Tuesday 9 September 2014

Bahayanya Ubat Batuk kepada Bayi

Kejadian buruk berlaku kepada anak saudara saya sendiri pada awal tahun lepas dimana terlebih dos ubat batuk.Masa tu anak saudara saya baru berumur 6bulan,dia kena demam batuk dan selsema yang agak teruk.Ibunya ada bawa anaknya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.Tetapi macam biasala kalau pergi ke klinik swasta,doktor akan bagi ubat batuk,ubat selsema dan ubat antibiotik.
Ubat diberi mengikut waktu dan dos yang ditetapkan..Dalam masa seminggu masih lagi tidak kebah demam dan batuk2nya itu.Dipendekkan cerita,pada malam tu dia menangis2 hingga sesak nafas.Badan jadi biru dalam beberapa minit dia tidak bernafas.Ibunya terus bergegas ke hospital dan pada awalnya doktor beritahu bayi itu sudah 'tiada'.Kami sekeluarga memang amat sedih bila melihat bayi itu kaku je.
Tetapi dalam beberapa minit,badannya mula bergerak kembali.Alhamdulillah syukur sangat2 pada-Mu Ya Allah..
Bila doktor membuat pemeriksaan rapi didapati bayi itu terlebih dos ubat batuk.
Itu kes pertama yang saya pernah dengar..mati hidup semula.memang menakjubkan kejadian Allah swt.Kes kedua ialah sahabat saya sendiri yang berada di Terengganu.Bayi perempuan yang comel sangat berumur 3 bulan.Sama jugak ibunya beri ubat batuk.Selepas menyusu didapati badan biru dan kaku.Tapi bayi ini memang betul2 meninggal dunia.Pada mulanya ingatkan kes tersedak susu.Tetapi bila doktor membuat 'postmoterm'(maaf kalau salah eja..)didapati jangkitan kuman pada paru2nya kesan daripada ubat batuk itu jugak.Al fatihah
Jadi,kat sini saya nak kongsikan kenapa ubat batuk sangat bahaya kepada bayi.

Tahukah anda, sebenarnya, tiada satu pun ubat yang sesuai untuk kanak-kanak dan bayi di bawah umur 2 tahun.

Pemberian Paracetemol atau ubat demam pun adalah yang paling minimal untuk menurunkan panas badan kerana demam yang terlalu tinggi adalah merbahaya dan boleh membawa kecacatan atau maut kepada bayi.
Anak-anak di usia ini sedang membentuk sistem pertahanan badannya sendiri dan adalah normal untuk mereka jatuh sakit seperti selsema, batuk dan demam.

Apa yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa ialah megawasi keadaan mereka dan hanya memberikan ubat apabila benar-benar perlu sahaja.Jika anak-anak demam, boleh cuba dahulu sejukkan kepala dan tubuh mereka sekerap mungkin dengan tuala basah.Selepas mandi juga elok disapukan minyak telon bayi kar bahagian belakang,dada,tapak kaki.

Petikan berikut dari majalah RAPI keluaran August 2012 :

"Kanak-kanak lebih peka terhadap kesan ubat-ubatan berbanding orang dewasa disebabkan fungsi organ yang masih berkembang dan belum matang sepenuhnya.Meskipun ada ubat-ubatan tertentu amat berkesan mengubati sesuatu jenis penyakit pada orang dewasa.

Berdasarkan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut.

Penggunaan ubat Batuk (cough and cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun Adalah tidak digalakan kerana berisiko mendapat kesan buruk yang serius hingga boleh menyebabkan kematian."

Nak dikongsi kat sini,bayi saya sendiri ketika umur 1 hingga 2 bulan memang ada batuk2 kahak dan selsema..Nasib baik tidak kena demam..tapi malam2 tu masa nak tidur saya memang sapu minyak telon bayi kat badannya..Saya sendiri makan OMEGA GUARD SHAKLEEuntuk mengawal kolestrol saya..Tetapi kesannya korang nak tau tak??
Pagi esok tu,bayi saya batuk2 terus keluar kahak2 hijau yang banyak sekali.Barulah bayi lega dan tido lena.Saya perasan jika saya tidak mengambil Omega Guard tu,bayi saya tiada pula muntah keluar kahak.
Kalau nak tahu macam mana rupa bentuk omega..haa dia.



Mencegah lebih baik dari merawat, bukan???

Okeyla..dah panjang lebar saya cerita hari ni..Akhir sekali semoga boleh menjadi iktibar diatas kejadian diatas.
Jadi, janganlah kita sewenang wenangnya memberikan ubat kepada anak-anak anak tersayang. Memang niat kita baik untuk menyembuhkan sakit mereka, tapi tanpa kita sedari rupanya perbuatan kita telah membawa kemudaratan kepada mereka.

Pn Zainab Mat Rani
017-3954394
❤Harga istimewa
❤Konsultasi percuma sepanjang masa
❤dapatkan tips serta cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya