Friday 14 February 2014

Kenapa bayi kerap tersedak susu

Saat yg paling gembira ialah dgn kelahiran bby baru dalam keluarga kita..kan..Rasa seronok yg amat2..
Kenangan disaat melahirkan baby pertama 8tahun yg lalu..
Hingga ke hari ini semua kenangan tak dapat dilupakan walau sedikit pun...Sangat indah...
Masa tu saya masih bekerja,lps 2bln terpaksalah menghantar baby ke taska.
Dalam hati tawakkal & redha je..hanya Allah swt je yg tahu..dan sy pasti semua ibu dpt rasakan perasaan yg sama kan!!!

Hari ni sy nak kongsi kan cerita mengenai baby tersedak susu...sebab terlalu kerap sangat kes sebegini berlaku.
Macam tak diambil tindakan langsung kepada pengusaha taska.

Akhbar Bharian baru-baru ini telah melaporkan insiden di Petaling Jaya mengenai seorang bayi meninggal dunia akibat tersedak susu.
Kali ini bayi lelaki berusia dua bulan di sebuah pusat asuhan, di Flora Damansara.
Dan statistik menunjukkan tahun ini saja, tujuh kes kematian akibat tersedak susu dilaporkan di negara ini.

Gejala tersedak susu ini sering terjadi kepada bayi.
Tetapi ianya boleh di atasi dan di kawal dengan menggunakan langkah mahupun teknik tertentu.
Kes ini perlu diambil serius berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati berpunca daripada tersedak susu.

Menurut Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti bayi :

★selesema
★tidak cukup bulan
★tidak sihat
★proses menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul

Antara nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah :
♥Memerah sedikit susu dari payu dara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa puting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar.
♥Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk pastikan keseluruhan saluran udara, pernafasan, lidah dan mulut bayi tiada masalah dan tidak sakit
♥Jika semuanya baik, mungkin teknik penyusuan yang diamalkan tidak betul dan kebanyakan hospital dan bidan-bidan boleh membantu menasihati ibu mengenai teknik penyusuan yang betul

Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi tersedak?

1 – Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta (dipanggil spasm).
Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan

2 – Dukung bayi dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi

3 – Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku, bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi.
Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa

Nasihat kepada ibu bapa yang terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak, disaran memantau pusat jagaan terbabit sebelum menghantar anak-anak

Cuba selidik dan bertanya dengan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan sama,
lawat & luangkan masa beberapa jam sambil memerhatikan keadaan kebersihan, persekitaran.cara penjaga mengendalikan bayi dan kanak-kanak.pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai hingga sukar dikawal

Credit - http://www.mysumber.com/berita/lagi-bayi-meninggal-kerana-tersedak-susu#ixzz2tHMV5H00

Jika masih tiada cara lain @ tidak yakin dgn mana2 pengasuh..eloklah ambil peluang untuk menjaga sendiri je anak2 kita.
Tapi jika tak boleh nak behenti kerja dek kerana masalah kewangan@lain2 masalah..terpaksalah terima je...

Just nak promote sikit..jika ada sesiapa yg mencari supplement terbaik yg natural...boleh berhubung dgn saya di : 017-3954394
Page : Zn Z Abadi Store
Fb :Zainab Mat Rani
Email : zulzai05@gmail.com

Antara set2 yg famuos & terlajak laris :

SET MENGANDUNG
SET BERPANTANG
SET IBU MENYUSU
SET KESIHATAN YG OPTIMUM
SET ANAK SIHAT & BIJAK
dan macam2 lagilah yg kami syorkan.!!
Yang pasti harga..sgt MURAH..dgn PRODUKNYA yg berkualiti tinggi..sgt berbaloi2.