Saturday 30 August 2014

Hukum Melewatkan Solat

Assalamulaikum wbr...
Dalam kesibukan masa yang tidak menentu,kerja yang banyak bertimbun2 menyebabkan ramai hamba2 Allah nie melewat2kan waktu solat..samada dengan sengaja @ terpaksa..

Mari kita lihat apakah hukum melewat2kan waktu solat..
Renung Sejenak Bersama Al-Faqir

Perbuatan melewatkan sembahyang dengan sengaja adalah ditegah/dilarang dalam Islam. Sekiranya tidak sengaja, maka yang demikian dimaafkan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Perkara ini disebut oleh Allah swt sendiri di dalam Al-Quran yang bermaksud "celakalah orang2 yang sembahyang yakni orang2 yang meringan2kan sembahyangnya" surah Al-Ma'un dan oleh Nabi s.a.w. di dalam sabda baginda "perkara yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya".
Berdasarkan firman Allah swt di atas, para ulama' menafsirkan ayat tersebut iaitu pada kalimah"lilmusollin" yang bermaksud orang yang melewatkan sembahyangnya sebagai contoh "subuh badak".
Perbuatan yang lazim orang amalkan dan sukar untuk ditinggalkan. Perkara ini ditafsir oleh sahabat Nabi sendiri iaitu Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan dalam tafsir At-Tobari yang merupakan kitab rujukan pertama di atas muka bumi.
Berkenaan melewatkan solat ini juga diceritakan sendiri oleh Nabi s.a.w tatkala beliau melihat dengan mata kepala beliau sendiri ketika peritiwa Isra' dan Mi'raj. Nabi diperlihatkan bagaimana orang yang selalu melewat2kan solatnya di atas muka bumi dahulu, mereka menghantuk kepala mereka pada batu yang besar sehingga berkecai kepalanya lalu tumbuh kembali, kemudian dihantuknya lagi dan begitulah sehingga lunas dosa2nya.

Apabila ditanya kepada Jibril, itulah dia ummatmu yang sayang tempat tidurnya daripada bangun untuk solat sekaligus menggambarkan kepada kita perihal/balasan melewatkan solat subuh. Itulah sebahagian daripada gambaran2 yang diperlihatkan oleh Allah swt kepada kekasihNya Muhammad s.a.w. untuk diberitakan kepada ummatnya agar boleh mengambil tauladan/pengajaran sebagai pedoman kehidupan. Ini diceritakan oleh Syeikh Taha Afifi dalam "wasoya Rasulullah".

Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua....terima kasih..

Friday 29 August 2014

Set Budjet tapi hasil menakjubkan

Salam Jumaat..cuaca mendung sepanjang hari..perut pun asyik lapar je memanjang..apalagi makannn je la kerjanya.
Sambil2 duk melayan baby ku nie..siap jugak pan cake butterscotch walaupun  baby asyik merengek nak berdukung jer ni..Letak kat bawah nangis,dalam buian pun nangis..tapi bila didukung terus senyap..ermmmm.baby sekarang dah pandai demandkan..

Baru nak masuk 3bulan..dah tunjuk macam2 perangai dah Syifa ni..tapi tak mengapa sebab kalau tak de baby pun tak best jugakkan..sunyiii je rumah..hihi..lagi2 bila baby dah mula tunjukkan reaksi memek muka yang lucu,comel..suka gelak & ketawa..hilang penat kalau tengok babykan...

Dalam sibuk2 melayan anak2 ku yang macam2 ragam nie..masih sempat jugak ku melayan mesej dari pelanggan2 Shaklee nie..Alhamdulillah ramai yang ambil pakej BUGJET..kerana ada yang tidak cukup duit untuk beli full set..

Tapi yang penting mereka sangat berpuas hati dengan vitamin Shaklee ni..walaupun hanya dengan SET BAJET!!..INGAT..jangan pandang sebelah mata tau...ianya menunjukkan kesan yang mengujakan..

Okeyla..Jika ada yg berminat dgn vitamin paling HOTTT skrg nie..jgn segan2 pm sy okey 017-3954394

Best Consultation just for my customer :)

Friday 22 August 2014

Cara Pengimpanan Susu Badan

Ramai ibu2 yang masih keliru dengan cara penyimpanan susu badan yang telah diperah..Berapa lamakah susu badan boleh bertahan dengan baik?? Saya sendiri pada asalnya pun sama jugak kerana tidak pasti cara yang sebenar supaya susu badan tahan lama & kekal berkhasiat.
Kalau nak tahu macam mana cara yang betul,boleh rujuk dibawah.

Untuk menyimpan susu badan,
★pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. 
★Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
★Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Anda boleh menyimpan susu badan: 
Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
★Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
★Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
★Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
★Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. 
★Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda.

Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 

Okey..selamat mencuba & jangan malas untuk memerah susu anda..Kesian kat bayi anda kerana dah bagi susu formula walaupun umur baru 1 hari...

☆Sedikit tambahan..jika ibu2 yang ada masalah susu kurang @ susu agak cair..In Shaa Allah..sy akan membantu susu ibu2 kembali meriah malah lebih berkhasiat.

boleh hubungi saya di ; 017-3954394..
FB :Zainab Mat Rani
PAGE : ZnZabadistore blogspot

Wednesday 6 August 2014

Cara memandikan bayi

Nak menjaga di manja memang agak susah jika kita tidak tahu cara menguruskan dengan betul..

Kali nie saya nak kongsikan cara yang betul untuk mandikan bayi..sebenarnya saya sendiri pun tak berapa pandai sangat mandikan bayi ( walaupun dah anak 3..huhu)..tapi tak per..yang penting kena rajin belajar..kan..kan..

Saya sendiri tak pernah memandikan bayi jika tali pusatnya belum tanggal lagi..entahla rasa gerun semacam bila tengok tali pusat tergantung macam tu...Biasa lepas 1minggu baru saya mandikan bayi sendiri...Siapa yang mandikan bayi saya??mestilah mak kesayangan saya..hihi..Terima kasih banyak2 mak..

Okey..buat ibu2 yang gojes semua..anda boleh rujuk kat sini..cara yang sebenar untuk mandikan bayi.

1) Masukkan air suam dan periksa air dengan siku. Jangan menggunakan air sejuk kerana suhu badan bayi akan menurun atau hiportemia. Badan bayi mudah terkejut terkena air sejuk, menjadi biru dan berisiko untuk terkena sawan. Disarankan juga tidak memasang kpas angin dan membuka tingkap. Alasannya untuk mengelakkan bayi cepat berasa sejuk.

2) Waktu sesuai untuk memandikan bayi sekitar 10 pagi dan 5 petang.

3) Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel, sebaiknya bedung bayi dengan kain napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah 1 - Cuci muka bayi dengan kapas atau sapu tangan yang dicelupkan dalam air suam. Lapkan di bahagian mata dahulu.
Langkah 2 - (Bersihkan kepala bayi) Ampu kepala bayi dan kepitkan telinga bayi dengan jari untuk mengelakkan air masuk ke dalam telinga. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut. Ketika ini sikat rambut bayi untuk mengeluarkan lendir yang melekat. Keringkan rambut bayi sebelum ke proses seterusnya.
Langkah 3 - Siram badan bayi sedikit demi sedikit, gosok badan bayi menggunakan sabun mandian bayi. Bersihkan dibahagian lipatan seperti paha, ketiak, kaki dan punggung. Akhir sekali bilas dengan bersih dan lap sampai kering.
Langkah 4 - Jika tali pusat bayi belum tertanggal, bersihkan tali pusat sebelum bayi dipakaikan baju. Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat khas cucian pusat bayi. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian lap di sekelililng pusat dan bersihkan klip tali pusat. Satu kapas untuk satu kali lap untuk mengelakkan "infection". Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering, jangan sapukan sebarang minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan doktor.
Langkah 5 - Bolehlah disapukan losyen atau sedikit bedak pada bayi serta dipakaikan baju bayi.

PENTING: Ibu wajib menyusukan bayi selepas mandi kerana bayi akan berasa lapar selepas mandi.