Sunday 22 February 2015

Kesan Buruk Akibat Kurang Air dalam Badan

Ramai yang masih tidak ambil berat tentang kepentinagan air masak.Mereka buat endah tak endah jer malah lebih gemar air manis dalam minuman seharian.Sedap tu memanglah sedapkan..Sejukkkkk je tekak ni bila masuk air neslo beng ( air kegemaran ni..hihi ).Fuuuhhhh nikmat sungguh rasa.Tapi tahukah anda apa akibatnya jika kurang air masak dalam badan kita.Tahukah anda betapa pentingnya air  masak??

Kesan Buruk akibat kurangnya air masak dalam badan kita


1 -  Menyebabkan infeksi pundi kencing


ini adalah kerana bakteria/kuman tidak dapat keluar akibat kurang minum air masak. Adapun gejala infeksi pundi kencing adalah seperti suhu badan sedikit naik, sakit/ngilu ketika buang air kecil, perasaan tidak dapat menahan buang air kecil, dan bahkan mungkin terdapat darah dalam urine. Bagi perempuan disarankan untuk lebih banyak minum air masak. supaya dapat membantu bakteria keluar dari saluran kencing.

2 -  Membuat kulit menjadi kusam


Kurang minum air masak juga dapat membuat kulit menjadi kusam. Ini kerana aliran darah tidak menyeluruh.

Bagi yang cepat dehydrate tu  Performance Drink boleh membantu dan menambah tenaga.


3 - Membuat sel-sel otak menjadi tidak aktif


Saat seseorang kekurangan air, maka dia akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini dapat menyebabkan cairan otak menurun dan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak menjadi berkurang. Hal ini mengakibatkan sel-sel otak menjadi tidak aktif dan tidak berkembang.

4 - Menurunkan konsentrasi


Otak memiliki komposisi yang terdiri atas cairan, dan apabila otak tidak mendapatkan air yang cukup, maka akan mengganggu fungsi kognitif (kepandaian). Otak yang tidak dapat menjalankan fungsi kognitif akan membuat seseorang menjadi mudah lupa dan tidak fokus.

5 -  Menyebabkan halusinasi bahkan kematian


Dehidrasi dapat menyebabkan gejala ringan seperti haus, sakit kepala, tekak kering, badan panas, lelah, denyut nadi cepat, warna air kencing pekat, ataupun gejala berat seperti halusinasi bahkan kematian.


Antara lain Tanda dan Kesan kekurangan Air dalam Badan ialah : 


  • Badan yang selalu bergerak kesana kemari akan cepat mengalami keletihan kerana kekurangan air dalam badan.
  • Bagi kanak-kanak pula akan menjadikannya kurang aktif.
  • Sekiranya seseorang itu kurang minum air ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang demam.
  • Bahagian bibir anda juga tidak lembab seperti seseorang yang normal yang gemar meminum air suam.
  •  Badan akan mudah merasa letih akibat keletihan badan yang tidak mempunyai cecair mencukupi.
  • Menyukarkan anda untuk membuang air besar dengan lancar.
  • Warna air  kencing anda akan menjadi sedikit dan pekat.
  • Takala anda sedang menangis pasti air mata yang bakal anda hasilkan adalah dalam jumlah yang sedikit.
  • Bahagian otot-otot anda akan berasa lemah dan tidak bermaya.
  • Bagi yang selalu menghadapi migren, sekiranya anda kurang mengambil minuman ini akan menyebabkan anda sering sakit kepala dan pening serta – merta.
  • Malah ada juga dalam kes-kes yang tertentu akan membuatkan seseorang itu pengsan secara tiba-tiba.  Ini akibat ketiadaan air dalam tubuh untuk menyerap badan.
  • Kulit kaki anda akan nampak bersisik / kulit kering.
  • Tubuh anda akan kurang menghasilkan peluh ekoran dari kekuragan air dalam badan anda.
  • Perjalanan makanan anda didalam usus tidak akan dapat disempurnakan dalam keadaan yang baik.
  • Organ anda tidak akan dapat berfungi dengan sempurna seperti untuk mengepam darah  dan sebagainya..
Jadi, JANGAN malas untuk minum air masak. Penuhi keperluan harian air masak agar terhindar dari gangguan-gangguan kesihatan yang telah disebutkan tadi.Jika ada yang tak mampu atau tidak tahu nak minum air masak yang secukupnya boleh rujuk dalam ini.In Shaa Allah dapat membantu anda.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua.