Wednesday 25 June 2014

Petua bayi batuk kahak

Memang amat kesian bila bayi kita batuk2 & selsema...kan..
Saya sendiri tak tahu nak buat macam mana dah kalau baby batuk..Nak bagi ubat batuk ..aiissshhhh kecik lagi memang tak bolehla..Nak cepat & pantas..apa lagi..zaman sekarangkan zaman IT...klik2 jela kat en google kan..hihi..
Haa..mai sini kita ambik ilmu sama2 okey..Amalkan kat baby kita supaya cepat sembuh..In Shaa Allah..

Cara-cara hilangkan kahak / batuk pada bayi :

1. ♥Madu asli♥
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!

2. ♥Kunyit hidup atau bawang putih♥
Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi..
★Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. ♥Daun kaduk♥
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. ♥Kismis♥
Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. ♥Daun Bunga Tahi Ayam♥
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada.

6. ♥Gula Melaka♥
Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. ♥Pucuk Ubi♥
Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.
 SUMBER

Okey ibu2 semua..semoga perkongsian ini mendapat manfaat tau..

Tidak lupa jika berminat nak dapatkan supplement natural asli..boleh personal message saya okey.. :)

017-3954394(Pn Zainab Mat Rani)