Wednesday 23 September 2015

Siapa Nak Pergi Trip Bertaraf 5 Bintang Secara Percuma ??

Tahun ini makin banyak insentif yang Shaklee tawarkan kepada pengedar yang aktif.Kali ini juga Shaklee beri peluang kepada pengedar yang baru join untuk berpeluang melancong ke luar negara secara PERCUMA.Untuk yang sudah di rank pertama ( supervisor dan senior supervisor ) juga layak mendapat peluang keemasan ini.



BANGKOK TRIP


Syarat untuk mendapat trip percuma ini senang sahaja.Yang mana belum mendaftar sebagai Shaklee in Distributor lagi sangat dialu-alukan kerana ia paling senang untuk anda target dan dapatkan peluang keemasan ini.

Bilakah peluang ini bermula??

Ia bermula dari sekarang !!!

Dengan hanya RM79.50 untuk yuran keahlian dan semangat yang kental untuk berjaya anda pasti dapat ke Bangkok secara percuma! Bukan itu sahaja, kalau ada buat belian produk semasa mendaftar, boleh dapat sebotol Vitalea bernilai RM93.30 secara percuma tau!

Untuk tahun ini Shaklee menawarkan 3 trip percuma untuk semua para ahli Shaklee yang layak iaitu : 


  1. percutian ke Orlando USA
  2. percutian asia special trip ke Bangkok
  3. percutian ke Melaka


Semua ini adalah percuma !!! semuanya ditanggung oleh syarikat.Anda tak perlu nak fikirkan duit atau bajet lagi kerana semua penginapan,beg bagasi,makanan disediakan bertaraf 5 bintang !!

Okey tunggu apa lagi??
Jom daftar ahli sekarang kerana memang banyak kelebihan yang ada dalam syarikat ini..dan tidak akan dapat di tempat lain.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di:

Facebook : Zainab Mat Rani

Hp no: 017-3954394 ( sms,whatsapp,telegram )

Monday 21 September 2015

4 Jenis Makanan Untuk Rawat Sembelit Supaya Boleh Senyum jer Bila nak ke Tandas

Alangkah seksanya jika mengalami sembelit yang kerap setiap hari!Betul tak? Saya pasti semua orang akan mimpi ngeri jika sembelit melanda masalah anda.


Kita terpaksa menghabiskan masa yang lama meneran di dalam bilik air tetapi hasilnya tidak memuaskan.





Apakah itu sembelit?



"Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti olehmeneran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar."


Apakah cara untuk mengatasi sembelit agar mudah buang air besar setiap hari ?



Antara Makanan untuk mengatasi sembelit :


1) Betik





Betik mengandungi fiber yang membantu melawaskan usus. Amalan memakan betik setiap hari membantu kita membuang setiap hari, lagipun sedap kan betik ni? So, no more sembelit :)


2) Pisang





Pisang memang bagus sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. Selain fiber, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, Vit B1, B2, B6 c, niasin dan folat.


3) Oat





Oat sangat kaya dengan fiber, jadi inilah sebab mengapa oat berperanan sebagai pelawas, mengelakkan sembelit.



Diet yang mengandungi banyak serat makanan mengurangkan risiko penyakit dengan memperbanyakkan najis, mengurangkan masa transit makanan melalui saluran gastrousus, mengurangkan tahap kolesterol darah dan membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah.



Serat oat didapati merendahkan kolesterol darah apabila dimakan sebagai sebahagian diet rendah lemak. Adalah dianggarkan bahawa penurunan setiap satu peratus kolesterol darah dapat mengurangkan dua peratus risiko penyakit jantung koronori.


4) Air





Amalan minum air ksong bagus untuk kesihatanAir membantu proses penghadaman dalam badan, dan membantu proses pelawasan dalam badan, sebab itulah air berperanan untuk mengelakkan sembelit. Minumlah air kosong dengan banyak setiap hari, seelok-eloknya bersukat untuk setiap 20kg berat badan anda, minumlah 1 liter air. Jadi, kalau 60 kg? Minumlah 3 liter air berperingkat-peringkat setiap hari :)



Jika ada yang tidak gemar memakan buah buahan ini,saya ada cadangan lain untuk anda !!Lebih senang Dan mudah iaitu dengan mengamalkan 2 Jenis supplement sahaja.


Saya sendiri mengamalkan Ostematrik untuk masalah sembelit.Alhamdulillah ia sangat membantu saya.

Supplement Semulajadi sangat membantu mengatasi Sembelit.





1) Herblax

Herblax berperanan mengaktifkan usus supaya proses pelawasan dan pembuangan najis besar dapat berlaku dengan mudah. Jadi, Herblax berperanan membantu mengatasi sembelit dengan mudah!


Apa yang bagus jika amalkan Herblax?



  • Anda akan mudah lawas dengan khasiat senna leaves
  • Detoks badan, kerana mengandungi alfalfa dan blue malva flower
  • Najis menjadi lembut dan pergerakannya dimudahkan di dalam usus dengan khasiat dari herba Barkthon Bark
  • Jika anda terlebih makan dan juga mengambil alkohol, fennel seed atau jintan manis di dalamnya membantu mengeluarkan toksin terkumpuldan masalah kembung perut juga dapat diatasi
  • Badan yang mengandungi lebihan air dapat diatasi dengan khasiat akar culver atau Culver's root ini, ia juga sesuai untuk pesakit asma
  • Yang paling best, sudah tentu anda akan rasa perut akan mengempis dan kurang buncit! Boleh dicuba pada orang belum mencuba herblax ini :)


Namun, Herblax tak boleh diambil setiap hari! Dapatkan aturan makan yang berkesan dari saya untuk hasil yang optima mengatasi sembelit.






2) Ostematrix


Kandungan magnesium di dalam Ostematrix membantu melawaskan kerana ia bersifat laksatif. Magnesium membantu juga untuk melembutkan najis

Jadi, sudah terbongkar rahsia mengapa Ostematrix sangat penting untuk masalah sembelit, bukan?

Selain dari Ostematrix dan Herblax, boleh mengamalkan Alfalfa setia hari kerana Alfalfa mengandungi fiber yang tinggi! Tapi, awas! Jika anda mengambil fiber dalam kuantiti yang banyak, minumlah air sebanyak yang mengkin, jika tidak, kesannya boleh jadi berlawanan.

Apa-apapun,mestilah Minum air dengan banyak walau apa cara dan alasan anda sekalipun !!


Yang penting, makanlah makanan yang tinggi fiber, banyakkan minum air kosong dan lakukan senaman yang teratur setiap hari untuk membantu mengatasi sembelit ini.Air boleh diminum bersukat, iaitu dengan mengambil 3 liter setiap hari.


Semoga anda bebas dari sembelit selepas ini. Selamat mencuba!

Jika berminat nak dapatkan vitamin dari saya boleh wassap 017_3954394.Konsultasi mantap secara percuma sepanjang hayat..

Wednesday 16 September 2015

Kisah Afiq Dan Asthma Semakin Pulih Selepas Amalkan Omega Guard

Dengan keadaan cuaca yang semakin teruk sekarang ni,jerebu pulak semakin meningkat IPU nya,ramai kanak-kanak yang diserang masalah asthma,demam,batuk dan selsema.Tidak kurang juga dengan orang dewasa.Rata-rata yang update status di facebook,tidak sihat,demam dan batuk teruk.

Masalah ini juga berlaku pada anak lelaki saya Afiq Zulfan 2 minggu lepas.Sebelum ini keadaan dia sihat walafiat je,tiada batuk dan selsema pun.Tetapi oleh kerana dia banyak aktiviti luar,main tak ingat dunia,semputnya nampak nak kembali.Batuk tak henti-henti.Masa dia kena batuk batuk tu saya berada di hospital ( Syifa warded ).

( Untuk pengetahun,Afiq disahkan oleh doktor dia ada masalah asthma sejak umur 5bulan lagi.Boleh dikatakan setiap bulan akan ke klinik mengambil ubat dan sekali nebulizer sampailah umurnya 7tahun.Sekarang alhamdulillah asthma memang dah lama tidak datang dalam hidupnya..hihi )

Sambung balik ye...Jadi,Abinya membawa Afiq pergi ke klinik untuk mengambil ubat batuk dan asthma.Doktor memeriksa keadaan Afiq masa tu tiada asthma cuma hampir nak kena asthma je.Doktor hanya bagi ubat batuk je.Tapi dalam 5hari duk makan ubat batuk tu tetap tiada perubahan, masih batuk tanpa henti.

Selepas saya balik rumah( Syifa dah sembuh dari demam,syukur ),saya bagi Afiq telan 2 biji Omega dan konsisten mengambil omega 3 hari je,Alhamdulillah batuk dah sembuh.Asthma pun tak jadi nak serang..hihi

Syukur..Afiq dah semakin sihat.Nasihat saya kepada ibubapa yang anak mereka ada masalah Asthmani,ambillah Omega kerana ia bukan sahaja untuk merawat asthma malah banyak lagi manfaat Omega ini.


Ni gambar tahun lepas punya,sekarang dah makin tembam
                        


Ada sesetengah kanak-kanak atau dewasa,mereka hanya mengambil inhaler jika diserang asthma kerana ia dapat melegakan pesakit.Namun, sampai bila pesakit terpaksa bergantung kepada inhaler semata-mata? Apakah cara terbaik untuk mengatasi penyakit asma ini?

Sedikit info !!



Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard
 membantu meredakan inflamasi.

Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?


1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia


OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.


2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal


Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran

                      


Jadi dapatkan sekarang! Berikan yang terbaik buat anda dan anak anda!

Jika ibubapa berminat nak dapatkan vitamin minyak ikan terbaik ni,boleh dapatkan dari saya Pn Zainab ( whatsapp 017-3954394 )

Tuesday 15 September 2015

Atasi Asthma Tanpa Nebulizer dan Ubat-ubatan..Hanya Amalkan Omega Guard

Masalah lelah atau Asthma adalah antara masalah pernafasan yang ramai menghidapinya dikalangan kita.Apabila diserang asthma ini,mereka tidak selesa untuk bernafas .Ini adalah kerana saluran pernafasan semakin sempit.

Punca saluran pernafasan menjadi sempit ialah akibat mukus yang menempel atau berkumpul di bahagian dinding saluran pernafasan anda.Antara cara yang paling pantas untuk mengawal asthma ialah menggunakan nebulizer.Hanya dalam beberapa minit asthma akan hilang selepas mengambil nebulizer


Nebulizer dan Asthma

Penyakit ashtma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana, ketika pesakit diserang ashtma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.

Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.


Apakah yang menyebabkan Asthma ?


Asthma lazimnya berlaku disebabkan oleh masalah alergik terhadap sesuatu contohnya, habuk, bulu haiwan, ‘dust mites’, jerebu, cuaca terlalu sejuk dan lain-lain.



Asthma dikalangan kanak-kanak


Menurut kajian jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat, dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun.

Kira-kira 50%-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% akan mendapat asthma berterusan.


Punca serangan asthma biasanya bermula dari :


  • alahan hidung seperti habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya

Supplement yang Terbaik untuk asthma ialah Omega Guard dan Nutriferon



                     


Omega Guard (Asid lemak Omega-3)

Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.


Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.


Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.



Nutriferon Antibiotik yang paling natural



NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)

Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara.

Bagaimana interferon membantu? 



Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.


Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.


Telah ramai ibu-ibu yang mempunyai anak asthma berpuas hati selepas menggunakan produk Shaklee. Satu testimoni terbaru daripada pelanggan saya dimana anaknya yang mengalami asthma, batuk teruk lalu diberikan Omega Guard.



Kahak keluar dengan sendiri..Asthma semakin PULIH

                                 
   

Makan ABC mesti batuk teruk sampai nak muntah..lepas ambik omega tiada batuk batuk dah !!



Jika ibu-ibu dan bapa-bapa yang berminat,boleh hubungi saya Pn Zainab di talian 017-3954394 ( Whatsapp dan Telegram pun boleh jer  )


Konsultsi percuma dan istimewa untuk semua pelanggan kami !!!

Wednesday 9 September 2015

Ilmu Mengenai Hutang Dhuha Yang Anda Wajib Tahu Supaya Kita Tunaikan Solat Dhuha Dengan Ikhlas Hati !!

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera..

Apabila disebut mengenai solat dhuha ni ada yang tidak tahu fadhilatnya dan ada juga yang tahu tapi buat-buat tak tahu..Errmmm macam mana tu kan..Saya sendiri pun sebelum ini nak buat solat sunat dhuha pun kadang-kadang ada perasaan malas dan ada masa tu berkira-kira nak buat.Aishhhh nauzubillah..Mintak dijauhkanlah aku dari perasaan buruk ni.

Hari ini saya nak kongsikan ilmu yang saya dapat dari group telegram.Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua dan lepas baca ilmu baru ni moga kita tunaikan solat Dhuha dengan lebih ikhlas dan tawadduk.Seperti mana yang kita ketahui sangat besar fadhilat berdhuha ini contohnya cara yang paling mudah untuk menjemput rezeki




Hutang Dhuha 


Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya. 

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang Tabungan kena Curi !!


Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga. 

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha 

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha 

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

 ❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya 
Jom mengajak orang lain untuk berdhuha juga😍



Selamat Mengerjakan solat dhuha !!

Tuesday 8 September 2015

7 Sebab Kenapa Rezeki Tak Datang Dekat KIta

Semakin dikejar semakin lari..Lagi dikejar lagilah dia lari..Itulah dia REZEKI..Tetapi jika kita berusaha bersungguh-sungguh,berdoa dan bertawakkal..in shaa Allah akan ada jawapannya.

Jika masih belum ada rezeki dan kenapa rezeki tak nak datang dekat dengan kita..Jom kita muhasabah diri apa puncanya.

Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa sebab. Bila bersebab, baru lah sesuatu akan terjadi. Sebab apa rezeki tidak datang?

1. Kerana…


kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak kira kecil mana kelebihan yang kita ada, perlu tanamkan rasa kesyukuran atas rezeki yang kecil itu.

2. Kerana…


kita selalu dalam keadaan sedih, risau, takut dan perasaan-perasaan negatif lain. Perasaan ini akan memakan diri sendiri untuk terus diselubungi kegusaran fikiran. Bila minda tertutup, tindakan positif akan terhenti.

3. Kerana…


kita egokan diri kita dan fikirkan kita tidak mahu belajar dan terima teguran. Kita fikir kita telah tahu segalanya dan tidak perlu menambah ilmu. Rezeki tidak akan datang tanpa ilmu.

4. Kerana…


kita sombong pada manusia, dan makhluk Allah termasuk haiwan. Sifat sombong dan tidak menghormati yang lain tidak kira pangkat atau darjat.

5. Kerana…


kita enggan membantu mereka yang memerlukan tetapi mengharap orang laun membantu kita. Bila kita membantu seorang, sebenarnya 10 lagi akan membantu kita.

6. Kerana…


kita mepunyai rasa tamak dan fikirkan kita sahaja berhak untuk terima rezeki bukan orang lain. Perasaan dengki, irihati dan benci melihat rezeki orang lain akan menutup rezeki kita.

7. Kerana…


kita sombong dan lupakan suruhan Allah swt dan tidak meminta dariNya, kerana Allah sahaja lah pemberi rezeki yang utama dan bukan manusia.

Pastinya ada sebab mengapa rezeki tidak datang kepada kita. Tanggungjawab diri adalah untuk sentiasa muhasabah diri sentiasa dan lihat bagaimana kita boleh perbaiki diri supaya mudah rezeki akan datang.



InshaaAllah!

Monday 7 September 2015

Cara untuk Merawat Bayi Demam Terlalu Panas Sebelum kena Sawan

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera..


Lama sangat dah saya tak update entri dalam blog ni.Ya Allah banyak sangat ujian dan cabaran yang ku terima sejak 2 menjak ni.Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang ada.

Minggu lepas baby saya Syifa dimasukkan ke wad kecemasan kerana demam terlalu panas dan nafasnya terlalu laju.Lagipun,masa tu hari ketiga dia kena demam,badan dia terlalu lemah hinggakan dia tak menangis langsung,tak bermaya.Doktor ambik darah banyak kali kat tangan kaki pun dia tiada respon langsung.

Masa tu ramai doktor datang tengok Syifa sebab mereka kata ada something tak kena dengan baby awak ni.Puan bersabar ye..Masya Allah,Tuhan saja yang tahu perasaan ibu melihat anak mereka tak bermaya,badan dipenuhi dengan wayar-wayar.
Terus jadi sihat bila dapat mainan masak-masak.Hadiah dari Mok Da..Terima kasih Mok Da !!!

Dipendekkan cerita,keputusan darah dan X-tray Syifa didapati ada kuman dalam paru-paru dan darahnya kurang zat besi,tekanan darah pun sangat rendah.maknanya seminggu jugakla kami bermalam di wad sebab doktor nak pantau masalah Syifa dan kena habiskan ubat antibiotik.


Masalahnya sekarang ni memang terlalu ramai sangat yang kena demam dan batuk-batuk tak kira kanak-kanak mahupun dewasa.Apa punca sebenarnya?Jom ketahui apakah maksud demam.

Apa itu DEMAM ?


" Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan.Apabila mereka menemui sesuatu yang asing  seperti virus, bakteria atau fungus mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. 

Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman"

Berapakah suhu badan yang NORMAL bagi seorang bayi?


Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar.

 Sebab itu jika anda perasan, bayi kebiasaanya akan mempunyai badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah Celcius pada waktu petang.


Apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan bayi tersebut meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif, masih mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu dirisaukan sangat.

 Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan, meragam dan sukar untuk ditenangkan maka bawalah bayi untuk pemeriksaan lanjut.

Cara untuk mengesan bayi Demam biasa atau Luar Biasa


1 ) Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75%). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia 3 tahun.

2 ) Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang 5 minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Selalu awasi suhu badan anak anda !!

3) Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang meronta-ronta.

Cara untuk Merawat Bayi Demam Terlalu Panas Sebelum kena Sawan


Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah merawat demam :

* Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. 

Paracetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2 bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.


* Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam) atau jangan pakaikan apa-apa baju ketika badan dia terlalu panas.

* Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

* Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula . Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

* Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda - biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

* Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

* Jangan biarkan anak anda kelaparan - bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

sumber : sihatselalu.com.my

Antara altenatif lain untuk merawat anak-anak yang sering demam dan tidak aktif ialah berikan mereka vitamin tambahan atau supplement yang sesuai untuk membantu mereka lebih sihat dan cergas.