Friday 20 June 2014

Cara sendawakan baby selepas menyusu

Antara masalah yang selalu yang dihadapi oleh ibu2 ketika berpantang ialah baby sering tersedak susu.
Bunyinya pun dah menakutkan..sebab ramai sangat bayi meninggal dunia akibat tersedak susu..NAUZUBILLAH...

Sepanjang tempoh saya berpantang nie,baby Syifa ada juga kadang2 tersedak susu..tapi saya cepat2 mengangkat Syifa & tepuk2 belakangnya..Ini berlaku kerana susu badan saya terlalu banyak hingga Syifa tak sempat nak menelan susu..So,cara yg saya buat ialah memerah susu badan sebelum Syifa menghisap susu.

Masalah saya sekarang ialah bila Syifa menyusu..dia lambat @ susah nak sendawa "burp"..saya naik risau sebab takut nanti tersedak susu ke apa....kan..
So,saya pun google la cari teknik yang betul untuk cepatkan baby sendawa 'burp'..
Ibu2 yg ada masalah yg sama bolehla gunakan teknik2 dibawah ni yer.. 

Teknik SENDAWAKAN BABY KECIL

a). Meniarapkan baby di mana perut baby di atas riba anda, pegang kepalanya dengan sebelah tangan lalu tepuk belakang badannya dengan tangan yang lain.

Cara tepuk belakang bayi
b). Pegang bayi menghadap dada anda berhampiran bahu. Gunakan satu tangan untuk menyokong kepalanya dan satu tangan lagi untuk menggosok belakangnya.

c). Sekiranya bayi sudah mampu mengangkat kepalanya, tegakkan badan baby dan menghadapkan bayi ke luar anda. Kemudian beri sedikit tekanan lembut kepada perut baby ketika anda berjalan di sekeliling bilik bersama baby.

 Syifa juga lebih selesa 'burp' macam ni
Saya dah cuba ketiga2 teknik diatas tu..bagi saya cara yg paling cepat baby nak sendawa ialah yg 'b' tu..
Baby pun rasa lebih selesa..

Harap perkongsian ini dapat manfaat ibu2 kat luar sana..