Wednesday 30 March 2016

Resipi Sambal Ketuk atau Totok Sedap dan Marbeles SeSangat

ah buat apa tu? Masih belum masuk dapur lagi ?? Hihi. Saya pun belum lagi.Pening tak tau nak masak apa lah hari nie.Biasa kalau dah ada apa apa menu yang nak di masak memang laju je masuk dapur.

Bila time malas datang,semua benda tak menjadi..huhu..Tapi bila datang mood rajin tu,dari pagi sampai ke malam masakkk aje kerja.Macam semalam pagi saya bancuh cekodok ikan bilis ala ala special hihi ada letak Udang ayam sayur sayur Dan yis bagi kembang Dan naik Cantik je..Rasa Sedap Dan gebus gebas gitu.

Tengah hari pulak,saya masak Nasi Arab bersama Ayam panggang.Ni kes mengidam nak makan. Maka bertungkus lumuslah kat dapur siap kan nasi Arab.Alhamdulillah Anak balik sekolah berpinggan Pinggan jugak diorang makan..

Lepas tu,petang saya buat Kuih apa entah namanya,yang sibuk duk viral kat Facebook tu..ermmm..Oooo Dah ingat tart telur versi mudah sesangat..hihi..Tapi yang ni hasilnya tak berapa menjadi sebab kulitnya agak keras.

Malamnya Pula saya buat apa lagi ye..Oooo..kami sambung makan nasi Arab tadi sebab ada lebih ( termasak banyak) Dan Goreng cekodok cicah bersama homemade sos Thai,minum pulak bersama air green tea..Haaa yang ni memang best..saya beli serbuk green tea 1 paket rm10 sahaja..sekali bancuh Hanya 1sudu Dah cukup.

Ooppsss,terlebih cerita lah pulak hihi.. Jangan jemu nak baca ye.Tetapi hari ni saya nak kongsikan resipi orang jawa.Resipi ni saya dapat dari Jiran sebelah rumah ni.Memang Sedap, Kalau tak ada apa apa menu nak buat makan sambal Totok ni dengan nasi panas panas pun Dah cukup.



Bahan Bahan Sambal Totok


Bawang merah 5biji
Bawang putih 2biji
Lada merah 2biji
Cili padi (agak agak kalau nak pedas letaklah banyak sikit)
Ikan bilis
Gula
Garam
Limau nipis

Cara cara :
Semua bahan tadi tu di goreng hingga layu.Goreng bersama sedikit minyak.
Lepas dah layu masuk dalam blender.Blender jangan terlalu lama nanti sambal kita jadi terlalu hancur.
Lepas blender perahkan limau nipis
Rasakan dulu sambal kita tu masin ke manis ke

Okey.... dah siapppp..memang korang akan makan nasi bertambah tambah la kalau makan sambal Totok ni.Silap haribulan tak perasan Mak mertua ada kat sebelah hihii

Selamat mencuba😄😄😄

Friday 25 March 2016

Buah Nenas Antara Penawar Gout Semulajadi selain Vivix

Assalamualaikum wbr..

Salam Jumaat buat semua umat islam..😊😊
Perkongsian saya hari ini ialah mengenai Gout.Salah satu penyakit yang sering mengganggu masalah kesihatan kita.Kalau sesiapa yang ADA masalah Gout mereka akan Tahu bagaimana seksanya menderitanya sakit Gout ni.

Antara pantang larang Gout yang paling glamour ialah tak boleh makan seafood.Aduii makanan paling sedap tu.Dah hilang nikmat seafood yang sedap😣. Banyak punca sebenarnya serangan Gout ni boleh terjadi..

Ingat,Jangan bergantung Dengan ubat kimia.Banyak kesan buruk yang akan datang nanti. Antara salah satu kesan buruknya ialah akan effect Pada buah pinggang kita.

Saya ada terbaca info dalam satu blog,Dan saya nak kongsikan dengan ANDA semua.Benda Baik wajib di kongsikan jangan simpan dalam hati je😀.Ada seorang pakcik ni menceritakan :

Untuk yang ada masalah gout, saya berpengalaman 20 tahun. Saya tak mampu solat kerana lutut bengkak tak boleh dibengkokkan. saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika, saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT saya ditemukan dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya umur 90 tahun yang kelihatan lebih tua. Dia tanya saya sakit apa ya? Saya jawap Gout Pak.Dia beritahu,Cuba cari sebiji nanas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar tambah 3 biji buah keras, jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus.


Gambar dari Google


Jika Anda ada Gout Cukup Minum Ramuan Ini Sekali Saja!

Berapa kali minumnya?. Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali . Saya buat sebagai mana yang diajarkan, gout saya dah hilang sama sekali, sembuh sepenuhnya Alhamdulillah! Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nanas yg masak
- Lobak putih kira kira 250 gram
- 3 biji Buah Keras .


Antara Bahan kedua ialah :

Penurun Gout dan pembersih kristal pada ginjal Ini ramuan nya..

1. 10 gelas air mineral.
2. 5 biji apel di potong 4 jangan di kupas kulitnya.
3. 5 helai daun sireh.
4. 1 biji buah Nanas yang masak
5. 2 ketul Halia.
6. Gula batu (gula melaka) 1/4 aje

Rebus bahan tadi selama 35-40 minit hingga menjadi minuman kira-kira 5-6 gelas. Jadikan minuman.

Dari: Teman diIndonesia.

Selamat Mencuba dan Moga Berjaya Bebas Gout👍Kita Hanya Mampu berusaha Dan Allah swt yang menentukan segala-galanya..
Opsss..jika ada rasa malas Dan susah nak buat ramuan Nenas tu,Tak mengapa..ANDA boleh Cuba alternatif lain yang lebih senang Dan berkhasiat.

Wassap aje Pn Zai Ibu Manis anda...017-3954394

Thursday 24 March 2016

Kenapa Lelaki Mati Pucuk Wajib Perlukan Vivix !!

Assalamualaikum,
Hari ni saya nak kongsikan cerita yang ringkas Tapi padat khas buat lelaki lelaki hebat di luar sana yang ADA masalah mati pucuk.ANDA mesti tau kan..mati pucuk adalah masalah utama bagi kaum Adam ni..jika ada masalah tu,hilanglah segala nikmat kepuasan didunia ini😊😊

Okey,untuk entri kali ini saya suka kaitkan mati pucuk dengan Vivix kerana ianya memang bersangkut paut Dan amat Sesuai sekali dengan kandungan yang ADA dalam Vivix ni.

Menurut kajian yang telah dibuat di Universiti Harvard, anggur dan polyganum cuspidatum (Knotweed Jepun) telah dikenalpasti antara antioksidan💪💪 terbaik yang membantu menurunkan paras asid urik dalam badan.

Kedua-dua ramuan ini adalah antara ramuan utama DALAM VIVIX berkaitan dengan masalah lelaki yang ada mengalamai masalah lemah tenaga batin or ED atau mati pucuk.Jadi Vivix lah yang paling Sesuai !!

Betapa hebatnya Vivix ni kan...


BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU masalah lelaki yang mati pucuk? atau tak dapat bertahan lama?


Okey mari saya huraikan kandungan apa yang ADA dalam Vivix ni.Yang boleh membantu mengawal masalah mati pucuk ni.

👉️bahan dalam vivix: polyganum cuspidatum - sejenis resveratrol

👉resveratrol ni antioksidan paling power.

👉sebelum itu, tau tak macam mana cara viagra bertindak?


💪️viagra bertindak dengan meluaskan salur darah area xxxx tu

💪jadi macam mana resveratrol bertindak macam viagra ni?

👞resveratrol meningkatkan pengeluaran nitrik oksida. nitrik oksida ni bantu salur darah mengembang, dan memudahkan laluan di bahagian itu (tak sumbat)

👞kalau viagra ni dia expand salur darah yang kecik je tapi resveretrol boleh buat lebih dari tu, hingga arteri utama

👞️bila takde masalah tersumbat bahagian salur darah kt situ, maka mati pucuk boleh dibantu dengan vivix.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Vivix ni bukan sembarangan bahan. Semuanya ekslusif dan melalui proses kajian yang sangat teliti. Bukan mudah nak dapat semua bahan-bahan tersebut.



Anda takkan jumpa semua Bahan bahan ni kat pasaraya tau.Bukan jumpa anggur,carrot Dan terus blend jadikan vivix.Ohhh tidak sama sekali okey...!! Sebab itulah harga vivix sangat berbaloi dengan nilai untuk kesihatan yang kita cuba selesaikan.. Sekiranya kita atau orang tersayang mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit kronik sangat disyorkan ambik Vivix ni.

Boleh hubungi saya Pn Zai 017-3954394 untuk sebarang order atau pertanyaan.

Wednesday 23 March 2016

Resipi Mudah Kuih Traditional Teri Mandi Nama diberi aka Kuih Kepek Hidung

Tetiba tekak ni teringin nak makan Kuih orang lama lama la pulak.Lepas hantar Anak pergi sekolah agama tadi terus singgah Kedai runcit beli kelapa parut yang muda.

Dalam fikiran ni tak tau nak buat Kuih apa lagi Tapi yang pasti Kuih tu kena guna kepala muda.hihi..Dah sampai rumah okey Dah tau Dah Kuih apa yang nak dibuat.Onde Onde !!!Korang tau tak apa itu onde onde?Kalau bahasa dari pantai Timur namanya Onde onde lah kami panggil.Tapi negeri lain panggil Kuih buah melaka.


Nak dijadikan cerita,bukan Onde onde yang terjadi,tetapi Kuih Teri Mandi hasilnya..huhuuhuu..Kuih bertukar wajah kerana masa proses nak buat onde onde tu,nise (gula melaka) tak ada!! Aduii kecewa jugaklah sebab tekak ni nak makan onde onde.Pada masa yang sama tiba tiba teringat adunan yang sama tu boleh dibuat Kuih Teri Mandi !!

Okey,semua Bahan Dah ada.Tunggu apa lagi,zasss masuk dapurlah bersama teman Baik saya iaitu Assyifa hihi..Anak bongsu saya.Korang pernah dengar tak nama Kuih ni?Ada sesetengah orang panggil Kuih kepek hidung haha lucu kan namanya.Apa apa lah janji sedap,betul tak?

Eh nak tau sedap ke tidak korang kena buat Dan rasalah dulu baru tau..kan kan..Saya kongsikan cara cara membuat Kuih Teri Mandi aka Kepek Hidung.


Bahan bahan yang sangat mudah :


Untuk dohnya

  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum (terpulang)
  • 1cawan air ( agak agak tak melekat dijari semasa menggaul)
  • Pewarna pandan ( terpulang macam saya ni mood terlebih rajin sikit,saya buat 3 warna merah hijau Dan kuning)


Cara caranya:

  • Panaskan air sehingga menggelegak.
  • Bulatkan Doh kecil,agak agak sebesar duit syiling 10sen
  • Kemudian,tekan dibahagian tengah Doh.Supaya doh menjadi kemek (sebab itulah namanya kepek hidung.. Hihiii)
  • Dah siap bolehlah masukkan Doh kedalam periuk air panas tadi.
  • Tunggu sehingga Doh naik ke atas.Itu menandakan Doh sudah masak.
  • Toskan..

Kuih 3 warna sebelum direbus



Untuk intinya :

  • 1biji kelapa parut muda
  • 3helai daun pandan
  • Air masak secukupnya
  • Garam secubit
  • Gula 2senduk(terpulang kalau rasa nak kurang manis boleh kurangkan gula)


Cara caranya:

  • Masukkan kesemua Bahan bahan inti didalam kuali atau periuk.
  • Kacau sedikit bagi rata
  • Tunggu daun pandan Dah layu Dan rasakan dulu manisnya.
  • Dah sedap Dan ngam ngam rasanya masukkan Doh yang sudah direbus tadi.


Inilah hasilnya...rasa lemak lemak kelapa muda Dan bau wangi daun pandan..

Inilah hasilnya Kepek Hidung ku !!😊


Okey selamat mencuba😍😍😍.Sesuai dimakan diwaktu petang Dan bila bila masa sahaja bila tekak nak makan.😀

Tuesday 22 March 2016

10 Formula Mudah Menjemput Rezeki Dekat dengan Kita.

Assalamualaikum Dan selamat petang,

Dalam setiap apa jua yang kita lakukan mesti mahukan yang terbaik Dan mahukan rezeki yang melimpah ruah betul tak?Tahukah ANDA Semakin kita mengejar rezeki Semakin ia akan lari jauh dengan kita.Kenapa boleh terjadinya sedemikian?

Saya pernah mendengar seorang Ustaz memberitahu dari mana datangnya rezeki??Sudah tentu dari yang Maha ESA Tuhan kita Allah swt.Bukan datangnya dari manusia !! bukan mereka yang beri kita duit atau rezeki...jadi kenapa kita sering bergantung pada manusia seperti bos kita kawan kita..ini contoh ye..Jadi buat apa kita bertungkus lumus mengejar rezeki tanpa meletakkan Allah swt dihadapan.


Okey,mulai sekarang kita ubah cara atau sikap dari mengejar rezeki tukar kepada MENJEMPUT REZEKI..Ada Banyak cara sebenarnya untuk kita menjemput rezeki ni..Antaranya:


1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha rajinkan diri baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN.
Bangun pagi jangan buka handset atau rancang nak buat apa apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR
Banyakkan berzikir kepada Allah swt

5. SOLAT BERJEMAAH
terutama lelaki. Mulakan hari ini dan jangan bertangguh lagi

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH.
Sedekah mempunyai keajaiban yang luar biasa

8. SOLAT AWAL WAKTU.
Solatlah di awal waktu. Sekalipun sedang susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH swt
Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

Lain-lain:
1. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab kebanyakan penyakit bermula dari kaki.

Segalanya tidak mustahil berlaku dengan izin ALLAH..

Wallaahua'lam..

Monday 21 March 2016

11 Sebab Buah Pinggang Rosak..Dialisis Macam Goreng Pisang Panas !!

Memang tidak diakui Semakin ramai pesakit buah pinggang.Saya ada terima beberapa info dari group WhatsApp mengenai bagaimana buah pinggang boleh rosak.Dan saya sendiri memang sangat percaya kerana ramai juga customer saya yang mengadu masalah buah pinggang rosak.

Ada pesakit  dari stage ketiga dan ada yang sudah stage keempat.Boleh dikatakan setiap hari pesakit buah pinggang hubungi saya untuk mendapatkan nasihat dan beberapa jenis supplement.

Ini antaranya mesej dari pesanan ringkas whatApps.

Recently terima beberapa call yang mencari doktor untuk jaga dialysis centre.Excitedly, mereka kata sekarang ni doktor yang terlatih dalam dialysis ni macam goreng pisang panas.

High demand!!!
True Enough... Tapi apa maksudnya? Terlalu ramai pesakit yang perlu menjalani dialysis! Kes penyakit buah pinggang semakin meningkat, betul??

Cukuplah 13 tahun saya melihat arwah ayahanda tersayang menderita penyakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk 'Peritoneal dialysis'. Di operation untuk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali untuk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain..

Being as a doctor is different. Tapi bila perkara itu berlaku pada anggota keluarga sendiri -
Then, baru kita betul-betul tahu, how they suffer!

Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya tidak mahu ia berlaku lagi pada ibu, suami, anak-anak dan keluarga saya. Saya juga tidak mahu anda semua mengalami nasib yang sama. It's really PAINFUL! Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya..
Take Care Of Our Own Kidney!



Antara Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:


1• Kerap tahan kencing

2• Kurang minum air

3• Suka makan makanan masin

4• Suka minum minuman bergas.

5• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary
Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6• Kerap makan daging merah dan Seafood
(Tinggi Uric Acid)

7• Kerap makan Pil Tahan Sakit

8• Merokok

9• Obesiti

10• Alkohol

11• Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..

Buah Pinggang Kita. Amanah Allah.. jangan jadikan ia sebahagian dari statistik Pesakit Buah Pinggang Kronik!

- Dr. Malinda.
Copy paste..

Mengapa Rasulullah saw menganjurkan umatnya untuk tidak minum sambil berdiri? Dalam perubatan tubuh manusia terdapat penapis yang dipanggil sebagai penyaring Sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk,dan tertutup ketika kita berdiri.

Air yang kita minum belum tentu 100% steril untuk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana tertutup. Air yang tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang dapat menyebabkan penyakit buah pinggang. 

SubhanAllah, setiap perintah dan larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bagi umatnya.

Terapi air putih :


  • Minum 2 gelas masa bangun tidur dapat membersihkn organ organ dalaman.
  • Minum segelas air,30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
  • Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
  • Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung.


Ayuh sama sama Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yang bermanfaat.........JOM SAMA2 KITA AMALKAN...Insha Allah

Tetapi jika anda sudah ada penyakit buah pinggang, saya ada jalan untuk membantu merawatnya..
Terima Kasih..

Sunday 20 March 2016

Kenapa Wajib Pilih Vitamin Shaklee?? Bagus sangat ke...

Sesiapa yang masih keliru tak tau nak pilih supplement mana berkesan dan terbaik untuk digunakan,mari sini ye kawan Kawan semua..Saya syorkan ANDA memilih Supplement Shaklee..kenapa?? Sebab....


1 ) Shaklee – Always Safe


  • Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
  • Potensi yang dijamin -> pengesahan dari pihak ketiga
  • Keaslian dijamin -> 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani
  • 100% kepuasan dijamin


2) Shaklee – Always Green


  • Tiada perisa tiruan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna atau lemak trans
  • Tiada suapan tersembunyi
  • Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
  • Tidak mengandungi bahan yang dilarang
  • Tidak mengandungi peluntur klorin


3) Shaklee – Always Work


  • USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
  • 70 kajian klinikal telah diterbitkan
  • 60 orang saintis Shaklee
  • 50 patents


Saya Pengedar Shaklee ANDA..boleh Dapatkan semua vitamin dari saya


ANDA boleh lihat sendiri macam mana kajian yang Shaklee telah lakukan untuk memastikan ianya benar benar selamat Dan berkualiti.

WA Pn Zai 017-3954394 untuk keterangan lanjut

Thursday 17 March 2016

Soya ESP Pilihan Terbaik untuk Gastrik Jahat !!

Bila sakit perut atau Gastrik datang,memang akan guling-guling atas katillah nampak gayanya.Malah silap haribulan kena tahan wad kat hospital gara gara Gastrik yang teruk.Saya sendiri memang ada Gastrik Tapi itu dulu dulu la sebelum kenal dengan satu produk ni.

Saya boleh katakan yang Gastrik ni jahat !! Sebab apa tau, sebab bila dia datang Allah swt sahaja yang tau berapa seksanya sakit Gastrik ni.Macam saya pernah juga sakit dibahagian pinggang sampai tak boleh nak bergerak langsung. Nak sembahyang pun kena duduk sebab tak boleh gerak langsung.Masa tu,baru tau perasan orang tua yang sakit lutut sakit pinggang.Dah di urut bagai dengan tukang urut masih tiada perubahan, Dah makan ubat tahan sakit dari klinik, pun sama jugak.

Last sekali saya pergi ke Klinik swasta yang berdekatan rumah saya ni,doktor bertanyakan secara detail untuk mencari apa punca Dan penyebab sakit pinggang saya ini.Akhirnya doktor mengesahkan saya kena Gastrik.Ya Allah terkejut nya saya masa tu.Saya cakap dengan doktor berkali kali betul ke doktor??Takkan Gastrik sampai macam tu sekali??? Doktor beritahu memang ada angin Gastrik akan pergi sampai ke belakang pinggang.

Sebelum ni Hanya setakat muntah,angin,sakit kepala,dan pernah jugak pitam kalau lambat makan.Doktor ada berikan ubat Gastrik Dan angin.Tetapi balik rumah saya tak makan langsung ubat gastrik tu sebab Dah tau tak sedap hihi. Saya Hanya continue minum ESP Shaklee Dan makan Ostematrik sahaja.



Alhamdulillah selepas 3hari konsisten ambik ESP,dengan ajaibnya kuasa Tuhan,sakit pinggang saya memang dah tiada.Dah boleh berjalan Dan sembahyang macam biasa.Makin sayang dengan ESP ni.

Untuk masalah Gastrik ni,ramai juga pengguna ESP berikan komen yang positif dalam masa seminggu Dah sembuh Gastrik yang teruk.Syukur sangat dapat bantu mereka lebih sihat Dan bebas dari Gastrik.





Sedikit info !!


Bagaimana ESP Shaklee membantu untuk sakit gastrik?


ESP ini yang kaya dengan kacang soya terpilihnya, bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut tadi. 

Malah, ESP ini juga mengandungi kandungan protein yang tinggi boleh membantu sistem pencernaan bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula 'bekerja' apabila wujudnya unsur protein dalam perut. 

Selain itu, nutrien yang terdapat didalam ESP ini juga mampu membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik sewaktu proses pencernaan itu berlaku.

 ESP adalah sumber protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dibina oleh tubuh badan dan harus didapatkan daripada pemakanan kita.

Badan kita ni tak mampu hasilkan sendiri asid amino perlu tu. Padahal tubuh kita sangat-sangat memerlukan asid amino untuk regulate proses metabolisma yang penting untuk kesihatan badan. Selain tu, asid amino adalah sumber tenaga dan dapat membentuk tisu-tisu badan, organ, otot, kulit dan rambut.

Jika berminat nak Dapatkan ESP ni dengan best price dan special consultant..boleh hubungi saya Pn Zai ( 017-3954394 )

Wednesday 9 March 2016

Cara Pengambilan Vivix dengan Cara Yang Betul Dan Berkesan

Fenomena Vivix masih berlegar legar dihati penggunanya.Semakin hari Semakin menjadi jadi Vivix ni..hihii..Masalahnya makin berlambak lambak Pula testimoninya.Nak tau macam mana Vivix ni menjalankan tugasnya? ANDA boleh pergi kesini kalau nak tau ye. Terima kasih..



Untuk entri kali ini saya nak kongsikan dengan ANDA semua, macam mana cara nak guna atau minum Vivix ni dengan cara yang betul.


Cara Pengambilan Vivix yang betul



  • Satu sudu teh setiap hari bersama hidangan seperti sarapan atau makan tengahari.
  • Goncang botol sebelum pengambilan.
  • Pengambilan lebih daripada satu sudu teh sehari tidak memberi apa-apa kesan yang lebih baik
  • Boleh diambil bersama suplemen Shaklee yang lain terutama NutriFeron dan Cinch Shakes untuk pelan kesihatan yang lebih baik
  • TIDAK sesuai bagi ibu-ibu mengandung, menyusu dan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah
  • Hayat simpan bagi Vivix ialah 9 bulan
  • Vivix hendaklah disimpan sejuk bagi mengekalkan kesegaran, warna dan aktiviti polifenol yang optimum


Sedikit pesanan dari saya,

Bagi mereka dengan kesihatan yang lebih bermasalah, Vivix mungkin bertindak menyahtoksik sehingga menimbulkan tindak balas negatif terlebih dahulu sebelum menampakkan kesan positif. Pengambilan Vivix boleh dikurangkan kepada setengah sudu kecil sehari selama seminggu dua bagi menghadapi tempoh penyahtoksikan sel ini.

Serba sedikit info Vivix !

VIVIX, tonik anti-penuaan bukan alkohol, HALAL dan terbukti berkesan. VIVIX terbukti membantu memperbaiki masalah-masalah kesihatan berikut:

alergi hidung,
asthma,
bronkitis,
tuberkulosis,
sinusitis,
perokok,
gastrik/peptik/ulser perut,
masalah pundi hempedu,
hepatitis,
buasir,
ketagihan alkohol,
hipertensi/strok,
kolesterol tinggi,
diabetes,
gout,
masalah ginjal & pundi kencing,
sistitis/UTI,
batu karang,
depresi,
gila babi/fits,
Alzheimer,
kebas-kebas/kejang kaki,
insomnia,
migrain,
letih,
vertigo,
penyakit Parkinson,
sklerosis berganda,
bintik penuaan,
psoriasis,
terbakar,
eczema,
SLE,
rambut beruban atau gugur sebelum usia,
arthritis,
sakit sendi,
tulang patah,
penyakit-penyakit mata seperti katarak & glaukoma,
kesuburan lelaki & wanita,
kanser & tumor.

Wowww banyakkan faedah jika amalkan Vivix ni..Kalau nak Tahu macam mana Vivix dapat bantu semua masalah diatas ialah anfara sebabnya kerana Vivix mempunyai Resveretrol!!

Apakah Resveretrol ???

*resveretrol tu dikenali sebagai ibu segala antioksidan.
tapi vivix ni 10kali lebih dari resveretrol tau !

Bayangkan kalau dah10 kali lebih Baik dari resveretrol,haaa bayangkanlah berapa hebatnya Vivix ni..kan

Vivix adalah suplemen yg mengandungi kombinasi resveratrol dan phytonutrien.Sumber resveratrol dan phytonutrien adalah dari anggur muscadine,sejenis anggur yg jarang ditemui dan terbaik kerana ia tumbuh secara semulajadi.

Vivix juga kaya dengan polifenol,polifenol adalah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan.kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik

Macam mana?Jika ada masalah diatas,jangan tunggu sehingga parah baru nak cegah ye. ANDA juga yang susah betul tak.



Apa apa pun jika berminat boleh hubungi saya Pn Zainab 017-3954394(Wassap atau mana2 pun boleh )😊😊
posted from Bloggeroid