Friday, 14 February 2014

Kenapa bayi kerap tersedak susu

Saat yg paling gembira ialah dgn kelahiran bby baru dalam keluarga kita..kan..Rasa seronok yg amat2..
Kenangan disaat melahirkan baby pertama 8tahun yg lalu..
Hingga ke hari ini semua kenangan tak dapat dilupakan walau sedikit pun...Sangat indah...
Masa tu saya masih bekerja,lps 2bln terpaksalah menghantar baby ke taska.
Dalam hati tawakkal & redha je..hanya Allah swt je yg tahu..dan sy pasti semua ibu dpt rasakan perasaan yg sama kan!!!

Hari ni sy nak kongsi kan cerita mengenai baby tersedak susu...sebab terlalu kerap sangat kes sebegini berlaku.
Macam tak diambil tindakan langsung kepada pengusaha taska.

Akhbar Bharian baru-baru ini telah melaporkan insiden di Petaling Jaya mengenai seorang bayi meninggal dunia akibat tersedak susu.
Kali ini bayi lelaki berusia dua bulan di sebuah pusat asuhan, di Flora Damansara.
Dan statistik menunjukkan tahun ini saja, tujuh kes kematian akibat tersedak susu dilaporkan di negara ini.

Gejala tersedak susu ini sering terjadi kepada bayi.
Tetapi ianya boleh di atasi dan di kawal dengan menggunakan langkah mahupun teknik tertentu.
Kes ini perlu diambil serius berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati berpunca daripada tersedak susu.

Menurut Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti bayi :

★selesema
★tidak cukup bulan
★tidak sihat
★proses menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul

Antara nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah :
♥Memerah sedikit susu dari payu dara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa puting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar.
♥Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk pastikan keseluruhan saluran udara, pernafasan, lidah dan mulut bayi tiada masalah dan tidak sakit
♥Jika semuanya baik, mungkin teknik penyusuan yang diamalkan tidak betul dan kebanyakan hospital dan bidan-bidan boleh membantu menasihati ibu mengenai teknik penyusuan yang betul

Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi tersedak?

1 – Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta (dipanggil spasm).
Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan

2 – Dukung bayi dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi

3 – Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku, bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi.
Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa

Nasihat kepada ibu bapa yang terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak, disaran memantau pusat jagaan terbabit sebelum menghantar anak-anak

Cuba selidik dan bertanya dengan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan sama,
lawat & luangkan masa beberapa jam sambil memerhatikan keadaan kebersihan, persekitaran.cara penjaga mengendalikan bayi dan kanak-kanak.pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai hingga sukar dikawal

Credit - http://www.mysumber.com/berita/lagi-bayi-meninggal-kerana-tersedak-susu#ixzz2tHMV5H00

Jika masih tiada cara lain @ tidak yakin dgn mana2 pengasuh..eloklah ambil peluang untuk menjaga sendiri je anak2 kita.
Tapi jika tak boleh nak behenti kerja dek kerana masalah kewangan@lain2 masalah..terpaksalah terima je...

Just nak promote sikit..jika ada sesiapa yg mencari supplement terbaik yg natural...boleh berhubung dgn saya di : 017-3954394
Page : Zn Z Abadi Store
Fb :Zainab Mat Rani
Email : zulzai05@gmail.com

Antara set2 yg famuos & terlajak laris :

SET MENGANDUNG
SET BERPANTANG
SET IBU MENYUSU
SET KESIHATAN YG OPTIMUM
SET ANAK SIHAT & BIJAK
dan macam2 lagilah yg kami syorkan.!!
Yang pasti harga..sgt MURAH..dgn PRODUKNYA yg berkualiti tinggi..sgt berbaloi2.

Thursday, 13 February 2014

Nyamuk semakin menggatal

Assalamualaikum wbr & selamat pagi...

Oleh kerana sekarang ni musim nyamuk terlalu banyak berkeliaran di malam hari & ramai jugak yg kena DEMAM DENGGI.
Mendapat info dari kawan2..memang skrg ni pesakit yg kena demam denggi sangat tinggi.
Ada yg kena demam denggi terlalu lama hinggakan demam denggi berdarah.....dan membawa maut.
Nauzubillah..
Disini,sy nak share beberapa info & tips mengenai demam denggi..
      
DEMAM DENGGI  
Demam Denggi ialah penyakit akut(teruk) yang disebabkan oleh virus dan disebarkan    melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor). Nyamuk Aedes terdiri dari Aedes aegypti dan Aedes albopictus. 

Denggi terbahagi kepada 2 jenis     
i) Demam Denggi biasa (DD)    
ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (DDB/SRD) Virus Denggi dari famili Flaviviridae.Terdiri dari 4 serotype iaitu Den1,Den2,Den3 dan Den4.Kesemua serotype ini boleh menyebabkan DD dan DDB di Malaysia. 
Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi  virus mampu menjadi sumber jangkitan disepanjang hayatnya. Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya.
Proses ini disebut transmisi transovari.   
Seekor nyamuk dewasa hasil dari telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya walau pun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.

Pada masa ini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. Oleh itu pencegahan amat penting.  

TANDA-TANDA
 ★Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.
★Petekia (bintik-bintik merah pada kulit) 
★Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan  kepala 
★Pesakit DD memerlukan pengawasan kerana ada kalanya mereka turut mengalami pendarahan di hidung dan gusi
★kencing berdarah.   
Pesakit DD perlu diawasi agar tidak berubah menjadi DDB/SRD.                

DEMAM DENGGI BERDARAH 

Empat tanda utama ialah
★pendarahan
★demam panas
★pembesaran hati 
★kegagalan sistem perdedaran darah. 

Gejala yang mungkin terjadi ialah
★muntah-muntah
★sakit kepala
★sakit perut

Tanda-tanda pendarahan ialah
★kelebaman di kulit,
★hidung berdarah,
★gusi berdarah,
★petekia dan pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombo- sitipenia,leukopenia
peningkatan aras hematokrit. 

Jika setelah beberapa hari demam,pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukkan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti :
★kulit yang lembab dan dingin,
★bibir yang lebam kebiruan,
★denyutan nadi yang cepat tetapi lemah
hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan    denggi (SRD)                         

NYAMUK AEDES PEMBAWA VIRUS DEMAM DENGGI TELUR NYAMUK DEWASA SATU MINGGU LARVA KEMPOMPONG   senang dikenali dengan belang hitam dan putih di badan dan kakinya. 
biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja Virus akan membiak di dalam kalenjar air liur nyamuk (proses pengeraman) selama 8-10 hari.
Selepas tempoh ini nyamuk menjadi infektif dan mampu menyebar virus. Selepas gigitan virus akan membiak di dalam badan manusia.

Tanda-tanda klinikal akan timbul dalam masa 4-6 hari. Virus denggi hanya hidup selama 5-7 hari sahaja di dalam badan manusia kerana  badan akan bertindakbalas dengan membentuk dan mengeluarkan antibodi. 
Kitaran hidup dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1minggu. Nyamuk dewasa (betina dan jantan) akan bersenyawa dan sperma jantan akan     isimpan dalam nyamuk betina.

Untuk menghasilkan telur yang hidup,nyamuk betina    perlukan darah. Nyamuk bertelur di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Sebanyak 60-100 biji telur dikeluarkan pada setiap kali bertelur.Nyamuk betina mampu bertelur 10 kali semasa hayatnya selama 30 hari.
 Selepas 1-3 hari telur nyamuk akan matang dan menetas mengeluarkan larva  (jentik-jentik) 
Selepas 5-7 hari larva akan bertukar menjadi kepompong dan selepas 1-2 hari     nyamuk dewasa akan terbang meninggalkan kepompong.                                             
 KENALILAH TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES  DI DALAM RUMAH , DI LUAR RUMAH 

 HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES  
Tutup semua bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daribertelur. 
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti ABATE 1% (1 sudu = 10 gram untuk 20 gelen air) ke dalam semua bekas menyimpan air setiap tiga bulan sekali 
Tukar air dalam bekas jambangan bunga tiap-tiap minggu.Masukkan dua sudu teh garam ke dalam perangkap semut. 
Buang air dari piring pengalas pasu bunga seminggu sekali dan gosok piring-piring itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk. 
Periksa saluran air hujan bumbung rumah atau bangunan seminggu sekali dan buangkan daun-daun supaya air dapat mengalir (air tidak bertakung)
 Masukkan semua bekas yang boleh menakung air seperti tin dan botol ke dalam beg plastik dan buangkan di tempat yang disediakan.   

HAPUSKAN NYAMUK AEDES DEWASA
Gunakan racun serangga di dalam rumah boleh membunuh nyamuk Aedes dewasa  Semburan kabus(fogging) - untuk semburan kabus yang berkesan, orang ramai diminta memberi kerjasama untuk membenarkan semburan kabus dilakukan di dalam rumah.

Sumber :
http://vektorpendang.tripod.com/factdenggi.html

Disamping itu..anda juga boleh mengamalkan supplement penting utk mengawal antibodi dalam badan anda.

BERMINAT nak dapatkan vitamin terbaik & hebat..

Sms..whatsapp :017-3954394
Fb ; Zainab Mat Rani
Page : ZnZ Abadi Store

Wednesday, 12 February 2014

Tips bila suami isteri berjauhan

Assalamulaikum wbr..

Nak sharing serba sedikit mengenai Suami Isteri yg erjauhan....patutkah??
Zaman sekarang dah memang lumrah hidup...kebanyakkan suami isteri berjauhan diatas faktor kerjaya  ataupun masalah peribadi..
Tetapi...perlukah kena tinggal berjauhan??
Mana tanggungjawab kita bg suami..tanggungjawab sbg isteri??
Mampukah suami isteri melawan nafsu zahir & batin ??
Sampai bilakah harus berjauhan??
Itu terpulang pada individu masing2...yang penting kena pandai bawa diri masing2...

Saya nak kongsikan tips untuk suami isteri yg berjauhan..dari  Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah..
Jom baca;
Kehidupan di zaman ini sentiasa mengejar kita untuk mengajar masa.Bagi pasangan suami isteri yang bekerja pastinya waktu bersama amat sedikit dan terhad kerana waktu banyak dihabiskan di pejabat dan urusan kerja yang tidak pernah habis.
Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan kerana tugas dan tanggungjawab selalunya melupakan peristiwa2 penting atau saat2 yang istimewa.
Banyak alasan yang diberi dan menjadi penghalang antaranya banyak kerja di pejabat,ada klien,outstation dan lain2 lagi.
Berjauhan kerana tuntutan pekerjaan atau pendidikan bukan bermakna anda tidak boleh berbuat apa2.Kata orang ‘Jauh di mata dekat di hati’(dah kena tukar ni).Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan percintaan jarak jauh(PJJ).
Menjaga sebuah rumah tangga memerlukan usaha yang berterusan lebih2 lagi bila pasangan itu terpaksa berjauhan.
Kesunyian dan kesepian pasti akan menyelubungi diri anda.Namun ada banyak cara untuk menghadirkan diri pasangan anda dalam kehidupan seharian anda contohnya,melihat dan membuka album ataupun Facebook.

Di sini saya berikan beberapa tip supaya hubungan suami isteri berjalan seperti biasa:

a->♥BERI SOKONGAN♥
Ketika bekerja di tempat yang jauh tentulah suami dan isteri akan berasa sedih dan pilu.Untuk berjaya dan bahagia pasangan suami isteri perlu berkorban.Berilah sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga anda sendiri. 

b->♥SALING PERCAYA MEMPERCAYAI♥
Ini merupakan satu kewajipan yang amat penting dalam memelihara hubungan jarak jauh. Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda boleh mengatasi masalah keluarga sendirian dan percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya.Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur.Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang di sana.Berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama.Kalau anda sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka,ini akan merugikan diri sendiri dan menjadikan anda tertekan.

c->♥CARI KESIBUKAN♥
Pasangan yang berjauhan sudah pasti akan berasa sepi.Untuk mengatasi rasa kesepian ini carilah kesibukan dengan melakukan aktiviti2 seperti pergi kuliah agama atau aktiviti persatuan dan gotong-royong.

d->♥TETAP BERHUBUNG♥
Meskipun anda berjauhan,anda perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk berkomunikasi dan berhubung seperti telefon,e-mel,SMS dan sebagainya.Janganlah anda menghubungi pasangan terlalu kerap tentu sahaja dia berasa terganggu dan berasa tidak dipercayai.Oleh itu batasilah hubungan anda agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik(guna blog pun boleh,kan he3). 

e->♥LIBATKAN ANAK-ANAK♥
Agar hubungan tetap terpelihara libatkan anak anda dalam berkomunikasi kerana anak adalah satu faktor pengikat suatu hubungan.Ini juga dapat mengingatkan pasangan bahawa dia mempunyai keluarga yang memerlukannya.Misalnya,ketika menelefon,beri peluang si anak kecil untuk berbual dan mendengar suara ibu/ayahnya(kite dah pratik masa hubby duduk jauh dulu,memang berkesan!).

f->♥BUAT LAWATAN♥ 
Jangan lupa untuk merancang melawat pasangan anda.Tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu.Sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.

g->♥SALING DOA MENDOAKAN♥
Jangan lupa untuk mendoakan pasangan anda selepas solat 5 waktu kerana Allah yang menentukan segala-galanya(Doa memang amat penting.Makin korang menjauhkan diir daripada Allah lagi banyak dugaan perhubungan yang Allah uji,percayalah!

Bagaimana Allah hendak ingatkan hambaNya kalau hambaNya sendiri tidak mengingatiNya).

 DOA TERHINDAR DARI BEBAN YANG BERAT 

“Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat seperti mana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami,rahmatilah kami,Engkaulah Pelindung kami maka tolonglah kami menghadapi orang2 yang tidak beriman” 

Sumber: http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/01/tip-untuk-suami-isteri-yang-tinggal.html

Ada jugak yang mengalami masalah dalaman sehinggakan si suami @si isteri mengambil keputusan untuk berpisah..
Jalan untuk berpisah adalah salah sama sekali kerana ianya tidak mendatangkan penyelesaian..
Jika anda mempunyai masalah seperti :
★tiada zuriat
★suami @ isteri cepat penat ketika bersama
★miss V isteri berbau..dek kerana keputihan yg malampau.
★suami tidak suka jika miss B & miss V tidak 'cantik'
★Badan suami@isteri berbau
★kurangnya nafsu seks
Kami ada jalan penyelesaiannya..
Hanya dengan amalkan supplement hebat yg natural...ianya dapat membantu anda..
Inshaa Allah..dgn izin Nya

Free consultation jer..sesiapa yg ada masalah..boleh dikongsi bersama & sy akan bg suggestion terbaik untuk anda....

Berminat nak dapatkan supplement terbaik nie??
Sms@whatsapp :017-3954394
Fb : Zainab Mat Rani
Email : zulzai05@gmail.com
Page : ZnZ Abadi Store

Payudara Bengkak

Susu ibu adalah anugerah yang tak ternilai !!!

Ada yang buntu dengan masalah PAYUDARA BENGKAK..tidak tahu punca & kenapa ianya terjadi??

Disini sy nak sharing sikit supaya semua boleh faham & amalkan...

Mengapakah payudara saya bengkak dan sakit?

Pada minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Anda juga mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara. 

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu: Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dantidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Berapa lamakah payudara bengkak akan berlanjutan?

Mujurlah, masalah payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi. Jika anda memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati payudara menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanyalah ubat penahan sakit dan memakai coli sokongan yang baik. Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada. 

Bolehkan saya teruskan penyusuan walaupun payudara bengkak?

Boleh, dan memang itu yang sepatutnya. Jika boleh, susukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan lakukan dengan kerap bermula daripada saat itu. Perhatikan bayi anda untuk melihat tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah. Jika dia menangis, bermakna dia sudah sangat lapar. Sebaik sahaja bengkak reda, payudara anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu. 

Adakah payudara bengkak akan memberi kesan pada bayi saya?

Tidak. Tetapi ia mungkin membuatkan anda mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang boleh. 

Credit to :
http://www.babycenter.com.my/a1043360/payudara-bengkak

Jika ada yg mengalami masalah kekurangan susu badan pula..anda jangan CEMAS !!!
Kami ada jalan penyesaiannya..
Hanya dengan mengamalkan supplement yg natural & berkhasiat...ianya sangat membantu anda  !!

Dapatkan set2 yg sesuai utk ibu2@wanita2 gojesss :

♥Set badan yg ideal
♥Set kesihatan yg optimum
♥Set hamil
♥Set berpantang
♥Set menyusu
♥Set kurus & tambah susu badan

Menarikkan..!!!
Berminat nak dapatkan set2 tersebut dgn harga yg paling murah dipasaran??

pm..sms..whatsapp :017-3954394
Fb name :Zainab Mat Rani
Email : zulzai05@gmail.com

Thursday, 30 January 2014

Ubah hidup lebih selesa dgn Shaklee

Assalamualaikum w.b.r & salam sejahtera...

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Syukur pada mu Ya Allah..

Hanya nak berkongsi kisah2 hidupku yang tak seberapa ini..

Saya bukan dari keluarga senang..Dari kecil sudah disuruh bekerja kerana arwah ayah seorang yang sgt tegas & pentingkan pada bisnesnya..Yela..utk msa depan keluarga jgk.
Dia tak pandai membaca tau..tetapi kalau bab mengira ni..memang no 1.
Kami adik beradik yg lain semua kena kerja keras..tapi hasilnya pun ok jgkla..Apa yg kita nak dia akan bagi..

Apa yg saya masih ingat sampai sekarang..sikapnya yg suka plan semua benda awal2 lagi..
Cth:Semua anaknya kena paksa belajar kereta..dan ambil lesen..Dia thu takat mana kemampuan anak2nya..
Tapi masa tu kami yg tak tau apa2..ikut jela..suka ke tak suka..kena ikut..nanti kena marah..huhu.

Apa yg saya dapat lihat arwah ayah saya sebenarnya seorang yang :
♥apa2 benda pun kuat berusaha..tak kira siang & malam.
♥konsisten walau apa masalah sekali pun..tetap bersabar walau bisnesnya down..malah lebih bersemangat nak berusaha..
♥bijak mengatur langkah & pantas bertindak supaya tidak berada dibawah selamanya.
♥selalu fikirkan masa depan..
♥murah hati..selalu bersedekah..sebab itulah rezeki yg makin bertambah.

Inshaa Allah..akan saya ikut semua itu untuk mengubah kehidupan supaya lebih berjaya dunia & akhirat..
Al fatihah buat arwah ayah ku ( Mat Rani bin Dollah )..semoga ditempatkan bersama orang2 yg beriman...Amin...

Kini..aku bersyukur..kerana dipertemukan dengan group Jutawan Shaklee..banyak mengubah hidupku..
Jika nak dibandingkan dulu..manalah ada masa nak buat amalan rohani..klu ada masa pn..sembang2..gosip2..main h.set..(alasan je tu..huhu)

Tetapi sekarang saya rasa lebih tenang dan rumahtangga pun terjaga setelah saya ambil keputusan utk berhenti kerja pada pertengahan tahun lepas..
Join shaklee tidak merugikan sapa2 pun termasuklah saya sendiri kerana banyak manfaat yg kita dapat selain dapat menambah ilmu berbisnes secara online ini..

Bonus shaklee yg saya dapat tu tengah2 bulan boleh membantu suami saya..walaupn x seberapa (inshaa Allah..akn semakin bertambah)..tetapi sgt bermakna buat saya.

Kerana sy bekerja hanya dari rumah..tak perlu nak tinggalkan anak2 kt taska lagi..makan minum semua terjaga..alhamdulillah..

Inshaa Allah..jika ada kemahuan..disitu ada jalannya..

Sesiapa yg berminat nak tambah side income tu..jangan segan2 pm saya utk tahu lebih lanjut..

Handphone : 0173954394
Email : zulzai05@gmail.com
Fanpage :ZnZ Abadi Store

Sharing is Caring..

Wednesday, 29 January 2014

Beza alahan ambik supplement & tanpa supplement.

SAKIT BELAKANG???

Ohhhh tidak lagi !!!!

Hari ni rasa macam nak sharing tentang perbezaan saya sendiri ketika mengandung anak dulu & sekarang..

Perbezaannya sangat ketara jika nak dibandingkan sebab sekarang saya pegnant tidak rasa sangat alahan sgt pun seperti morning sickness,muntah2,sakit2 belakang,sakit gigi..
Itu semua saya tak rasa sangat..cuma pening2 sikit tu adalah..itupun biasa disebabkan oleh bau busuk & bau wangi sangat (alah pada bau)..

Kalau dulu..diawal pegnant sampailah nak masuk 6bln...barulah hilang alahan tu.

Nak tahu apa yg saya ambil semasa pegnant ni??
♥VITALEA
♥OSTEMATRIK
♥BCOMPLEX
♥VITAMIN C 500MG
♥OMEGA

Haa..saya baru ambik 5item nie..belum tambah lagi dengan ESP..kalau tak..lagilah beza yg ketaranyakan...hihi

Lagi 1,semasa proses kehamilan..memang tidak boleh lari dati sakit belakang..

Pernah anda terfikir kenapa kita sering sakit pinggang semasa hamil??

Setelah dibuat research kat google..haaaa..ni lah punca2nya :

PUNCA2 & FAKTOR SAKIT BELAKANG SEMASA HAMIL

1. Perubahan postur badan > Perubahan postur melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang badan ibu yang hamil.

2. Penambahan berat badan > Penambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang.

3. Perubahan hormon > Rembesan hormon yang dipanggil "relaxin" ketika mengandung melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan tulang belakang bertujuan memudahkan proses bersalin yang meningkatkan risiko sakit belakang.

4. Keletihan otot > Posisi duduk, baring dan berjalan yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang.


Beberapa langkah yg dikenalpasti boleh mengurangkan sakit belakang:-

1. Posisi berdiri..Posisi bahu dan punggung hendaklah selari ketika berdiri.

2. Posisi duduk..Pilih kerusi yang selesa (mempunyai tempat duduk yang kukuh dan tempat meletakkan tangan)

Letakkan bantal kecil di bahagian bawah belakang supaya dapat menyokong belakang badan.Jangan duduk bersilang kaki atau berjuntai , sebaliknya pastikan belakang badan lurus tegak

3. Posisi tidur..Jangan tidur telentang! Tidur terlentang akan menyebabkan rahim  memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar (aorta & inferior vena cava) lalu menghalang peredaran darah  ke jantung seterusnya menganggu bekalan oksigen dan nutrien pada bayi.Tidur mengiring. Kedua-dua sendi lutut dibengkokkan sedikit dan letakkan bantal di antara kedua peha. Ia dapat menyalurkan lebih nutrien dan oksigen kepada bayi.Mengiring ke kanan @ kiri.

 credit: http://www.mypositiveparenting.org2.

Saya sendiri & ramai lagi pengguna vitamin Shaklee nie sangat berpuas hati kerana ianya dapat menolong ibu2 yg mengandung daripada menghadapi masalah sakit2 belakang ni.

Pada ibu2 yg tidak suka minum susu formula tu....haaa sgt2 digalakkan mengambil SET KEHAMILAN SHAKLEE nie.

Saya memang tak perlu risau lagi..jika badan kita kekurangan...hanya dgn OSTEMATRIK..sudah memadai..kerana OSTEMATRIK BUKAN SEKADAR KALSIUM !!!

Berbalik pada kekurangan kalsium tadi, untuk memenuhi keperluan 1000mg kalsium, perlulah memakan makanan yang mengandungi kalsium.. seperti contoh

3-4 sajian sehari

susu (1 sajian = 1 cawan)

telur (1 sajian = 1 telur besar)

yogurt (1 sajian = 1cawan)

pasteurized cheese (1 serving = lebih kurang 1.5 ounces)

tofu (1 sajian = ½ cawan)

kacang putih (1 sajian = lbh krg ½ cup)

almond (1 sajian = lbh krg ⅓ cup)

salmon (1 sajian = lbh krg 3 ounces)

cabbage (1 sajian = lbh krg 1 cup)


Namun sekiranya anda memilih supplement untuk memenuhi keperluan ini, boleh beri pertimbangan pada supplement Shaklee: OSTEMATRIX dan ESP...   

♥Sebiji Ostematrix membekalkan 250mg kalsium.

♥Sesudu ESP membekalkan 167mg kalsium.

Dua makanan tambahan ni mempunyai banyak manfaat, bukan sekadar membekalkan kalsium ya.. Jika anda ingin mengetahui lebih detail PM me.....

Okeylah..jika ada apa2 perkembangan saya akan update kemudiannya...

Jika berminat nak rasa jugak vitamin2 hebat ini...dialu2kan..
Boleh hubungi saya ditalian 017-3954394 ( Zainab Mat Rani )

Free consultation okey.... :)

Sunday, 26 January 2014

Teman baik Wanita Gojes

Kenapa sering disebut2 "teman baik"..mesti korang duk tertanya2kan..Apa kena mengena dgn GLA Complex??
Kalau nak tau..kerana GLA Complex lah masalah2 wanita dah selesaiiii...




Setiap wanita tidak akan terlepas daripada PMS (period menstrual sick)
♥ada yang period tidak teratur
♥ada yang senggugut yang teruk
♥ada yang hormon tidak stabil

Bila dah datang haid tu..mula dah rasa gementar dek kerana tidak mampu nak menahan rasa kesakitan itu..

Punca2 masalah ini berlaku kebiasaannya disebabkan oleh faktor :

★pemakanan yang tidak sihat
★keadaan sekeliling yang tidak menentu
★tidak cukup rehat
★persekitaran yg tidak sihat
★sering stress
★muka berjerawat teruk

Pengalaman dari Saya sendiri...sebelum nie,selalu problem kalau bab period..sebab >>> period tu datang sesuka hati dia jer..
Kalau nak datang tu..terus datang..tak bagi 'salam' pun..
Biasanya kalau wanita2 yg periodnya normal,akan ada tanda2nya sebelum datang haid :

■sakit2 badan & pinggang
■breast sakit2 & bengkak
■emosi tak stabil~asyik mengamuk & nak marah orang jer..hihi
Tapi selepas sy diperkenalkan GLA COMPLEX oleh Shaklee...sekarang tidak lagi..semuanya kembali normal seperti dulu2...
Rasa happy sangat sebab dah tak perlu nak gementar ke takut ke apa ke...

Hanya selepas mengamalkan GLA Complex tak sampai 1 botol...ini kesannya :
♥ period dah stabil..normal seperti wanita2 lain
♥senggugut pun dah tiada..kalau ada pun hanya sakit2 biasa jer
♥emosi yang rasa nak marah2 ke..nak mengamuk ke..dah tak de..

Okeyla..setakat ni dulu la perkongsian saya buat masa nie...
Kita jumpa di lain hari ..di lain masa..ok..
Jika ada apa2 pertanyaan & nak sharing something...

Jangan segan2 hubungi saya di :017-3954394
boleh sms @ whatsapp..Best consultation just for my special customer