Monday 18 May 2015

Kentut Vagina ??? Opsss malu Weii bila Suami Dengar

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera

Hari ni saya nak kongsi cerita mengenai malah dalaman wanita iaitu KENTUT VAGINA.Saya pasti ramai wanita diluar sana mengalami masalah ini kan.Tapi mereka hanya mampu berdiam diri oleh kerana ada perasaan malu nak dikongsi dengan orang lain.Kentut ni weiii mestilah malu kan.Apalagi bila suami kita sendiri yang menegur.Mana nak letak muka yang comel ni..hihi..

Muka Cantik Dalaman pun kena Sihat tau


Okey,apa maksud kentut vagina ni ye?Bahayakah untuk kesihatan wanita ni?Jom mari kita sama-sama kupas isu ini.

Maksud Kentut Vagina


Vaginal Flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan satu keadaan dimana alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.

Image Vagina
 
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.
Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.
Angin itu adalah udara di sekeliling,yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau. Walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.



Bagaimana kentut vagina ini boleh terjadi?


Kentut Vagina sering dialami oleh wanita terutamanya yang telah menopause. Selain itu, ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga sering terdedah kepada masalah kentut vagina kerana alat sulit menjadi longgar selepas perineum digunting ataupun terkoyak semasa proses kelahiran.

Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopos. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari.Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasuki kedalam faraj tertama ketika posisi sujud.


Kentut Vagina juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Seterusnya ia akan menyebabkan rahim jatuh keluar daripada faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.



Cara Mengatasi Kentut Vagina


Anda boleh membuat senaman kemutan ataupun dipanggil senaman “kagel” untuk menguatkan lantai pelvik. Cara membuatnya senang sahaja iaitu dengan kemut otot pelvik anda selama 5 saat dan rehat 5 saat. Ulang sehingga lima kali setiap sesi dan seeloknya boleh dilakukan bila-bila masa. Sambil duduk tengok tv pun boleh buat.


Pengambilan Supplement/Vitamin Untuk Mengatasi Masalah Kentut Vagina?

Ape yang SHAKLEE dapat membantu dalam masalah kentut vagina ini? Terdapat satu produk shaklee untuk masalah ini iaitu Alfalfa Complex. Bagaimana Alfalfa membantu ?

Alfafa dianggap sebagai kacip fatimah iaitu bertindak sebagai “PERAPAT” lalu mengembalikan hubungan hangat antara suami isteri.


 Selain itu, dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit.

Sekian info untuk hari ini..Semoga ianya memberi manfaat untuk anda semua.