Wednesday 30 March 2016

Resipi Sambal Ketuk atau Totok Sedap dan Marbeles SeSangat

ah buat apa tu? Masih belum masuk dapur lagi ?? Hihi. Saya pun belum lagi.Pening tak tau nak masak apa lah hari nie.Biasa kalau dah ada apa apa menu yang nak di masak memang laju je masuk dapur.

Bila time malas datang,semua benda tak menjadi..huhu..Tapi bila datang mood rajin tu,dari pagi sampai ke malam masakkk aje kerja.Macam semalam pagi saya bancuh cekodok ikan bilis ala ala special hihi ada letak Udang ayam sayur sayur Dan yis bagi kembang Dan naik Cantik je..Rasa Sedap Dan gebus gebas gitu.

Tengah hari pulak,saya masak Nasi Arab bersama Ayam panggang.Ni kes mengidam nak makan. Maka bertungkus lumuslah kat dapur siap kan nasi Arab.Alhamdulillah Anak balik sekolah berpinggan Pinggan jugak diorang makan..

Lepas tu,petang saya buat Kuih apa entah namanya,yang sibuk duk viral kat Facebook tu..ermmm..Oooo Dah ingat tart telur versi mudah sesangat..hihi..Tapi yang ni hasilnya tak berapa menjadi sebab kulitnya agak keras.

Malamnya Pula saya buat apa lagi ye..Oooo..kami sambung makan nasi Arab tadi sebab ada lebih ( termasak banyak) Dan Goreng cekodok cicah bersama homemade sos Thai,minum pulak bersama air green tea..Haaa yang ni memang best..saya beli serbuk green tea 1 paket rm10 sahaja..sekali bancuh Hanya 1sudu Dah cukup.

Ooppsss,terlebih cerita lah pulak hihi.. Jangan jemu nak baca ye.Tetapi hari ni saya nak kongsikan resipi orang jawa.Resipi ni saya dapat dari Jiran sebelah rumah ni.Memang Sedap, Kalau tak ada apa apa menu nak buat makan sambal Totok ni dengan nasi panas panas pun Dah cukup.



Bahan Bahan Sambal Totok


Bawang merah 5biji
Bawang putih 2biji
Lada merah 2biji
Cili padi (agak agak kalau nak pedas letaklah banyak sikit)
Ikan bilis
Gula
Garam
Limau nipis

Cara cara :
Semua bahan tadi tu di goreng hingga layu.Goreng bersama sedikit minyak.
Lepas dah layu masuk dalam blender.Blender jangan terlalu lama nanti sambal kita jadi terlalu hancur.
Lepas blender perahkan limau nipis
Rasakan dulu sambal kita tu masin ke manis ke

Okey.... dah siapppp..memang korang akan makan nasi bertambah tambah la kalau makan sambal Totok ni.Silap haribulan tak perasan Mak mertua ada kat sebelah hihii

Selamat mencubaπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„