Wednesday 30 December 2015

Penangan Ikan Pekasam Mertua Lalu Pun Tak Perasan

Assalamualaikum Dan salam sejahtera,

Di bulan Disember ni,musim tidak menentu.Adakala panas Dan adakala hujan.Tapi bila hujan aje perut mesti sentiasa lapar.Apalagi,masak Dan masak jelah kerjanya bila Dah jadi WAHM (Work At Home Mum).

Sedap ke tidak itu belakang kira ye,Yang penting suami Dan Anak Anak kenyang..hihii..tapi setakat ni alhamdulillah mereka puji je apa yang saya masak.Walaupun saya bukan seorang chef,bukan juga jenis yang pandai masak..tapi saya sentiasa masakkan yang terbaik untuk orang yang tersayang.

Dari Hari Ke Hari,saya akan sentiasa mengubah menu masakan.Dan saya akan pastikan tiada masakan yang sama sepanjang minggu tu.Bukan apa,Anak Anak pun Dah pandai complain kalau masak menu yang sama.

Sebenarnya nak cerita,dari minggu Lepas kami duk makan ikan pekasam, beli kat kedai sini sini aje rm5 untuk 3 ekor,Saiznya besar jugaklah.Bolehla sekali goreng 2orang makan.Ikan apa saya pun tak pasti,tàpi ikan sungailah.

Cara masaknya saya buat macam ni,goreng ikan pekasam dulu dengan api yang sederhana supaya ikan masak lebih garing Dan sedap. Sementara itu, kita boleh potong atau mayang bawang merah Dan cili padi.

Bila ikan Dah masak angkat Dan toskan,kita goreng pulak bawang Dan cili tadi.Okey,Dah siap..nak lebih power lagi,letak air asam limau kat atas ikan tu.Aduiii memang mengiurkan. Kalau ada ikan pekasam tu,memang takkan pandang lauk lain dah. Siap makan Nasi putih bertambah tambah 3 pinggan tu. Haaa caya tak?



Okeylah,tengah tengah taip entri ni pun Dah terliur..nampak gaya kena pergi beli lagi ikan pekasam ni.Sapa sapa nak makan ikan pekasam tu,haaa boleh makan sekarang ye.Nak datang RUMAH saya pun boleh, kita makan sama sama lagi syokkk kan.
posted from Bloggeroid

Sunday 27 December 2015

Pengedar Shaklee Yang Pantas di Kawasan Alam Megah

Assalamualaikum hai semua..saya ialah Ibu Manis Anda pengedar Vitamin Shaklee yang Sah Anda !

Masih ramai yang mencari cari pengedar Shaklee yang sah rupanya terutama di kawasan Alam Megah,Shah Alam.Minggu ini sudah 3 orang pelanggan dari Alam Megah yang hubungi saya untuk dapatkan Vitamin Shaklee.



Masing-masing beli Vitamin untuk kesihatan sendiri dan ada yang beli untuk orang tersayang.Alhamdulillah Syukur.Jika anda berminat nak dapatkan sebarang vitamin boleh dapatkan dari saya.

Saya tinggal di Bandar Saujana Putra,tetapi sebab kawasan Alam Megah ni dekat sangat dengan RUMAH saya,jadi lebih baik saya COD saja lagi senang Dan memudahkan semua pelanggan saya.

Antara kawasan yang selalu saya COD ( Cash On Delivery) ialah seluruh kawasan Bandar Saujana Putra,Putra Height,Bukit Lanchong,Puchong Dan Shah Alam.Selain kawasan yang berdekatan saya akan gunakan khidmat Pos Laju Dan Gdex.

Sedikit pesanan ikhlas dari saya...Ingat....pilihlah pengedar yang bertauliah yang boleh konsultasi anda dengan cara yang betul dan yang boleh konsultasi anda sepanjang hayat.Jangan main beli sahaja lepas tu tak tahu cara nak makan vitamin.Sudahnya makan vitamin tiada apa apa kesan.

Kenapa Perlu Membeli Vitamin Dengan Ibu Manis :


√ Ibu Manis akan berikan pandangan Dan cadangan yang sesuai dengan diri Dan Bajet anda
√ Ibu Manis akan ada nasihat seumur hidup pada semua kastemer.
√ Ibu Manis boleh COD secara percuma untuk kawasan terdekat.
√ Ready Stock



Anda boleh WhatsApp saya di talian 017-3954394.



posted from Bloggeroid

Wednesday 23 December 2015

Cara Paling Mudah Rawat Keputihan Yang Berbau Busuk.

Setiap wanita memang tidak akan terlepas dari masalah keputihan.Masing masing akan ada keputihan samada sikit atau banyak Dan biasa atau teruk je.Keputihan memang merimaskan jika ianya semakin teruk kerana ia akan menyebabkan kegatalan dibahagian miss Vagina selain berbau busuk.

Mungkin ramai juga yang tidak tahu apa itu keputihan.Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit mengenai masalah ini.

APA ITU KEPUTIHAN?


Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar daripada faraj dan berwarna keputih-putihan dengan sifat-sifat yang pelbagai bergantung kepada punca masalah tersebut.

Adakalanya ianya normal dan tidak mendatangkan mudarat. Walau bagaimanapun, ada kes yang abnormal dan perlu diberi perhatian yang serious.



Perhatian !!

Kebiasaan wanita Hamil,akan mengalami masalah keputihan yang agak banyak dari biasa. Itu adalah normal.Anda tak perlu risau.Walau bagaimanapun, anda perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap kebersihan dan penjagaan faraj untuk mengelakkan masalah keputihan melanda.

Apakah Punca Dan Jenis jenis Keputihan Yang Sebenar


1. Berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal

Keputihan jenis ini adalah normal dan biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan semasa mengandung. Ianya juga boleh dihasilkan sekiranya terlalu stress.

2. Berwarna putih, berair dan berbau

Mereka yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans.

3. Putih pekat, melekit dan berbau

Keputihan jenis ini biasanya berpunca daripada radang pada serviks dan vagina. Masalah ini turut disebabkan oleh jangkitan candida albicans.


4. Coklat dan berair

Dalam kes ini, ianya berpunya daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman.

5. Merah muda, cair dan tidak berbau

Situasi ini biasanya terjadi di setelah melahirkan anak. Ianya juga mungkin petanda berlaku pendarahan di pangkal rahim, rahim ataupun faraj. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh hormonestrogen yang berlebihan.

6. Kelabu dengan garis berdarah serta berbau busuk

Keputihan jenis ini jarang berlaku dan berkemungkinan sebagai petanda awal kanser.

7. Kuning kehijauan, gatal, berbau busuk

Sekiranya keputihan yang anda alami seperti ini dan anda berasa sakit di sekitar kawasan kemaluan serta mempunyai tanda kemerahan di faraj, anda mungkin terkena jangkitan kuman protozoa trichomonas vaginalis.

8. Kuning dan kental

Keputihan jenis ini menyebabkan anda terasa panas dan gatal pada kemaluan serta sakit ketika membuang air kecil. Ianya disebabkan jangkitan nisseria gonorrhoe.

Jika masalah keputihan anda berada di tahap 4 hingga 8,Anda dinasihatkan wajib berjumpa dengan Doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul Dan secukupnya.


CARA PALING MUDAH UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN


Saya sendiri pernah mengalami masalah keputihan yang teruk sebelum ini.Sampai berdarah jugak la Miss V saya sebab terlalu gatal Dan pedih.Perbagai cara saya Dah Cuba untuk merawat masalah keputihan ni.

Jumpa doktor pun,hanya dapat ubat antibiotik dan krim sapu .Ada juga saya Cuba cara rawatan traditional.Tapi semuanya hampa,hanya seketika SAHAJA Berkesan.Lepas itu,ianya kembali gatal seperti biasa.

Tetapi akhirnya,Alhamdulillah saya berjumpa dengan Set Keputihan Shaklee yang telah membantu mengembalikan keselesaan dan keyakinan diri saya.Hanya telan beberapa biji sehari,kesannya memang mengujakan.Yang paling penting,banyak khasiat lain yang kita dapat.



Kelebihan set ini berbanding dengan produk-produk lain di pasaran ialah kerana ianya 100% semulajadi, selamat tanpa sebarang kesan sampingan yang negatif dan paling penting, BERKESAN!

Set Merawat Keputihan Shaklee terdiri daripada:


Alfalfa – Bersifat antikulat dan berkesan untuk membunuh kulat yang menyebabkan keputihan yang gatal dan berbau.

GLA – Mengelakkan kulat dari merebak

Garlic – Antibiotik semulajadi dan mengelakkan pertumbuhan kulat baru

Harga satu set ini hanya RM 202.50 untuk kegunaan sehingga 2 bulan

Jika Anda mempunyai Bajet yang sedikit,saya akan Cuba berikan Vitamin apa yang paling sesuai dengan bajet anda.

Antara testimonials terbaru dari pelanggan yang ada masalah keputihan :



Jika berminat untuk sebarang order,boleh hubungi saya Pn Zainab ditalian 017-3954394 (WhatsApp atau telegram)

posted from Bloggeroid

Wednesday 16 December 2015

Apa itu Chicken Pox Dan Macam Mana nak Rawat dengan Mudah

Bila sebut aje chicken pox pasti orang tahu.Owh ini biasa jer,semua orang pasti akan kena ni sebab Chicken Pox sangat familiar dikalangan kita.Seorang mesti akan kena sekali seumur hidup atau 2 Kali.Ada yang 3 Kali pun ada.Bergantung pada hormon masing masing.

Jom kita kenal Chicken pox lebih LANJUT.


Syifa Dan Chicken Pox Teruk 



Apakah itu chicken pox ?


Chicken pox atau cacar air ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang yang lain.

Mereka yang telah dijangkiti virus chicken pox biasanya tidak akan berjangkiti semula kerana ia telah menghasilkan pelalian seumur hidup, tetapi mereka terdedah kepada jangkit virus kayap(shingles) jika sistem imun badan mereka lemah di kemudian hari.


Bagaimana chicken pox atau cacar air berjangkit?


Chicken pox atau cacar air berjangkit dan merebak melalui dua cara, iaitu udara dan sentuhan.

Chicken pox atau cacar air berjangkit melalui udara apabila seseorang yang dijangkiti itu mengalami batuk atau bersin. Jangkitan melalui sentuhan pula merebak dari titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.



Adakah ciri-ciri Chicken Pox ini ?


Bintik besar/ kecil berair, gatal, dan  kebanyakannya sembuh tanpa meninggalkan parut kekal. Ia selalu tumbuh di seluruh badan termasuk muka, kepala, tangan, kaki, dimana saja diseluruh badan malah boleh jadi di dalam mulut dan telinga juga.


Bagaimana ia Boleh berjangkit?


Ia berjangkit melalui sentuhan terus, pesakit batuk atau bersin. Biasanya lepas dua hari virus berjangkit, bintil mula kelihatan. Semasa bintik sedang pesat membangun inilah ia mudah berjangkit dan sebaik sahaja ia kering, risiko jangkitan berkurangan. Keadaan bintik pesat membangun ini selalunya mengambil masa 6 hari (paling lama 2 minggu ada juga 1 bulan)

Simptom lain:
Demam, muntah dan loya, hilang selera makan, gatal dan tidak selesa, sakit otot dan sakit kepala. Simptom juga berbeza antara individu.


Jangkitan pada ibu hamil


Ibu hamil (dalam usia 6 bulan pertama kehamilan) yang terkena virus ini, boleh menjangkiti fetus dalam kandungan. Pada trimester ketiga pula, ibu akan menderita adverse effect kepada jangkitan ini. Jika ibu hamil ada mengambil immunisasi atau pernah terkena sebelum ini, antibodi yang terhasil boleh dipindahkan kepada fetus melalui placenta. Jadi, ibu dan fetus tidak akan terjangkit virus tersebut.






Sebenarnya agak bahaya jika ibu hamil terkena jangkitan virus ini dan ia boleh membawa komplikasi lebih teruk khususnya kepada bayi dalam kandungan.


Rawatan dan pencegahan Jika Kena Chicken Pox


1. Jika boleh kuarantin mereka yang terkena virus daripada bercampur dengan orang yang sihat
2. Asingkan juga pakaian, mainan dan apa saja yg dikhuatiri terkena pesakit
3. Mandikan pesakit dua kali sehari
4. Potong kuku untuk mengelakkan luka semasa menggaru
5. Pastikan kebersihan persekitaran rumah
6. Virus ini mudah dimusnahkan hanya dengan detergent dan haba panas


Bagaimana merawat chicken pox dengan Shaklee


Saya selalu berikan anak saya makan vitamin C chewable setiap hari untuk kesihatan sistem imun anak. Dan semasa kena DEMAM chicken pox saya tambahkan dos kepada 2 biji pagi Dan malam.

Boleh juga berikan anak yang sakit Nutriferon dan Meal Shakes untuk mempercepatkan pemulihan.

Saya mandikan beliau dengan Basic H Shaklee 2 kali sehari. Basic H membantu membunuh kuman, virus dan bakteria dan ia sangat bebas bahan kimia berbahaya dan tidak merengsakan.

Pakaian yang susah dipakai asingkan dan direndam dalam air panas dahulu sebelum dibasuh.

In Shaa Allah cepat kesannya.

Jadi nasihat saya, simpan dirumah sekurang-kurangnya ada Nutriferon dan pencuci natural serbaguna Basic H untuk mencegah jangkitan virus dan bakteria.

Mencegah lebih baik daripada merawat!

Wednesday 9 December 2015

Selamat Tinggal Lutut Sakit Cara Tradisional

Assalamualaikum.. Saya baru saja dapat info dari seorang sahabat mengenai petua untuk hilangkan sakit lutut.Beliau sendiri telah mencuba Dan alhamdulillah Berkesan pada diri beliau.

Nak buat sangat senang.Hanya perlukan kerajinan Dan semangat nak meminum je..hihii.Beliau berkongsi khasiat Serai dan Apple Hijau mampu membantu regenarasi tulang pada lutut.


Bahan yang diperlukan:


- 5 batang Serai.
- 2 biji Apple Hijau dipotong kecil.

Cara membuatnya:

1. Masukkan bahan ke dalam sebuah periuk dan isi air sampai semua bahan tertutup oleh air.

2. Masak dengan api kecil sampai Apple menjadi lembik.

3. Minum tanpa ditambah bahan pelengkap (tanpa gula atau perasa tambahan ) apa apa pun.




Kalau minuman ini diminum sekali setiap hari, minuman ini pasti akan membantu regenerasi tulang lutut!

Minuman yang menyihatkan ini wajib dikongsi Oleh semua untuk orang-orang yang memiliki masalah dengan tulang lututnya.

Katakan selamat tinggal kepada jarum suntik dan ubat-ubatan yg berlebih.

Semoga bermanfaat...

Jika Anda berminat Mencuba dengan CARA MODEN pun boleh in Shaa Allah dapat membantu Anda semua.
posted from Bloggeroid

Wednesday 2 December 2015

Chicken Pox Biji Besar Dan Cara Nak Rawat Supaya Cepat Sembuh Dan Parut Tiada

Assalamualaikum Dan salam sejahtera,

Hari ni nak kongsi cerita mengenai demam chicken pox.Alkisahnya macam ni,awal bulan lepas semua anak anak saya kena jangkitan Chickenpox.Dari yang sulong sampailah yang bongsu..semua belum pernah kena chicken pox,jadi saya sendiri tak tau nak jaga Dan rawat chicken pox ni.

Orang kata chicken pox ni semua orang wajib akan kena sekali je seumur hidup.Tapi sekarang ni saya tengok ada jer yang Dah kena 2 Kali pun kena balik.Saya sendiri tak ingat langsung Dah kena Ke belum.tak ingat memori masa kena dulu.Mak cakap semua anak-anaknya Dah kena.

Nak jaga mereka ni Ya Allah,seksanya..Hampir sebulan jugak tak tidur malam sebab bergilir gilir menjaga anak-anaknya yang tak boleh tidur dek kerana gatal,miang-miang gitu.Yang paling teruk,masa chicken pox tengah nak naik,biji-biji merah berair jenis yang besar.



Dalam seminggu,baru habis naik satu badan.Masa tu,memang seksa tengok anak anak duk menggaru jer.Saya yang tengok pun rimas,gatal gatal rasa.Mula mula naik kena kat si Kakak(Ayrin),lepas 3hari kena kat Afiq Dan Assyifa naik serentak.Tidur malam pun duk merengek jer sampailah Ke pagi.Siang pun sama jugak.



Barulah tahu,macam ini rupanya kalau kena chicken pox.Kita nampak orang lain kena biasa biasa aje,rupanya memang boleh tahan teruknya kan.Lepas itu,proses untuk hilangkan Parut pulak.memang ambik masa jugak nak hilangkan Parut ni kan...Sampai sekarang ( Dan Hampir sebulan ) Parut masih ada lagi.

Nak tau apa rawatan yang saya buat semasa Anak Anak kena chicken pox?

Macam-macam petua Dan tips yang kawan kawan bagi saya buat sebab nak cepat sembuh Dan hilangkan gatal miang tu.Antaranya :

√ Mandikan dengan daun semambu
√ Minum air kelapa muda tanpa gula Dan ais
√ JANGAN bagi Anak makan telur
√ Makanan yang bergoreng saya tak bagi
√ Kicap saya tak bagi sebab orang kata nanti Parut jadi hitam
√ JANGAN Mandi Hujan
√ Krim atau losen dari klinik (calamine lotion)

Tapi pada masa yang sama saya bagi Anak Anak Nutriferon Dan Chewable Vitamin C.Bila Dah kering tu Lepas Mandi saya Sapu Herbal Blend Cream..



Alhamdulillah..sekarang Dah sembuh chicken pox nya Dan proses nak hilangkan parutnya pulak.

Buat Ibu Ibu yang Anak kena chicken pox ni,JANGAN ambik mudah ye sebab jika tidak dijaga betul betul chicken pox boleh jadi semakin teruk Dan menggerutu Parut tak akan hilang.Nauzubillah
posted from Bloggeroid