Thursday 3 July 2014

HADIAHKAN ANAK-ANAK AL-FATIHAH

Assalamualaikum wbr..

Lepas sahur tadi..saya blogwalking kat satu blog nie..sejuk jer hati bila baca entrynya..cara yang paling simple,mengenai mendidik anak2.. melentur buluh biarlah dari rebungnya..

In Shaa Allah..semoga kita semua dapat mendidik anak2 kita menjadi anak yang soleh & solehah didunia & akhirat.. Amin..

Bila iman meresap ke dalam hati mudah untuk kita mengikut segala perintah Allah.


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil-kecil ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang aku anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, aku akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini aku ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat aku hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana aku sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka aku cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 

Tidur nyenyak
Anak2 memang agak susah nak bangun pagi,lagi2 jika mereka banyak bermain di siang hari..tetapi jika mendidik bangun awal sejak kecil lagi..in Shaa Allah ianya tidak menjadi masalah.

anak kecil ini setiap pagi bangun untuk solat subuh berjemaah,sekali pun tak pernah meragam sentiasa ceria,apa petuanya..setiap kali dikejutkan dari tidur ayahnya sentiasa memeluk anak kecil ini sambil bercakap perkara-perkara yang baik-baik.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Aku juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah dan taufiq dari Allah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah dan sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala memberi hadiah,bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 

semoga anak-anak kita nanti berjaya dunia akhirat 

lebih baik lagi jadikan solat subuh berjemaah..ada anak anak kecil juga dikejutkan..jangan kesian pada anak-anak untuk melakukan kebaikan...biar mereka menangis sekarang dari kita menangis esok..

ramai ibu bapa di luar sana yang tak mahu kejutkan anak anak kecil yang belum baligh untuk solat..alasannya kesian..ajarlah mereka dari kecil supaya jadi kebiasaan..

credit


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/