Wednesday 2 December 2015

Chicken Pox Biji Besar Dan Cara Nak Rawat Supaya Cepat Sembuh Dan Parut Tiada

Assalamualaikum Dan salam sejahtera,

Hari ni nak kongsi cerita mengenai demam chicken pox.Alkisahnya macam ni,awal bulan lepas semua anak anak saya kena jangkitan Chickenpox.Dari yang sulong sampailah yang bongsu..semua belum pernah kena chicken pox,jadi saya sendiri tak tau nak jaga Dan rawat chicken pox ni.

Orang kata chicken pox ni semua orang wajib akan kena sekali je seumur hidup.Tapi sekarang ni saya tengok ada jer yang Dah kena 2 Kali pun kena balik.Saya sendiri tak ingat langsung Dah kena Ke belum.tak ingat memori masa kena dulu.Mak cakap semua anak-anaknya Dah kena.

Nak jaga mereka ni Ya Allah,seksanya..Hampir sebulan jugak tak tidur malam sebab bergilir gilir menjaga anak-anaknya yang tak boleh tidur dek kerana gatal,miang-miang gitu.Yang paling teruk,masa chicken pox tengah nak naik,biji-biji merah berair jenis yang besar.



Dalam seminggu,baru habis naik satu badan.Masa tu,memang seksa tengok anak anak duk menggaru jer.Saya yang tengok pun rimas,gatal gatal rasa.Mula mula naik kena kat si Kakak(Ayrin),lepas 3hari kena kat Afiq Dan Assyifa naik serentak.Tidur malam pun duk merengek jer sampailah Ke pagi.Siang pun sama jugak.



Barulah tahu,macam ini rupanya kalau kena chicken pox.Kita nampak orang lain kena biasa biasa aje,rupanya memang boleh tahan teruknya kan.Lepas itu,proses untuk hilangkan Parut pulak.memang ambik masa jugak nak hilangkan Parut ni kan...Sampai sekarang ( Dan Hampir sebulan ) Parut masih ada lagi.

Nak tau apa rawatan yang saya buat semasa Anak Anak kena chicken pox?

Macam-macam petua Dan tips yang kawan kawan bagi saya buat sebab nak cepat sembuh Dan hilangkan gatal miang tu.Antaranya :

√ Mandikan dengan daun semambu
√ Minum air kelapa muda tanpa gula Dan ais
√ JANGAN bagi Anak makan telur
√ Makanan yang bergoreng saya tak bagi
√ Kicap saya tak bagi sebab orang kata nanti Parut jadi hitam
√ JANGAN Mandi Hujan
√ Krim atau losen dari klinik (calamine lotion)

Tapi pada masa yang sama saya bagi Anak Anak Nutriferon Dan Chewable Vitamin C.Bila Dah kering tu Lepas Mandi saya Sapu Herbal Blend Cream..



Alhamdulillah..sekarang Dah sembuh chicken pox nya Dan proses nak hilangkan parutnya pulak.

Buat Ibu Ibu yang Anak kena chicken pox ni,JANGAN ambik mudah ye sebab jika tidak dijaga betul betul chicken pox boleh jadi semakin teruk Dan menggerutu Parut tak akan hilang.Nauzubillah
posted from Bloggeroid