Assalamualaikum wbr & Salam Sejahtera buat semua..
Minggu lepas saya pergi klinik kesihatan untuk check up Syifa yang genap sebulan..Sambil menunggu giliran yang agak lama tu macam2 karenah/ragam yang dapat dilihat..ermmm..
Yang menarik minat saya untuk update entry kali nie ialah ada seorang hamba Allah nie..ibu muda lagi..baru anak pertama,bila tengok cara dia menyusu kat anak dia tu memang kesian sangat sebab anaknya tidak selesa & asyik menangis jer.Mau tak nangis baby tu dah hidungnya ditutup dengan breast maknya & dia tidak masukkan puting susu dengan betul..Dah Nurse kat klinik tu datang & ajar dengan cara yang sebenar..barulah baby tu senyap..dah tak nangis dah..
Oleh kerana ramai ibu2 yang masih belum tahu mengenai teknik menyusu dengan betul..saya sediakan cara2 yang sebenar untuk penyusuan ibu.
Cara masukkan kolustrum dengan betul |
TEKNIK2 PENYUSUAN IBU YANG BETUL
Kedudukan Badan
• Pastikan anda selesa dimana bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.
• Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda.
• Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.

Cara Medukung Bayi
• Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
• Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
• Bayi rapat dengan ibu dimana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.

Cara Memegang Payudara
• Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
• Cara yang salah adalah pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.

Cara Penyusuan
• Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
• Gerakkan badan bayi ke arah payudara
• Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola)
• Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.

Teknik Menyusukan Susu Ibu Kepada Bayi - Posisi Penyusuan Bayi
Posisi Dakapan
• Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar.
• Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepalanya.
• Pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya.

Posisi Football Hold
• Ibu duduk memangku bayi dengan lengan dimana muka dan kepala bayi menghadap payudara.

Posisi Beralih Payudara
• Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi dengan beralih payudara. Ibu juga boleh mengawal kepalanya.

Posisi Baring
• Bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu.

Teknik Menyusukan Bayi Susu Ibu Kepada Bayi Pasangan Kembar
• Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak.
FB : Zainab Mat Rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 017-3954394