Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera..
Sebenarnya saya dalam dilema ni sebab sibuk nak khatankan anak lelaki saya ni,akan tetapi ramai pulak yang kata tak perlu lagi dek kerana umurnya baru berusia 8 tahun.Antara sebab mereka tidak galakkan ialah kerana zaman sekarang sosial terlalu meluas.Jadi jika dikhatankan lebih awal kanak-kanak tersebut akan lebih cepat matang walaupun usia masih kanak-kanak..Betul ke?Tapi bagi saya sendiri,dengan badannya yang agak besar itu dah sesuai sangat nak khatankannya.Lagipun,antara tujuan asal saya nak khatankan anak saya sebab dia kuat kencing malam.Ada petua-petua yang saya dengar untuk ubat kencing malam ialah kena khatankan..Barulah tidak kencing..tapi itu saya tak pastilah saya hanya mampu berusaha sahaja.

Inilah anak sulong saya Muhammad Afiq Zulfan.Dia memang dah bersedia nak dikhatankan.
Jika bertanya pada orang-orang yang lebih arif,mereka pun galakkan dikhatankan lebih awal ataupun masih bayi pun boleh.Masyarakat Arab mengkhatankan anak mereka ketika masih kecil berbanding di negara kita yang biasanya melakukannya ketika anak berumur 11 atau 12 tahun. Sebenarnya,Tiada satu had umur afdal untuk berkhatan. Yang penting, lelaki yang akan berkhatan sesuai untuk prosedur itu. Tidak dinafikan, berkhatan jika dilakukan kepada lelaki ketika dalam peringkat bayi lebih mudah dijaga ibu berbanding peringkat kanak-kanak. Kulit kulup yang dipotong itu kecil dan luka boleh sembuh dengan cepat. Jika ada masalah, hanya sedikit, iaitu apabila kulit dipotong itu terpotong pendek atau kulit kulup melekat pada kulit mukosa penghujung zakar. Ketika umur muda, kemungkinan kulit penutup penghujung zakar melekat (adhesion) dan menyakitkan jika dilucutkan ketika proses berkhatan. Jika budak itu gemuk, kemungkinan kulit terpotong pendek. Jangan bimbang. Ia jarang berlaku jika dilakukan oleh doktor berpengalaman. Umur 10 tahun ke atas sesuai untuk dikhatankan. Oleh itu, berkhatan ketika umur anak lelaki mencecah 11 atau 12 tahun, ia boleh diterima. Berkhatan menjadi wajib apabila pembukaan penghujung kulup zakar kecil, air kencing tak mudah keluar dan membuatkan kanak-kanak terasa sakit. Ia dikenali sebagai phimosis apabila kulit kulup tak dapat dilurutkan untuk mendedahkan penghujung zakar. Melalui berkhatan ia akan merawat masalah ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengisytiharkan, berkhatan baik untuk lelaki daripada segi pencegahan jangkitan penyakit kelamin, HIV dan kawalan kebersihan atau higen seksual.

Waktu khatan
Waktu wajib khatan adalah pada saat baligh, kerana pada saat itulah wajib melaksanakan solat. Tanpa khatan, solat tidak sempurna sebab suci yang merupakan syarat sah solat tidak boleh terpenuhi.Adapun waktu sunnah adalah sebelum baligh.Sedangkan waktu ikhtiar (pilihan yang baik untuk dilaksanakan) adalah hari ketujuh setelah lahir, atau 40 hari setelah kelahiran, atau juga dianjurkan pada umur 7 tahun. Qadli Husain mengatakan sebaiknya melakukan khatan pada umur 10 tahun kerana pada saat itu anak mulai diperintahkan solat. ada riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. mengkhatan Hasan dan Husain, cucu beliau pada umur 7 hari, begitu juga konon nabi Ibrahim mengkhatan putera beliau Ishaq pada umur 7 hari.
http://www2.hmetro.com.my/articles/Usiasesuaiuntukberkhatan/Article
Sekarangkan musim cuti sekolah,jadi memang ramai ibubapa yang ambil kesempatan untuk khatan anak-anak lelaki mereka.Jika tiada aral melintan,in Shaa Allah..Afiq pun akan dikhatankan jugak.

posted from Bloggeroid