Thursday, 3 July 2014

HADIAHKAN ANAK-ANAK AL-FATIHAH

Assalamualaikum wbr..

Lepas sahur tadi..saya blogwalking kat satu blog nie..sejuk jer hati bila baca entrynya..cara yang paling simple,mengenai mendidik anak2.. melentur buluh biarlah dari rebungnya..

In Shaa Allah..semoga kita semua dapat mendidik anak2 kita menjadi anak yang soleh & solehah didunia & akhirat.. Amin..

Bila iman meresap ke dalam hati mudah untuk kita mengikut segala perintah Allah.


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil-kecil ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang aku anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, aku akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini aku ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat aku hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana aku sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka aku cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 

Tidur nyenyak
Anak2 memang agak susah nak bangun pagi,lagi2 jika mereka banyak bermain di siang hari..tetapi jika mendidik bangun awal sejak kecil lagi..in Shaa Allah ianya tidak menjadi masalah.

anak kecil ini setiap pagi bangun untuk solat subuh berjemaah,sekali pun tak pernah meragam sentiasa ceria,apa petuanya..setiap kali dikejutkan dari tidur ayahnya sentiasa memeluk anak kecil ini sambil bercakap perkara-perkara yang baik-baik.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Aku juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah dan taufiq dari Allah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah dan sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala memberi hadiah,bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 

semoga anak-anak kita nanti berjaya dunia akhirat 

lebih baik lagi jadikan solat subuh berjemaah..ada anak anak kecil juga dikejutkan..jangan kesian pada anak-anak untuk melakukan kebaikan...biar mereka menangis sekarang dari kita menangis esok..

ramai ibu bapa di luar sana yang tak mahu kejutkan anak anak kecil yang belum baligh untuk solat..alasannya kesian..ajarlah mereka dari kecil supaya jadi kebiasaan..

credit


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Tuesday, 1 July 2014

Krim Ajaib

Kenapa dipanggil krim Ajaib??
sebab ianya memang ajaib !!..hehe....
Sebenarnya dah lama saya duk mencari2 krim apakah yang sesuai untuk kulit bayi..Lebih kurang 2 minggu Syifa muntah2 dan leher dia melecet teruk..dah disapu krim yg dibeli kt klinik & minyak pelbagai guna ( tyt ).tapi macam tuuu jer tak de perubahan pun..malah lebih teruk..kesian pulak tgk Syifa..

Pening jugaklah nak sapu krim yang mana lagi..Entah macam mana boleh terlupa kat satu2nya krim multipurpose Shaklee nih..Oooo..masa tu stok Herbal Blend Cream dah habis..
Nasib baik ada Herbal Blend Cream nie ( tu pun sebab kawan bagi..hehe )..sekali sapu jer dah cantik kulit Syifa..Alhamdulillah..
Takpercaya?? Cer korang tengok gambar kat bawah tu yer..Memang ajaib..Tapi gambar yg saya ambik sebelum sapu herbal Blend Cream tu nampak tak teruk sangat dah..yang sebelum tu lagi teruk sampai kulit dah nampak isi...

Leher Syifa yg melecet 


Malam sebelum nak tido tu,saya sapu kat bahagian leher & tempat kena gigit nyamuk,esoknya lepas mandikan Syifa..punyalah saya gembira ( terkejut pun ada ) sebab kulitnya macam tak de apa2 yang berlaku..licinnnn jer..Haa..kan memang ajaib tu !!
Inilah Krim ajaib tu !!
Pada ibu2 semua..klu nak tau..herbal blend Cream ni multipurpose tau !!
Macam2 kegunaannya :
Anak kena gigit nyamuk,semut, gatal-gatal,
Punggung melecet kerana pampers,
Anak kulit sensitif,
gatal-gatal kulit sensitif
bagi anak yang ada ekzema jenis kering,
untuk keselesaan selepas mandi..badan rasa cool jer
kaki berbau & melecet..

Produknya tersangat larisss..dah lama kehabisan stok kt pasaran..bila dh restok semula tak sampai 2jam dah clear dah...Hebatkan!!!

Jadi,saya sarankan supaya semua ibu2..wajib dapatkan Herbal Blend Cream.Pastikan setiap rumah ada krim ajaib ni tau..Memang sangat berguna untuk anda semua..Tak rugi pun.

Jika ada yg berminat nak dapatkan Herbal blend Cream @ lain2 Supplement natural nie..boleh hubungi saya di :
FB : Zainab Mat Rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 017-3954394

Best Consultation for our customer...
 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Punca bayi kerap tertidur semasa menyusu

Assalamualaikum wbr..
Salam Ramadhan..pepagi ni nak share sedikit mengenai bayi kerap tertidur semasa tengah menyusu..kenapa ianya terjadi?? 

Lagi2 masa tu susu ibu tengah terpancut keluar..dan2 tu jugakla baby nak sambung tidur..Kadang2 rasa agak geram jugakla..tapi takde lah rasa nak marah pun..hihi.Ini pengalaman saya sendiri la..yang penting perassan ibu bila bayi sedang menyusu memang amat mengujakan..feel tu rasa semacam jer..ermmm..tak dapat nak bayangkan..betapa bestnya..hihi
Lagi satu,sangat risau bila baby dah tidur sendawa 'burp' pun belum..takut bayi tersedak susu ke masa tengah tidur..Nauzubillah..mintak2 dijauhkanlah.



Jom kita cari punca kenapa bayi kerap tertidur semasa menyusu & cara2 mengatasinya.

Punca Kerap Tertidur

Satu jam pertama sejurus bayi dilahirkan adalah waktu paling aktif dan anda amat digalakkan untuk memulakan penyusuan. Dalam tempoh ini, menerusi sentuhan kulit ke kulit, bayi akan mengenali bau, payu dara dan puting. Di fasa ini, bayi akan menghisap dengan aktif sebelum mula mengalami keadaan di mana dia akan kerap tertidur.

Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga. Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari.

Cara2 untuk mengatasi bayi yang kerap tertidur semasa menyusu :

1. Pastikan anda mengejutkan bayi daripada tidur setiap dua jam jika bayi selalu tidur melebihi dua jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya.

2. Jika bayi amat sukar dikejutkan, lakukan urutan lembut dan senaman otot tangan dan kaki. Anda juga boleh bercakap dengan bayi dalam nada yang boleh mengejutkannya (bukan bertempik). Gunakan kreativiti lain seperti menyanyi riang atau berselawat apabila melakukan urutan dan senaman.

3. Semasa bayi menyusu, jangan beri peluang kepadanya untuk masuk fasa tidur active sleep. Gunakan pelbagai kreativiti seperti merangsang dia dengan kerap supaya sentiasa menyusu dengan aktif.

4. Sesekali, anda boleh menekan payu dara antara ibu jari dan beberapa jari lain seperti memerah apabila bayi berhenti menghisap. 

5. Pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur membuatkan susu yang diambil tidak cukup. Jika bayi tidak kenyang, ini bukan kerana ibu tidak cukup susu. Jumlah susu yang bayi terima amat bergantung kepada keaktifan bayi menghisap. Jika kurang aktif menyusu, panjangkan tempoh penyusuannya. 

6. Menyusu bayi dalam posisi berbaring boleh membantu mengurangkan keletihan akibat penyusuan yang lama. Anda boleh berehat sambil menyusukan bayi.

sumber : Majalah PAMA, Mac 2012

Diharap ibu2 semua dapat manfaat diatas perkongsian ini..Terima kasih
Jika berminat nak dapatkan set menyusu yang basic @ full set..jngan  segan2 pm saya di :
FB : Zainab Mat rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 01-3954394

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Rahim kecut dalam masa 5 hari??

Dari pengalaman sendiri mengamalkan set berpantang Shaklee memang sangat2 bagus..
Yg paling saya suka..tiada sembelit pun !!hari ke 3 bersalin bru rasa nak membuang...cuak gak nak ke tandas..sebab takut berjam2 kat dalam tu..huhu..

Rupa2nya sangkaan ku salah sama sekali..LANCAARRRR jer...hihi..alhamdulillah..
So,saya cadangkan ibu2 gojess semua amalkan set berpantang shaklee..banyak lagi kebaikannya !!
Errmmm..korang nak tau tak citer pasal misteri rahim hilang ??haa..meh sini nak citer sikit

Hari ke2 bersalin,aku jemput bidan kampung datang ke rumah untuk urutkan breast sebab puting susu ku tertutup (tersumbat ).sakitnya masa tu Tuhan saja yang tahu..breastku dah bengkak2 sebab susu banyak tapi tak boleh nak keluar.Lepas bidan urut2 tu,,terus terpancut2 keluar susu badan..Barulah rasa lega.Alhamdulillah..Masa tu bidan ada urut rahim ( peranakan )..katanya okey jar..tak jatuh pun..syukur..

Masuk hari ke 5 bidan datang balik untuk berurut & bertungku..Bidan pun mulakan kerja mengurutnya.Dia start kat bahagian perut dahulu..Bila dia dah pegang kat perut tu..ehhh !!! mana pergi ko punya rahim nie??Takkan hilang kot..buat lawak pulak mak bidan tu..hihi..buat aku jadi takut jer..Bila dia urut2 balik..memang ada pun cuma dah kecik & mengecut..Bidan tu tanya..ko makan ubat apa sampai kecut cepat sangat nie??Tak pernah lagi dia mengurut orang lain 5hari dah kecut..MEMANG AJAIB !!
Sebab biasa dalam 20hari pun rahim (peranakan )masih besar lagi.

Alhamdulillah...sepanjang tempoh berpantang kali nie..semua berjalan dengan lancar..baby pun sihat jer tak de kena juandis ke..sawan tangis ke ( anak sulong dulu kena sawan tangis yg teruk..menangis dari maghrib sampai lepas isyak )..Mak pun bagitau badan aku nampak sihat jer tak macam orang tengah berpantang..Dia nak jaga aku & baby pun senang..hehe

Okeylah..setakat nie dulu sharing kali nie...kita jumpa di lain entry tau..
Jika ibu2 gojes yg berminat nak dapatkan set bersalin @ vitamin hebat..boleh hubungi saya di :
FB : Zainab Mat Rani
Page: ZnZ Abadi Store
Email :zulzai05@gmail.com
Phone : 017-3954934

Nie Set Bersalin yg aku guna...plus ESP

Wednesday, 25 June 2014

Petua bayi batuk kahak

Memang amat kesian bila bayi kita batuk2 & selsema...kan..
Saya sendiri tak tahu nak buat macam mana dah kalau baby batuk..Nak bagi ubat batuk ..aiissshhhh kecik lagi memang tak bolehla..Nak cepat & pantas..apa lagi..zaman sekarangkan zaman IT...klik2 jela kat en google kan..hihi..
Haa..mai sini kita ambik ilmu sama2 okey..Amalkan kat baby kita supaya cepat sembuh..In Shaa Allah..

Cara-cara hilangkan kahak / batuk pada bayi :

1. ♥Madu asli♥
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!

2. ♥Kunyit hidup atau bawang putih♥
Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi..
★Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. ♥Daun kaduk♥
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. ♥Kismis♥
Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. ♥Daun Bunga Tahi Ayam♥
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada.

6. ♥Gula Melaka♥
Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. ♥Pucuk Ubi♥
Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.
 SUMBER

Okey ibu2 semua..semoga perkongsian ini mendapat manfaat tau..

Tidak lupa jika berminat nak dapatkan supplement natural asli..boleh personal message saya okey.. :)

017-3954394(Pn Zainab Mat Rani)

Friday, 20 June 2014

Cara sendawakan baby selepas menyusu

Antara masalah yang selalu yang dihadapi oleh ibu2 ketika berpantang ialah baby sering tersedak susu.
Bunyinya pun dah menakutkan..sebab ramai sangat bayi meninggal dunia akibat tersedak susu..NAUZUBILLAH...

Sepanjang tempoh saya berpantang nie,baby Syifa ada juga kadang2 tersedak susu..tapi saya cepat2 mengangkat Syifa & tepuk2 belakangnya..Ini berlaku kerana susu badan saya terlalu banyak hingga Syifa tak sempat nak menelan susu..So,cara yg saya buat ialah memerah susu badan sebelum Syifa menghisap susu.

Masalah saya sekarang ialah bila Syifa menyusu..dia lambat @ susah nak sendawa "burp"..saya naik risau sebab takut nanti tersedak susu ke apa....kan..
So,saya pun google la cari teknik yang betul untuk cepatkan baby sendawa 'burp'..
Ibu2 yg ada masalah yg sama bolehla gunakan teknik2 dibawah ni yer.. 

Teknik SENDAWAKAN BABY KECIL

a). Meniarapkan baby di mana perut baby di atas riba anda, pegang kepalanya dengan sebelah tangan lalu tepuk belakang badannya dengan tangan yang lain.

Cara tepuk belakang bayi
b). Pegang bayi menghadap dada anda berhampiran bahu. Gunakan satu tangan untuk menyokong kepalanya dan satu tangan lagi untuk menggosok belakangnya.

c). Sekiranya bayi sudah mampu mengangkat kepalanya, tegakkan badan baby dan menghadapkan bayi ke luar anda. Kemudian beri sedikit tekanan lembut kepada perut baby ketika anda berjalan di sekeliling bilik bersama baby.

 Syifa juga lebih selesa 'burp' macam ni
Saya dah cuba ketiga2 teknik diatas tu..bagi saya cara yg paling cepat baby nak sendawa ialah yg 'b' tu..
Baby pun rasa lebih selesa..

Harap perkongsian ini dapat manfaat ibu2 kat luar sana..

Pengalaman Indah..bersama Vitamin Shaklee

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Baru sempat nak update entry setelah sekian lama tak online....saya dah selamat melahirkan baby girl pada 31 Mei yg lalu..pada jam 11.55pm..berat 3.0kg..Setelah di pilih2 nama yg sesuai utk baby baru nie..akhirnya  Nur Assyifa Zahra nama diberi...

Nur Assyifa Zahra

Syukur pada-mu Ya Allah..kerana permudahkan segala proses dari awal mengandung hingga bersalin.
Tiada masalah diabetes @ HB Low..sebab sebelum ni 2 penyakit tu mesti datang..Berat badan naik pun cantikkk jer..tak de sampai 2@3 kg keatas..maintainnn..hihi

Dalam proses berpantang pun tak banyak sangat masalah..Baby Syifa pun TAK KENA JAUNDIS..syukur sangat2( kalau yg sebelum nie..Ayrin tu kena juandis dekat 1 bulan..jenuh kena ulang alik ke klinik check darah )..Baby Syifa kali nie tidak meragam sangat..cuma dekat 2 minggu jugaklah kena berjaga malam..kadang2 sampai ke subuh duk menyusukan si manja nie..Dah lama sgt rasanya tak berjaga malam nie..pening kepala & mamai2 gak la.huhu...yelah,yg si kakak dh 5 tahun.lama kot tak jaga baby..hihi

Antara Best Supplement yang saya gemar ambik ialah :

ESP ~ Memberi tenaga & rasa kenyang yg lama..tak perlu nak ulang2 asyik nak makannn jer  
OSTEMATRIK ~ Kalsium yg sangat best sebab sepanjang kehamilan saya tak de rasa sakit gigi langsung !!No Cramp !! Pinggang pun xde sakit sangat..Saya langsung tidak minum susu tepung utk ibu hamil...sebab memang tak suka langsung..rasa hamiss gitu..Nasib baik ada Ostematrik sebagai penyelamat !!!
VITALEA ~ Multivitamin yg sungguh hebat jugak..sebab HB saya sentiasa stabil & maintain jer..badan pun tak rasa letih lembik..Kalau tak sebelum nie cepat letih bila bekerja sepanjang hari..
VITAMIN C ~ Kulit rasa lembab & tak sensitif..lagi..nak kata demam ke..selsema ke..memang dah lama tak kena( sebagai sistem imunisasi dalam badan )..alhamdulillah
 ZINK ~  luka cepat sembuh..boleh kecutkan peranakan lps bersalin..saya sendiri..dalam masa 1 minggu bidan urut peranakan pun terkejut sebab cepat sangat dah kecut..biasa dalam 1bulan masih besar peranakan tu..
B-COMPLEX ~ membantu mengurangkan stress...tak de la asyik nak marah2 @ tension manjang...

Hasilnya...sepanjang diawal pregnant hinggalah selamat bersalin..semuanya berjalan baik..TIADA MASALAH..alhamdulillah..dengan izinNya..

Okey...Anak yang ke3 nie..saya berazam nak bagi fully breastfeed..in Shaa Allah..saya akan breastfeed sampai umur Syifa 2 tahun..disamping itu juga..saya suka mengamalkan supplement yang hebat untuk kesihatan ibu & baby..Badan still cergas & sihat sepanjang hari wlaupun banyak kerja rumah yg kena buat..Syifa pun kerap sangat menyusu..alhamdulillah..susu badan pun asyik melimpah2 jer..



Inilah saat yang paling indah bila kita dapat meluangkan sepenuh masa bersama anak2 kan..Semua benda yg berlaku di depan mata kita..Tak perlu nak risaukan lagi..
Ya Allah..lindungilah kami sekeluarga didunia & akhirat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/