Tuesday 26 April 2016

Wajib Tahu Kenapa Selalu Lapar !!

Assalamualaikum..

Oleh kerana ramai yang terlalu obses nak kurus,tambah lagi nanti nak pakai baju raya cantik tak muat pulak,mai sini saya nak kongsikan beberapa Info mengenai hormon Leptin yang menyebabkan punca ANDA jadi gemuk !

Hormon leptin ni dikenali sebagai hormon kelaparan. Kenapa ia dipanggil sebegitu? Leptin ni adalah sejenis protein yang berada dalam sel lemak, memasuki salur darah dan menuju ke otak.
Leptin ni berapa dalam sel lemak ye.

👉secara ringkasnya kalau hormon leptin tinggi, kita akan rasa kenyang !!
😩Maknanya jika kalau hormon leptin rendah,ia akan menjadi lapar!!

Untuk masalah kali ini suka saya syorkan untuk ANDA semua iaitu supplement Shaklee.Produk shaklee yang boleh membantu dalam pengurusan berat badan adalah Omega Guard.

Kuasa Omega ialah ia mampu meninggikan hormon leptin.
Sebab tu bila kita makan omega boleh jadi rasa tak nak makan lagi dengan berlebihan.


Bukan setakat Mampu kurus otak pun bijak tau


Secara mudahnya, hormon leptin tinggi, kita akan rasa kenyang dan tak nak makan banyak manakala bila hormon leptin rendah, kita akan mula rasa kelaparan dan akan mencari makanan.
Okey,boleh faham tak pasal hormon ni?

Leptin ni berada dalam sel lemak,bermakna kalau kita gemuk bukan ke secara lojiknya leptin juga tinggi?

👉Bila dah obesiti, badan akan alami masalah rintangan leptin
sepatutnya hormon leptin tinggi tapi dah jadi kucar kacir.
Walau hormon leptin tinggi, tapi hormon leptin ni tak berjaya nak beri isyarat pada otak untuk beritahu yang badan sudah cukup tenaga dan tak perlukan tambahan lagi.

Maka akan jadi songsang, badan semakin besar atau obesiti tapi otak tidak terima signal kata dah cukup dan akan bagitau badan kena makan lagi dan lagi.


Kenapa boleh jadi rintangan leptin? Apa puncanya?


👉Pengambilan gula yang berlebihan,
👉stress yang melampau
👉tidak cukup tidur
👉paras insulin yang tinggi dalam badan
👉makan berlebihan.


Untuk orang yang ada masalah ini, makan banyak mana pun tapi tak kenyang juga maka boleh sangatlah cuba telan Omega Guard ni.Dibandingkan Pula dengan Lecithin lagi the best kesannya.




Untuk order Omega guard ni mudah saja..Wassap ke Zai IbuManis 017.395.4394 dengan segera..Sementara promosi masih ada!!!

Tuesday 5 April 2016

5 Tips Guna Aircond Sepanjang Masa Tapi Boleh Jimatkan Elektrik !!

Salam sejahtera Dan selamat petang semua..

Moga ANDA semua sihat sihatlah ye,dengan cuaca sekarang sangatlah tinggi suhunya ada sesetengah kawasan suhu sampai 42°C .Suhu yang agak tinggi di negara kita.Kita duk dalam rumah pun panas apa lagi jika berada di luar rumah Cuba bayangkan macam manalah abang kakak PakCik makcik yang kerja buruh tu atau yang bekerja dibawah matahari?Ya Allah kesiannya..panas terik tu..sekarang musim strok haba lagilah terasa kepanasannya.

Apa tindakan ANDA !!
Macam macam cara sebenarnya untuk kita sejukkan badan atau stabilkam suhu badan.Antara alternative yang biasa sangat kita buat untuk menyejukkan badan ialah dengan memasang penyaman udara atau aircond.Tak kira dalam kereta atau pun dirumah.



Masalah sekarang ialah bila sentiasa memasang aircond dalam rumah bil elektrik melambung lambung naik.Sangat berbeza jika kita pasang aircond sepanjang masa dengan pasang Hanya bila perlu saja.Haaa bila cerita Pasal bil elektrik nih mari sini saya kongsikan berapa bil elektrik saya setiap bulan😊😊

Bil eletrik kat rumah saya takdelah mahal sangat,Biasa setiap bulan anggaran dalam rm60 hingga rm100 macam tu.Oppss,Sekarang musim panas ni bil elektrik sudah cecah ke rm130 ++..Tapi,Jika nak dibandingkan dengan orang lain saya pernah dengar ada yang sampai rm100 hingga rm300.Ermmm banyak sangat tu bil elektrik nya..aduiiii..

Okey,hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua Tips untuk menggunakan aircond dengan betul supaya Mampu Jimatkan bil elektrik ANDA !!!Yang mana saya mencari cari tips ini dari encik Google kita Dan cuba perhatikan jika ada perubahan dalam bil elektrik kita nanti!


1. Semakin rendah suhu yang disetkan pada aircond kita, maka semakin kuat compressor perlu bekerja untuk menstabilkan suhu bilik sehingga mencapai suhu tersebut. Bayangkan, bilik tidur kita yang seharian panas disebabkan cuaca yang panas, bila tiba waktu malam, kita on kan aircond pada suhu 16 darjah Celsius. Memang bertungkus lumuslah aircond itu bekerja untuk capai suhu 16 darjah Celsius itu. Dan sudah semestinya aircond itu bekerja guna elektrik! Jadi pastikan kita set suhu yang bersesuaian seperti 21 hingga 24 darjah Celsius, pun sudah memadai untuk mendinginkan kawasan bililk..

2. Untuk pastikan aircond tidak menggunakan tenaga elektrik lebih daripada sepatutnya, pastikan juga aliran udara melalui unit tersebut tidak terhalang. Pastikan filter atau penapis aircond adalah bersih daripada habuk dan kotoran.

3. Gunakan timer untuk matikan aircond setelah gunakan dalam tempoh tertentu pada waktu malam, Contohnya setkan timer untuk matikan aircond setelah 1 jam kita masuk tidur, ataupun pasang aircond setengah jam sebelum kita masuk tidur untuk dinginkan bilik dan set kan timer untuk matikan aircond selepas sejam digunakan.

4. Gunakan cara konvensional yang praktikal untuk  menyejukkan bilik, seperti menutup langsir bagi tingkap bilik yang menghadap ke arah matahari atau pun membuka tingkap selama sejam setiap awal pagi untuk membolehkan udara sejuk masuk mendinginkan bilik.

5. Penggunaan aircond yang mempunyai mod jimat tenaga atau energy saver mode adalah lebih baik. Apabila aircond berada dalam mod jimat tenaga, apabila bilik telah mencapai suhu yang dikehendaki dan compressor telah berhenti, seluruh unit aircond tersebut turut akan dimatikan. Dan apabila suhu bilik kembali meningkat, seluruh unit aircond tersebut akan dihidupkan semula. Pada masa ini, aircond hanya akan menggunakan mod kipas untuk menstabilkan semula suhu bilik dan compressor tidak dihidupkan, Lebih banyak 'compressor-off time', lebih banyak tenaga elektrik dapat dijimatkan.

Selamat mencuba ye..harap harap ianya akan berkesan untuk mengurangkan bil elektrik kita setiap bulan.

Sedikit info !!

👉Aircond - aircond banyak menggunakan elektrik untuk bahagian kompressor (unit di luar bilik) berbanding bahagian blower (unit di dalam bilik).

👉Memasang aircond dengan lama tak semestinya menggunakan elektrik dengan banyak.

👉Kurangi suhu sejuk yang disetkan untuk tidur pada waktu malam, biasanya suhu 26-27 darjah sudah memadai, tak perlu disetkan sampai 23-20 sejuknya TETAPI tidur menggunakan selimut!

👉Aircond adalah penyaman udara... bukan lagi penyejuk udara. Kita tak perlukan udara sejuk, kita perlukan udara yang nyaman.sejukkan bilik 15 minit lebih awal pada pelarasan suhu yang rendah seperti 20 darjah tetapi setelah itu naikkan suhu kepada 26-27 darjah sebelum lelapkan mata.

👉Gunakan setting 'sleep' pada remote. Selain daripada fungsi senyapnya, untuk sesetengah jenama aircond, fungsi 'sleep' ini ialah untuk menaikkan suhu secara automatik e.g. 26 darjah untuk 60 minit pertama, 27 darjah untuk 60 minit seterusnya dan 28 darjah untuk seterusnya.

👉Cuci sawang-sawang yang ada pada filter (unit di dalam bilik) dengan kerap.

👉Kalau aircond unit itu sudah lama, sudah sampai masanya untuk diservis. Aircond yang tidak diservis akan berkurangan efficiency. Bila kurang efisien, aircond menggunakan tenaga elektrik lebih.pasang bidai di dinding luar atau tingkap yang terdedah kepada direct sunlight. Ini untuk mengurangkan haba panas yang tersimpan pada dinding pada waktu malam.

Okey, semoga Tips ini dapat member Manfaat untuk kita semua !!!