Thursday 13 February 2014

Nyamuk semakin menggatal

Assalamualaikum wbr & selamat pagi...

Oleh kerana sekarang ni musim nyamuk terlalu banyak berkeliaran di malam hari & ramai jugak yg kena DEMAM DENGGI.
Mendapat info dari kawan2..memang skrg ni pesakit yg kena demam denggi sangat tinggi.
Ada yg kena demam denggi terlalu lama hinggakan demam denggi berdarah.....dan membawa maut.
Nauzubillah..
Disini,sy nak share beberapa info & tips mengenai demam denggi..
      
DEMAM DENGGI  
Demam Denggi ialah penyakit akut(teruk) yang disebabkan oleh virus dan disebarkan    melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor). Nyamuk Aedes terdiri dari Aedes aegypti dan Aedes albopictus. 

Denggi terbahagi kepada 2 jenis     
i) Demam Denggi biasa (DD)    
ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (DDB/SRD) Virus Denggi dari famili Flaviviridae.Terdiri dari 4 serotype iaitu Den1,Den2,Den3 dan Den4.Kesemua serotype ini boleh menyebabkan DD dan DDB di Malaysia. 
Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi  virus mampu menjadi sumber jangkitan disepanjang hayatnya. Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya.
Proses ini disebut transmisi transovari.   
Seekor nyamuk dewasa hasil dari telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya walau pun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.

Pada masa ini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. Oleh itu pencegahan amat penting.  

TANDA-TANDA
 ★Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.
★Petekia (bintik-bintik merah pada kulit) 
★Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan  kepala 
★Pesakit DD memerlukan pengawasan kerana ada kalanya mereka turut mengalami pendarahan di hidung dan gusi
★kencing berdarah.   
Pesakit DD perlu diawasi agar tidak berubah menjadi DDB/SRD.                

DEMAM DENGGI BERDARAH 

Empat tanda utama ialah
★pendarahan
★demam panas
★pembesaran hati 
★kegagalan sistem perdedaran darah. 

Gejala yang mungkin terjadi ialah
★muntah-muntah
★sakit kepala
★sakit perut

Tanda-tanda pendarahan ialah
★kelebaman di kulit,
★hidung berdarah,
★gusi berdarah,
★petekia dan pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombo- sitipenia,leukopenia
peningkatan aras hematokrit. 

Jika setelah beberapa hari demam,pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukkan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti :
★kulit yang lembab dan dingin,
★bibir yang lebam kebiruan,
★denyutan nadi yang cepat tetapi lemah
hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan    denggi (SRD)                         

NYAMUK AEDES PEMBAWA VIRUS DEMAM DENGGI TELUR NYAMUK DEWASA SATU MINGGU LARVA KEMPOMPONG   senang dikenali dengan belang hitam dan putih di badan dan kakinya. 
biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja Virus akan membiak di dalam kalenjar air liur nyamuk (proses pengeraman) selama 8-10 hari.
Selepas tempoh ini nyamuk menjadi infektif dan mampu menyebar virus. Selepas gigitan virus akan membiak di dalam badan manusia.

Tanda-tanda klinikal akan timbul dalam masa 4-6 hari. Virus denggi hanya hidup selama 5-7 hari sahaja di dalam badan manusia kerana  badan akan bertindakbalas dengan membentuk dan mengeluarkan antibodi. 
Kitaran hidup dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1minggu. Nyamuk dewasa (betina dan jantan) akan bersenyawa dan sperma jantan akan     isimpan dalam nyamuk betina.

Untuk menghasilkan telur yang hidup,nyamuk betina    perlukan darah. Nyamuk bertelur di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Sebanyak 60-100 biji telur dikeluarkan pada setiap kali bertelur.Nyamuk betina mampu bertelur 10 kali semasa hayatnya selama 30 hari.
 Selepas 1-3 hari telur nyamuk akan matang dan menetas mengeluarkan larva  (jentik-jentik) 
Selepas 5-7 hari larva akan bertukar menjadi kepompong dan selepas 1-2 hari     nyamuk dewasa akan terbang meninggalkan kepompong.                                             
 KENALILAH TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES  DI DALAM RUMAH , DI LUAR RUMAH 

 HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES  
Tutup semua bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daribertelur. 
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti ABATE 1% (1 sudu = 10 gram untuk 20 gelen air) ke dalam semua bekas menyimpan air setiap tiga bulan sekali 
Tukar air dalam bekas jambangan bunga tiap-tiap minggu.Masukkan dua sudu teh garam ke dalam perangkap semut. 
Buang air dari piring pengalas pasu bunga seminggu sekali dan gosok piring-piring itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk. 
Periksa saluran air hujan bumbung rumah atau bangunan seminggu sekali dan buangkan daun-daun supaya air dapat mengalir (air tidak bertakung)
 Masukkan semua bekas yang boleh menakung air seperti tin dan botol ke dalam beg plastik dan buangkan di tempat yang disediakan.   

HAPUSKAN NYAMUK AEDES DEWASA
Gunakan racun serangga di dalam rumah boleh membunuh nyamuk Aedes dewasa  Semburan kabus(fogging) - untuk semburan kabus yang berkesan, orang ramai diminta memberi kerjasama untuk membenarkan semburan kabus dilakukan di dalam rumah.

Sumber :
http://vektorpendang.tripod.com/factdenggi.html

Disamping itu..anda juga boleh mengamalkan supplement penting utk mengawal antibodi dalam badan anda.

BERMINAT nak dapatkan vitamin terbaik & hebat..

Sms..whatsapp :017-3954394
Fb ; Zainab Mat Rani
Page : ZnZ Abadi Store