Saturday, 30 August 2014

Hukum Melewatkan Solat

Assalamulaikum wbr...
Dalam kesibukan masa yang tidak menentu,kerja yang banyak bertimbun2 menyebabkan ramai hamba2 Allah nie melewat2kan waktu solat..samada dengan sengaja @ terpaksa..

Mari kita lihat apakah hukum melewat2kan waktu solat..
Renung Sejenak Bersama Al-Faqir

Perbuatan melewatkan sembahyang dengan sengaja adalah ditegah/dilarang dalam Islam. Sekiranya tidak sengaja, maka yang demikian dimaafkan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Perkara ini disebut oleh Allah swt sendiri di dalam Al-Quran yang bermaksud "celakalah orang2 yang sembahyang yakni orang2 yang meringan2kan sembahyangnya" surah Al-Ma'un dan oleh Nabi s.a.w. di dalam sabda baginda "perkara yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya".
Berdasarkan firman Allah swt di atas, para ulama' menafsirkan ayat tersebut iaitu pada kalimah"lilmusollin" yang bermaksud orang yang melewatkan sembahyangnya sebagai contoh "subuh badak".
Perbuatan yang lazim orang amalkan dan sukar untuk ditinggalkan. Perkara ini ditafsir oleh sahabat Nabi sendiri iaitu Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan dalam tafsir At-Tobari yang merupakan kitab rujukan pertama di atas muka bumi.
Berkenaan melewatkan solat ini juga diceritakan sendiri oleh Nabi s.a.w tatkala beliau melihat dengan mata kepala beliau sendiri ketika peritiwa Isra' dan Mi'raj. Nabi diperlihatkan bagaimana orang yang selalu melewat2kan solatnya di atas muka bumi dahulu, mereka menghantuk kepala mereka pada batu yang besar sehingga berkecai kepalanya lalu tumbuh kembali, kemudian dihantuknya lagi dan begitulah sehingga lunas dosa2nya.

Apabila ditanya kepada Jibril, itulah dia ummatmu yang sayang tempat tidurnya daripada bangun untuk solat sekaligus menggambarkan kepada kita perihal/balasan melewatkan solat subuh. Itulah sebahagian daripada gambaran2 yang diperlihatkan oleh Allah swt kepada kekasihNya Muhammad s.a.w. untuk diberitakan kepada ummatnya agar boleh mengambil tauladan/pengajaran sebagai pedoman kehidupan. Ini diceritakan oleh Syeikh Taha Afifi dalam "wasoya Rasulullah".

Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua....terima kasih..