Friday 21 November 2014

Isteri Kurang Nafsu Suami Menderita.Apa Puncanya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca blogku..


Topik hari ini agak sensitif sikit kerana ianya melibatkan isu-isu dalaman rumahtangga.Saya ada terima mesej dari seorang hamba Allah.Beliau bermasalah Tiada emosi seks( tidak bernafsu ketika bersama suami ).Hampir setahun beliau tidak "bersama"dengan suami.

Apa yang membimbangkan beliau ialah risau takut suami cari yang lain.Beliau menceritakan sejak ada baby yang kuat meragam ni,beliau tidak sempat nak berfikir kearah itu.Si suami pula sering kali merajuk dek kerana beliau tidak melayannya.Walaupun suami memahami tetapi sejauh mana tahap kesabaran sang suami kan..

Apabila isteri dingin seks maka nafsu dan ghairahnya sukar untuk dirangsang untuk memberikan kenikmatan kepada perhubungan suami isteri. Suami sentiasa pening kepala kerana apabila isteri dingin seks, pastinya isteri tidak memberi layanan dan tindakbalas yang sepatutnya kepada rangsangan seksual. Apabila dingin seks adakala seperti ais batu kaku dan tidak memberi respons dan tindakbalas dalam perhubungan.



Kenapa isteri dingin seks terhadap suami??

Untuk mengatasi masalah isteri dingin seks ini atau kurang nafsu atau keghairahan melakukan seks ini haruslah terlebih dahulu untuk kita mengetahui punca kenapa isteri dingin seks. Dengan mengetahui punca atau rootcause kenapa isteri dingin seks ini, maka tindakan atau cara penyelesaiaan ini akan menjadi lebih mudah dan senang.


Terdapat beberapa faktor kenapa isteri dingin seks terhadap suami. Antaranya ialah :


Masalah kesihatan fizikal dan psikologi.
Masalah kesihatan fizikal ini mungkin disebabkan penat kerja, stress, pergaduhan suami isteri dan sebagainya. Keadaan ini juga menjadi punca penyebab yang besar juga kepada nafsu seksual yang rendah dan kurang bernafsu kepada suami.

Selain itu faktor psikologi seperti ingatan hitam atau sejarah lampau juga mempengaruhi tahap keinginan dan nafsu seksual isteri terhadap suami. 

πŸ˜₯Satu faktor punca penyebab besar kenapa isteri dingin seks ini ialah disebabkan kurangnya bekalan darah yang mencukupi ke kawasan kelentit isteri apabila berhubungan atau melakukan hubungan seksual. Apabila kurangnya bekalan darah yang beroksigen ke kawasan kelentit akan menjadikan rangsangan seksual suami berikan tidak sampai ke otak untuk memberi tindakbalas kenapa rangsangan seksual tadi. Ini penyebab kenapa isteri (wanita) kurang nafsu seksual, nafsu seks yang rendah dalam perhubungan.


Antara punca-punca lain isteri dingin seks :


* Masalah emosi - kemurungan, keresahan (mengenai seks atau perkara lain), tekanan, kemarahan dan rasa bersalah semua boleh menjejaskan fungsi seksual wanita.

* Rangsangan yang tidak mencukupi - kurang pengetahuan mengenai rangsangan seksual dan tindak balas boleh menghalang wanita daripada mencapai satu pengalaman yang memuaskan.

* Beberapa gangguan pelvis boleh menyebabkan kesakitan dalam persetubuhan dan seterusnya mengurangkan kepuasan.

* Kekejangan yang menyakitkan otot yang mengelilingi pembukaan faraj yang menyebabkan pembukaan faraj `mengetatkan' dan hubungan yang menyakitkan. Kecederaan atau parut akibat pembedahan, penyalahgunaan atau melahirkan anak.

* Penyakit kelamin - Seperti ketuat di alat kelamin, sifilis adalah antara penyakit berjangkit yang disebarkan oleh hubungan seks. Ini menyebabkan perubahan dalam alat kelamin yang menjadikan seks tidak selesa ataupun sakit.

* Vaginitis - Bengkak dan kerengsaan tisu faraj yang disebabkan oleh jangkitan atau sebab lain boleh membuat persetubuhan tidak selesa atau sakit.

* Penyakit radang pada tulang punggung (pelvis) - Ini adalah jangkitan faraj yang bergerak ke dalam serviks, uterus dan ovari. Ia boleh sangat menyakitkan sendiri dan membuat persetubuhan amat menyakitkan.

* Keletihan

* Penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit hati, penyakit buah pinggang

* Pengambilan ubat-ubatan - Ia boleh mengurangkan keinginan nafsu seks. Salah satu yang terkenal kumpulan ubat-ubatan yang mempunyai kesan ini terpilih serotonin reuptake perencat (SSRI) kumpulan ubat antikemurungan, ubat-ubatan kemoterapi tertentu, ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi.

* Lain-lain rawatan perubatan - rawatan seperti terapi radiasi untuk kanser jenis tertentu boleh mengurangkan pelinciran vagina.

* Sejarah penderaan - wanita yang mengalami penderaan seksual atau lain-lain mungkin mempunyai masalah untuk mempercayai pasangannya, timbul perasaan takut, rasa bersalah atau kebencian dengan pengalaman ngeri.

* Masalah peribadi - seperti tidak ada keharmonian dalam rumah tangga, tekanan akibat bebanan tugas di tempat kerja dan menjaga anak atau kesempitan wang.

* Tiada komunikasi dengan pasangan, tidak mesra dan tidak percaya.

Jika anda betul-betul sayangkan pasangan anda,wajib cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.Ingat!!! Jangan pandang ringan tau..

Anda nak tahu cara yang sihat dan mudah,sila tekan SINI KUAT-KUAT !!  

Semoga bermanfaat untuk kita semua..ikhlas dari IbuManis anda Pn Zai ( 0173954394)