Ramai ibu2 yang masih keliru dengan cara penyimpanan susu badan yang telah diperah..Berapa lamakah susu badan boleh bertahan dengan baik?? Saya sendiri pada asalnya pun sama jugak kerana tidak pasti cara yang sebenar supaya susu badan tahan lama & kekal berkhasiat.
Kalau nak tahu macam mana cara yang betul,boleh rujuk dibawah.
Untuk menyimpan susu badan,
★pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat.
★Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
★Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.
Anda boleh menyimpan susu badan:
Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
★Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
★Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
★Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.
Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
★Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
★Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda.
Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
Okey..selamat mencuba & jangan malas untuk memerah susu anda..Kesian kat bayi anda kerana dah bagi susu formula walaupun umur baru 1 hari...
☆Sedikit tambahan..jika ibu2 yang ada masalah susu kurang @ susu agak cair..In Shaa Allah..sy akan membantu susu ibu2 kembali meriah malah lebih berkhasiat.
boleh hubungi saya di ; 017-3954394..
FB :Zainab Mat Rani
PAGE : ZnZabadistore blogspot