Tuesday 22 March 2016

10 Formula Mudah Menjemput Rezeki Dekat dengan Kita.

Assalamualaikum Dan selamat petang,

Dalam setiap apa jua yang kita lakukan mesti mahukan yang terbaik Dan mahukan rezeki yang melimpah ruah betul tak?Tahukah ANDA Semakin kita mengejar rezeki Semakin ia akan lari jauh dengan kita.Kenapa boleh terjadinya sedemikian?

Saya pernah mendengar seorang Ustaz memberitahu dari mana datangnya rezeki??Sudah tentu dari yang Maha ESA Tuhan kita Allah swt.Bukan datangnya dari manusia !! bukan mereka yang beri kita duit atau rezeki...jadi kenapa kita sering bergantung pada manusia seperti bos kita kawan kita..ini contoh ye..Jadi buat apa kita bertungkus lumus mengejar rezeki tanpa meletakkan Allah swt dihadapan.


Okey,mulai sekarang kita ubah cara atau sikap dari mengejar rezeki tukar kepada MENJEMPUT REZEKI..Ada Banyak cara sebenarnya untuk kita menjemput rezeki ni..Antaranya:


1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha rajinkan diri baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN.
Bangun pagi jangan buka handset atau rancang nak buat apa apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR
Banyakkan berzikir kepada Allah swt

5. SOLAT BERJEMAAH
terutama lelaki. Mulakan hari ini dan jangan bertangguh lagi

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH.
Sedekah mempunyai keajaiban yang luar biasa

8. SOLAT AWAL WAKTU.
Solatlah di awal waktu. Sekalipun sedang susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH swt
Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

Lain-lain:
1. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab kebanyakan penyakit bermula dari kaki.

Segalanya tidak mustahil berlaku dengan izin ALLAH..

Wallaahua'lam..