Wednesday 30 December 2015

Penangan Ikan Pekasam Mertua Lalu Pun Tak Perasan

Assalamualaikum Dan salam sejahtera,

Di bulan Disember ni,musim tidak menentu.Adakala panas Dan adakala hujan.Tapi bila hujan aje perut mesti sentiasa lapar.Apalagi,masak Dan masak jelah kerjanya bila Dah jadi WAHM (Work At Home Mum).

Sedap ke tidak itu belakang kira ye,Yang penting suami Dan Anak Anak kenyang..hihii..tapi setakat ni alhamdulillah mereka puji je apa yang saya masak.Walaupun saya bukan seorang chef,bukan juga jenis yang pandai masak..tapi saya sentiasa masakkan yang terbaik untuk orang yang tersayang.

Dari Hari Ke Hari,saya akan sentiasa mengubah menu masakan.Dan saya akan pastikan tiada masakan yang sama sepanjang minggu tu.Bukan apa,Anak Anak pun Dah pandai complain kalau masak menu yang sama.

Sebenarnya nak cerita,dari minggu Lepas kami duk makan ikan pekasam, beli kat kedai sini sini aje rm5 untuk 3 ekor,Saiznya besar jugaklah.Bolehla sekali goreng 2orang makan.Ikan apa saya pun tak pasti,tàpi ikan sungailah.

Cara masaknya saya buat macam ni,goreng ikan pekasam dulu dengan api yang sederhana supaya ikan masak lebih garing Dan sedap. Sementara itu, kita boleh potong atau mayang bawang merah Dan cili padi.

Bila ikan Dah masak angkat Dan toskan,kita goreng pulak bawang Dan cili tadi.Okey,Dah siap..nak lebih power lagi,letak air asam limau kat atas ikan tu.Aduiii memang mengiurkan. Kalau ada ikan pekasam tu,memang takkan pandang lauk lain dah. Siap makan Nasi putih bertambah tambah 3 pinggan tu. Haaa caya tak?



Okeylah,tengah tengah taip entri ni pun Dah terliur..nampak gaya kena pergi beli lagi ikan pekasam ni.Sapa sapa nak makan ikan pekasam tu,haaa boleh makan sekarang ye.Nak datang RUMAH saya pun boleh, kita makan sama sama lagi syokkk kan.
posted from Bloggeroid