Wednesday 23 March 2016

Resipi Mudah Kuih Traditional Teri Mandi Nama diberi aka Kuih Kepek Hidung

Tetiba tekak ni teringin nak makan Kuih orang lama lama la pulak.Lepas hantar Anak pergi sekolah agama tadi terus singgah Kedai runcit beli kelapa parut yang muda.

Dalam fikiran ni tak tau nak buat Kuih apa lagi Tapi yang pasti Kuih tu kena guna kepala muda.hihi..Dah sampai rumah okey Dah tau Dah Kuih apa yang nak dibuat.Onde Onde !!!Korang tau tak apa itu onde onde?Kalau bahasa dari pantai Timur namanya Onde onde lah kami panggil.Tapi negeri lain panggil Kuih buah melaka.


Nak dijadikan cerita,bukan Onde onde yang terjadi,tetapi Kuih Teri Mandi hasilnya..huhuuhuu..Kuih bertukar wajah kerana masa proses nak buat onde onde tu,nise (gula melaka) tak ada!! Aduii kecewa jugaklah sebab tekak ni nak makan onde onde.Pada masa yang sama tiba tiba teringat adunan yang sama tu boleh dibuat Kuih Teri Mandi !!

Okey,semua Bahan Dah ada.Tunggu apa lagi,zasss masuk dapurlah bersama teman Baik saya iaitu Assyifa hihi..Anak bongsu saya.Korang pernah dengar tak nama Kuih ni?Ada sesetengah orang panggil Kuih kepek hidung haha lucu kan namanya.Apa apa lah janji sedap,betul tak?

Eh nak tau sedap ke tidak korang kena buat Dan rasalah dulu baru tau..kan kan..Saya kongsikan cara cara membuat Kuih Teri Mandi aka Kepek Hidung.


Bahan bahan yang sangat mudah :


Untuk dohnya

  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum (terpulang)
  • 1cawan air ( agak agak tak melekat dijari semasa menggaul)
  • Pewarna pandan ( terpulang macam saya ni mood terlebih rajin sikit,saya buat 3 warna merah hijau Dan kuning)


Cara caranya:

  • Panaskan air sehingga menggelegak.
  • Bulatkan Doh kecil,agak agak sebesar duit syiling 10sen
  • Kemudian,tekan dibahagian tengah Doh.Supaya doh menjadi kemek (sebab itulah namanya kepek hidung.. Hihiii)
  • Dah siap bolehlah masukkan Doh kedalam periuk air panas tadi.
  • Tunggu sehingga Doh naik ke atas.Itu menandakan Doh sudah masak.
  • Toskan..

Kuih 3 warna sebelum direbus



Untuk intinya :

  • 1biji kelapa parut muda
  • 3helai daun pandan
  • Air masak secukupnya
  • Garam secubit
  • Gula 2senduk(terpulang kalau rasa nak kurang manis boleh kurangkan gula)


Cara caranya:

  • Masukkan kesemua Bahan bahan inti didalam kuali atau periuk.
  • Kacau sedikit bagi rata
  • Tunggu daun pandan Dah layu Dan rasakan dulu manisnya.
  • Dah sedap Dan ngam ngam rasanya masukkan Doh yang sudah direbus tadi.


Inilah hasilnya...rasa lemak lemak kelapa muda Dan bau wangi daun pandan..

Inilah hasilnya Kepek Hidung ku !!😊


Okey selamat mencuba😍😍😍.Sesuai dimakan diwaktu petang Dan bila bila masa sahaja bila tekak nak makan.πŸ˜€