Wednesday, 6 August 2014

Cara memandikan bayi

Nak menjaga di manja memang agak susah jika kita tidak tahu cara menguruskan dengan betul..

Kali nie saya nak kongsikan cara yang betul untuk mandikan bayi..sebenarnya saya sendiri pun tak berapa pandai sangat mandikan bayi ( walaupun dah anak 3..huhu)..tapi tak per..yang penting kena rajin belajar..kan..kan..

Saya sendiri tak pernah memandikan bayi jika tali pusatnya belum tanggal lagi..entahla rasa gerun semacam bila tengok tali pusat tergantung macam tu...Biasa lepas 1minggu baru saya mandikan bayi sendiri...Siapa yang mandikan bayi saya??mestilah mak kesayangan saya..hihi..Terima kasih banyak2 mak..

Okey..buat ibu2 yang gojes semua..anda boleh rujuk kat sini..cara yang sebenar untuk mandikan bayi.

1) Masukkan air suam dan periksa air dengan siku. Jangan menggunakan air sejuk kerana suhu badan bayi akan menurun atau hiportemia. Badan bayi mudah terkejut terkena air sejuk, menjadi biru dan berisiko untuk terkena sawan. Disarankan juga tidak memasang kpas angin dan membuka tingkap. Alasannya untuk mengelakkan bayi cepat berasa sejuk.

2) Waktu sesuai untuk memandikan bayi sekitar 10 pagi dan 5 petang.

3) Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel, sebaiknya bedung bayi dengan kain napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah 1 - Cuci muka bayi dengan kapas atau sapu tangan yang dicelupkan dalam air suam. Lapkan di bahagian mata dahulu.
Langkah 2 - (Bersihkan kepala bayi) Ampu kepala bayi dan kepitkan telinga bayi dengan jari untuk mengelakkan air masuk ke dalam telinga. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut. Ketika ini sikat rambut bayi untuk mengeluarkan lendir yang melekat. Keringkan rambut bayi sebelum ke proses seterusnya.
Langkah 3 - Siram badan bayi sedikit demi sedikit, gosok badan bayi menggunakan sabun mandian bayi. Bersihkan dibahagian lipatan seperti paha, ketiak, kaki dan punggung. Akhir sekali bilas dengan bersih dan lap sampai kering.
Langkah 4 - Jika tali pusat bayi belum tertanggal, bersihkan tali pusat sebelum bayi dipakaikan baju. Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat khas cucian pusat bayi. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian lap di sekelililng pusat dan bersihkan klip tali pusat. Satu kapas untuk satu kali lap untuk mengelakkan "infection". Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering, jangan sapukan sebarang minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan doktor.
Langkah 5 - Bolehlah disapukan losyen atau sedikit bedak pada bayi serta dipakaikan baju bayi.

PENTING: Ibu wajib menyusukan bayi selepas mandi kerana bayi akan berasa lapar selepas mandi.