Tuesday 1 July 2014

Punca bayi kerap tertidur semasa menyusu

Assalamualaikum wbr..
Salam Ramadhan..pepagi ni nak share sedikit mengenai bayi kerap tertidur semasa tengah menyusu..kenapa ianya terjadi?? 

Lagi2 masa tu susu ibu tengah terpancut keluar..dan2 tu jugakla baby nak sambung tidur..Kadang2 rasa agak geram jugakla..tapi takde lah rasa nak marah pun..hihi.Ini pengalaman saya sendiri la..yang penting perassan ibu bila bayi sedang menyusu memang amat mengujakan..feel tu rasa semacam jer..ermmm..tak dapat nak bayangkan..betapa bestnya..hihi
Lagi satu,sangat risau bila baby dah tidur sendawa 'burp' pun belum..takut bayi tersedak susu ke masa tengah tidur..Nauzubillah..mintak2 dijauhkanlah.



Jom kita cari punca kenapa bayi kerap tertidur semasa menyusu & cara2 mengatasinya.

Punca Kerap Tertidur

Satu jam pertama sejurus bayi dilahirkan adalah waktu paling aktif dan anda amat digalakkan untuk memulakan penyusuan. Dalam tempoh ini, menerusi sentuhan kulit ke kulit, bayi akan mengenali bau, payu dara dan puting. Di fasa ini, bayi akan menghisap dengan aktif sebelum mula mengalami keadaan di mana dia akan kerap tertidur.

Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga. Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari.

Cara2 untuk mengatasi bayi yang kerap tertidur semasa menyusu :

1. Pastikan anda mengejutkan bayi daripada tidur setiap dua jam jika bayi selalu tidur melebihi dua jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya.

2. Jika bayi amat sukar dikejutkan, lakukan urutan lembut dan senaman otot tangan dan kaki. Anda juga boleh bercakap dengan bayi dalam nada yang boleh mengejutkannya (bukan bertempik). Gunakan kreativiti lain seperti menyanyi riang atau berselawat apabila melakukan urutan dan senaman.

3. Semasa bayi menyusu, jangan beri peluang kepadanya untuk masuk fasa tidur active sleep. Gunakan pelbagai kreativiti seperti merangsang dia dengan kerap supaya sentiasa menyusu dengan aktif.

4. Sesekali, anda boleh menekan payu dara antara ibu jari dan beberapa jari lain seperti memerah apabila bayi berhenti menghisap. 

5. Pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur membuatkan susu yang diambil tidak cukup. Jika bayi tidak kenyang, ini bukan kerana ibu tidak cukup susu. Jumlah susu yang bayi terima amat bergantung kepada keaktifan bayi menghisap. Jika kurang aktif menyusu, panjangkan tempoh penyusuannya. 

6. Menyusu bayi dalam posisi berbaring boleh membantu mengurangkan keletihan akibat penyusuan yang lama. Anda boleh berehat sambil menyusukan bayi.

sumber : Majalah PAMA, Mac 2012

Diharap ibu2 semua dapat manfaat diatas perkongsian ini..Terima kasih
Jika berminat nak dapatkan set menyusu yang basic @ full set..jngan  segan2 pm saya di :
FB : Zainab Mat rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 01-3954394

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/