday, 18 May 2015

Kentut Vagina ??? Opsss malu Weii bila Suami Dengar

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera

Hari ni saya nak kongsi cerita mengenai malah dalaman wanita iaitu KENTUT VAGINA.Saya pasti ramai wanita diluar sana mengalami masalah ini kan.Tapi mereka hanya mampu berdiam diri oleh kerana ada perasaan malu nak dikongsi dengan orang lain.Kentut ni weiii mestilah malu kan.Apalagi bila suami kita sendiri yang menegur.Mana nak letak muka yang comel ni..hihi..

Muka Cantik Dalaman pun kena Sihat tau


Okey,apa maksud kentut vagina ni ye?Bahayakah untuk kesihatan wanita ni?Jom mari kita sama-sama kupas isu ini.

Maksud Kentut Vagina


Vaginal Flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan satu keadaan dimana alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.

Image Vagina
 
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.
Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.
Angin itu adalah udara di sekeliling,yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau. Walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.



Bagaimana kentut vagina ini boleh terjadi?


Kentut Vagina sering dialami oleh wanita terutamanya yang telah menopause. Selain itu, ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga sering terdedah kepada masalah kentut vagina kerana alat sulit menjadi longgar selepas perineum digunting ataupun terkoyak semasa proses kelahiran.

Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopos. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari.Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasuki kedalam faraj tertama ketika posisi sujud.


Kentut Vagina juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Seterusnya ia akan menyebabkan rahim jatuh keluar daripada faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.



Cara Mengatasi Kentut Vagina


Anda boleh membuat senaman kemutan ataupun dipanggil senaman “kagel” untuk menguatkan lantai pelvik. Cara membuatnya senang sahaja iaitu dengan kemut otot pelvik anda selama 5 saat dan rehat 5 saat. Ulang sehingga lima kali setiap sesi dan seeloknya boleh dilakukan bila-bila masa. Sambil duduk tengok tv pun boleh buat.


Pengambilan Supplement/Vitamin Untuk Mengatasi Masalah Kentut Vagina?

Ape yang SHAKLEE dapat membantu dalam masalah kentut vagina ini? Terdapat satu produk shaklee untuk masalah ini iaitu Alfalfa Complex. Bagaimana Alfalfa membantu ?

Alfafa dianggap sebagai kacip fatimah iaitu bertindak sebagai “PERAPAT” lalu mengembalikan hubungan hangat antara suami isteri.


 Selain itu, dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit.

Sekian info untuk hari ini..Semoga ianya memberi manfaat untuk anda semua.

Thursday, 7 May 2015

Merawat Masalah Gout Supaya Kaki Tidak Lagi Bengkak Seperti Kena Bakar

Dalam banyak-banyak supplement air yang saya sangat suka ialah Performance Drink.Dengan rasa oren yang sedap dan sangat natural membuatkan kita nak minum selalu tanpa was was.

Ramai juga pesakit gout gemar mengambil Performance Drink ini sebab hanya dalam satu botol dah nampak kesannya.Pelanggan saya juga berpuas hati sebab selain masalah gout dah tiada,badannya tidak lagi rasa letih dan lemau.Yelah,selalu kerja bahagian luar panas pulak tu,masuk pulak tempat sejuk memang badan pun dah tidak stabil.Sekarang,setiap hari dia akan bekalkan Air Performance Drink ke tempat kerja.



Kenapa saya galakkan Performance Drink?


Performance Drinks adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar) berbanding minuman isotonik diluar sana.

Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus mengatasi masalah dahaga – KURANG BERASA HAUS!

★ Bersifat isotonik kerana mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dalam darah kita dan kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya - tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT YANG MELAMPAU!

★ Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan dan sangat baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot)

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:



  • Ibu hamil dan yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
  • Mereka yang sedang alami demam denggi.


Setiap rumah wajib ada Performance Drink ni sebab bila-bila masa boleh bancuh air ni kalau anak demam ke selsema ke.Kadang tu,suami bancuh sendiri air ni bila rasa badan tidak sihat.



Jika ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya Pn Zainab di talian 017-3954394 untuk keterangan lanjut dan nasihat kesihatan secara percuma.

Saturday, 25 April 2015

3 Cara Cegah Lahirkan Bayi Kembar Siam

Semua ibubapa didunia ini inginkan bayi yang sihat dan selamat.Tiada seorang pun yang nak anak mereka dilahirkan tidak sempurna.Tetapi jika takdir dah ditentukan dapat anak tidak sempurna apa boleh buat rezeki Allah swt sudah beri.Kita kena terima jugak dengan seadanya.

Syifa ketika beusia 3 bulan


Kebanyakkan bayi yang tidak sempurna ialah masalah sumbing,cacat penglihatan,cacat fizikal,kembar siam dan macam-macam lagi masalah yang ada.

Bila sebut masalah bayi kembar siam ini,tiada jawapan yang sebenar apa punca berlakunya bayi kembar siam.

Saya suka ingin kongsikan dengan anda semua Cara untuk Mencegah Bayi Kembar Siam.


Setelah kita mengetahui beberapa hal tentang penyebab bayi lahir kembar siam dan juga bagaimana proses kembar siam dapat terjadi, cara mudah dan sederhana mencegah bayi Lahir Kembar Siam adalah dengan menjaga keadaan kehamilan Anda. 

3 langkah yang mungkin dapat membantu anda untuk menjaga kehamilan dengan sihat dan selamat.

1. Memastikan Kesihatan yang sempurna sepanjang kehamilan

Memastikan keadaan tahap kesihatan ibu hamil sangat diperlukan dalam hal ini.Mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang tidak diperlukan ketika hamil dan sentiasa dipantau oleh doktor jika ingin mengambil sebarang ubat-ubatan.

2. Penuhi Keperluan Nutrisi selama Kehamilan

Pengambilan Nutrisi yang secukupnya bermula diawal kehamilan supaya bayi dalam kandungan mendapat zat dan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran.Ibu juga memainkan peranan penting supaya menjagaa pemakanan yang seimbang.


3. Mengenal Tanda Kehamilan Anda

Ada sesetengah orang,kurang mengetahui tentang keadaan kehamilan yang sebenar.Mereka mengambil mudah tanpa memikirkan keadaan bayi dalam kandungan.


Sebagai contoh,tanpa disedari,jika ibu hamil merasa tidak sihat sakit kepala,sakit badan dengan tiada rasa bersalah mereka menelan ubat dengan sesuka hati tanpa mndapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Untuk itu, perlu anda ketahui beberapa tanda kehamilan ini sendiri. Mungkin anda perlu mempelajari tentang kehamilan untuk memastikan bahawa diri anda sedang dalam proses awal kehamilan. juga ibu hamil terkadang tidak menyedari kehamilan sehingga mengambil beberapa makanan dan ubat ubatan yang membahayakan kehamilan.

Anda dapat waspada dengan perubahan perubahan sebagai awal kehamilan yang terjadi pada tubuh untuk mengurangi risiko kembar siam.


credit

Friday, 24 April 2015

Punca Terjadinya Masalah Kembar Siam..Memang Sangat Menyedihkan


Hari ini saya tertarik untuk berkongsikan mengenai KEMBAR SIAM.Malam tadi tengk berita mengenai kembar siam lagi.Terdetik dlam hati macam mana lah kembar siam ini boleh terjadi.Mesti ada sebab-sebabnya kan.Tidak dapat nak bayangkan macam mana kehidupan mereka yang kembar siam ni kan.

Pagi ini saya cuba google mengenai masalah kembar siam ni.Tetapi bila duk cari gambar kembar siam ni macam-macam jenis ada rupanya.Tak sanggup nak tengok sampai habis.Terus menitis air mata bila melihat gambar-gambar yang menghayat hati.Apa lagi bila tengok bayi yang baru lahir,perasaan rasa amat sedih sebab ada yang kembar bahagian kepala,dada,bahu,punggung,kaki dan macam lagi la.

Kembar Siam bahagian dada
                                   
  
Kembar siam bahagian perut dan kebawah


Kembar Siam bahagian perut

Bila melihat gambar-gambar diatas apa perassan anda sekarang?Saya sendiri memang tak sanggup nak tengok lama-lama.Sebenarnya banyak lagi gambar yang lebih teruk,tapi cukup ini sahaja yang saya nak kongsikan.

Amaran : Buat ibu-ibu yang sedang hamil anda tidak boleh melihat gambar seperti ini.kata orang-orang tua ia akan menjadi badi.Tapi saya tak pasti kebenarannya.Wallahualam..


Apakah Punca Terjadinya Kembar Siam ni?


Kembar siam terjadi kerana telur yang dibuahi oleh satu sperma membelah diri sedemikian rupa menjadi kembar monozigotik tapi kemudian terhenti pembelahannya sebelum sempurna. Jadilah kembar siam (mempunyai salah satu atau banyak organ yang dipakai bersama-sama untuk berdua). Pembelahan yang tidak sempurna dapat ringan misalnya hanya pada dinding perut,  atau dapat berat seperti satu jantung berdua, satu kepala berdua (dua badan, empat kaki dan empat tangan) dan kejadian kembar siam sulit dicegah.

Meski penyebab kehamilan kembar belum diketahui, banyak faktor yang diduga menjadi penyebabnya. Salah satunya adalah faktor genetik. Faktor ubat subur yang diambil dengan tujuan agar sel telur matang secara sempurna, dapat menjadi penyebab terjadinya bayi kembar. Alasannya, jika induk telur boleh mengeluarkan sel telur dan diberi ubat subur, maka sel telur yang dah matang akan banyak pada masa yang sama. Misalnya kembar siam atau kembar melekat juga termasuk kategori kembar. Kata kembar melekat sendiri jadi istilah dikeranakan saling melekat pada anggota badan.

Sedangkan penyebab yang berhubungan dengan ubat-ubatan, penyakit infeksi, atau lingkungan yang tidak mendukung pun masih tanda tanya. Sebabnya, bila diperhatikan selama ini, kembar siam yang diungkapkan di media massa memang lebih banyak berasal dari keluarga kurang mampu. Namun, tidak perlu terlalu khawatir anak kita lahir kembar siam, sebab hal demikian jarang terjadi. Yang terpenting, usahakan agar tubuh tetap sehat dan hati bahagia terutama dalam menyiapkan masa kehamilan.

credit

Walaupun perkara ini jarang-jarang sekali berlaku,kita haruslah sentiasa berhati-hati dan mampu mencegah dari awal.Tidak lupa juga pastikan mengambil vitamin yang secukupnya ketika hamil.

In Shaa Allah,semuanya pasti sihat dan selamat dengan izinNya jua.Semoga entri kali ini bermanfaat untuk kita semua.

Thursday, 23 April 2015

4 Punca Serangan Gout hingga Buatkan Anda Tidak Boleh Tidur Malam..Aduh Sakitnya Tuh Disini

Saya ada terbaca dari google jugak antara jenis sakit selain mati ialah sakit gout adalah no 2.Tapi yang saya tahu no 2 ialah sakit bersalin.Ermmm macam mana tahap kesakitan gout ni sebenarnya ye.Sakit sangat ke?

Dalam keluarga saya ramai adik beradik lelaki yang kena masalah gout ni.Tak pasti sama ada ianya penyakit keturunan ke apa.Sekali dia datang menyerang,memang kaki bengkak merah menyala macam kena bakar gitu..Aduiii sakitnya tuh disini kan..

Contoh kaki kena GOUT


Apa sebenarnya GOUT ni?


Istilah Gout berasal daripada perkataan Latin "Gutta" yang bermaksud " Setitis". Merupakan sejenis bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan asid urik yang berlebihan didalam badan. 

Asik urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Bahan kumbuhan ini dibuang dari badan kita melalui air kencing (urin).

Bagi pesakit Gout, asik urik berlebihan tidak dibuang, malahan berkumpul didalam sendi.Gout akan sering serang pada ibu kaki.

Tanda-Tanda Penyakit Gout


★ Sering menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki tersangat sakit,bengkak,panas dan merah.

★ Demam yang sederhana/rendah.Serangan yang berlaku secara tiba-tiba.Sendi yang diserang menjadi bisa sehingga disentuh secara lembut pun akan terasa sakit.

★ Boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

★ Sakit yang berlarutan berhari-hari ataupun 1 ke 2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.Keradangan tisu-tisu disekeliling yang mengakibatkan kulit bengkak dan sakit yang amat sangat serta sukar digerakkan pada kawasan yang terjejas.

4 Punca Masalah Gout Yang Dapat Dikesan


1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis, daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang.

2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.

3. Masalah kesihatan - Gout kerap berlaku dalam kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang tidak normal

4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout

Kadang-kadang tu,bila tengah sakit sangat makan ubat tahan sakit pun tidak berkesan.Ramai juga yang bertanya saya supplement apa yang boleh diambil jika mempunyai masalah GOUT.

Mengikut kandungan yang ada dalam setiap jenis vitamin Shaklee ni,ada 3 jenis yang sesuai untuk merawat gout ini.



Alfalfa > bertindak sebagai detok semulajadi dan boleh mendetokkan darah dalam badan.Perlu minum air 3 liter sehari untuk membantu melancarkan proses detok dan pembuangan urik asik.

Omega Guard > Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi dan mengurangkan kesakitan. Sangat penting bagi mereka yang mengalami Gout yang sangat teruk.

Performance Drink > Memelihara dan mengekalkan imbangan cecair dan elektrolit dalam badan bagi menggelakkan penghidratan.Pesakit Gout perlu menyingkirkan asik urik dengan cara pembuangan air kecil secara kerap.Ia juga berfungsi menggantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Pengambilan air + lemon secara berterusan juga boleh mengurangkan kadar uric acid di dalam badan.


AMARAN !
Elakkan makan makanan berprotein seperti daging, makanan laut, kambing.

Elakkan minuman manis dan bergas.

Elakkan makan Ais krim, butter dan keju.

TESTIMONI selepas amalkan set Gout




Dengan pengambilan supplement yang betul dan teratur dapat membantu merawat masalah gout dengan cepat dan berkesan.

Berminat nak dapatkan SET GOUT boleh hubungi saya Pn Zainab di talian 017-3954394.

posted from Bloggeroid

Saturday, 18 April 2015

Kenapa Saya Suka Sangat Dengan Bisnes Sekarang Hinggakan Tak Pandang Bisnes Lain Dah.

Dalam banyak-banyak bisnes yang pernah saya ceburi..Shaklee lah antara yang terbaik dan tulus..kenapa saya kata tulus??sebab makin banyak kita buat makin banyaklah yang kita akan dapat.Tiada istilah upline dapat lebih dari downline.Jom saya kongsikan cerita saya yang tak seberapa untuk anda semua supaya boleh ambil iktibar dan pengajaran.

Minat Berbisnes sejak dari sekolah rendah


Sebenarnya saya memang minat dalam bisnes ni dari sekolah rendah lagi.Masa tu kakak saya buat kuih dan suruh saya jual kat sekolah.Rasa suka sangat bila kakak bagi duit upah tolong jual.Habis sekolah saya dapat kerja di Shah Alam,kerja kilang je pun yang penting halalkan,masa tu umur 18 tahun dah sibuk-sibuk join macam-macam bisnes.

Antara satu bisnes yang saya paling ingat ialah A....saya pernah join satu bisnes nie.kena jual produk jugak..saya berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sales  yang banyak.

Kerja kat kilang,memang ramailah kawan dan pelanggan saya..setiap bulan boleh dikatakan untung jualan saya dekat rm1k..masa tu dah cukup seronok dah..banyak sangat dah rasa..hihi..kalau dicampur dengan gaji saya lagi..dah dekat rm3000.



Duit banyak sampai lupa nak ambil tahu point bonus


Hidup bujang pulak tu,memang seronok sangat sebab boleh bagi duit lebih kepada mak ayah kat kampung,boleh beli apa yang kita nak.Oleh kerana dah rasa duit dah cukup banyak,maka tak sempat nak fikir bab-bab bonus point jualan tu..nak dijadikan cerita..BONUS POINT yang saya punya tu diambil oleh upline saya sendiri( memang teruklah orang tu)..



Upline Yang Tidak Jujur


Entah macam mana cara yang dia ambik tu saya pun tak tau..tapi sebab upline yang TIDAK JUJURlah membuatkan saya jadi tawar hati nak berbisnes.
Tetapi selepas saya join Shaklee nie ianya memang bagus..sebab siapa yang rajin usaha dia yang dapat..walaupun ada upline..dia takkan dapat point dari kita..Shaklee sendiri yang akan bagi point kat upline kita..so,adilkan !! Yang penting kita haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan..Rezeki tidak datang bergolek depan mata kita..kecuali dengan izinNya..yang Maha Pemberi.



Nak tau kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee nie?haa..meh baca keistimewaan lain Shaklee...


1 ) Mengubah hidup saya lebih tenang dan selesa

 2) Banyak sangat kelebihan dan faedah yang Shaklee bagi kepada SID mereka

3 ) Pelanggan sentiasa memberikan komen yang positif dan saya dapat makan-makan kat hotel secara percuma!!




Jika anda ingin merasai sendiri hebat ke tidak bisnes Shaklee ini,kena cuba dulu.Dan saya pasti anda juga akan terpikat..

Boleh hubungi saya Pn Zainab Mat Rani untuk maklumat lanjut.No telefon 017-3954394.Nak gunakan whatsapp pun boleh.

Semoga anda juga boleh berjaya dunia dan akhirat.Amiinnnn Ya Rabb