Tugas sebagai seorang wanita,isteri,ibu memang berat..ramai ibu2 kat luar sana tu merungut & meluahkan rasa penat/tak sempat nak menguruskan rumahtangga sepenuhnya.Lagi penat jika ibu2 yang bekerja di luar waktu siangnya..malam kerja dirumah..Ramai jugak ibu2 yg bekerja sambilan dirumah untuk menambah pendapatan sampingan..ianya sangat mudah kerana bekerja dari rumah sambil bermain dengan anak2..tetapi keadaan akan menjadi parah @ STRESS jika tida dapat menguruskan masa dengan betul
Disini saya kongsikan beberapa tips mudah untuk ibu2 gojess semua.
Tips ibu bekerja dari rumah:
❤️* Masa anda adalah fleksibel. Namun begitu boleh juga anda tetapkan di ruang waktu bila anda boleh buat kerja yang ditetapkan. Contohnya dari seawal subuh sehingga jam 10 pagi, anda sudah siap menyapu rumah dan memasak. Maka antara waktu itu bolehla anda uruskan mana yang menjadi prioriti dahulu mengikut kesesuaian anda sendiri.
❤️* Jangan stress jika sesuatu yang dirancang tidak sempurna sepertimana impian anda. Contohnya hari ini mesti basuh 5 bilik air. Tapi jika keadaan anda tidak mengizinkan, maka jika berjaya bersihkan 3 bilik air sudah memadai, bakinya sambung di hari lain. Fikirkan mudah sahaja dan enjoy menikmati hari-hari wahm anda.
❤️* Untuk urusan bisnes anda, hanya anda sahaja tahu bila waktu yang sesuai untuk anda luangkan masa. Contohnya anda boleh buka laptop hanya apabila masa anak tidur. Semasa anak tidak tidur maka segala urusan boleh dilakukan hanya dengan telefon pintar (smart phone) sahaja. Jangan pula anda fikirkan anak menjadi sebab untuk anda tidak boleh berjaya kerana mereka kan anak-anak syurga. Sambil layan anak, tidak semestinya anda tidak boleh buat perkara lain juga.
❤️* Enjoy dengan setiap momen setiap hari. Andalah orang pertama yang akan melihat perubahan anak, perkembangannya dan tingkahlakunya. Maka seharusnya anda rasa bertuah kerana tidak semua ibu mempunyai peluang seperti ini.
Hakikatnya hidup seorang wahm dari kacamata saya adalah sangat-sangat indah. Kita bukan sahaja dapat menjaga anak-anak sendiri malahan juga dapat membantu ekonomi keluarga dengan hasil usaha kita dari rumah. Nak jadi WAHM tapi tidak tahu caranya?Anda boleh KLIK DISINI..kalau nak tahu lebih lanjut..
Credit to:
http://permatacintaku.blogspot.com/2014/06/hakikat-status-seorang-wahm.html?m=1
http://permatacintaku.blogspot.com/2014/06/hakikat-status-seorang-wahm.html?m=1