Friday 4 July 2014

Resipi Roti Cheese Prego

Assalamualaikum wbr & salam Ramadhan..
Oleh kerana bulan puasa nie..kepala asyik duk fikir makanan jer..perut kosong macam2 yang teringin nak dimakan..
Dalam freeze ada daging burger,cheese slice,mayonis..duk fikir nak buat apa yer???Roti gardenia pun ada..searchla kat google nak masak apa..saya suka resipi yang simple & sedap..So,jumpalah Roti Cheese Prego.. nama asalnya lain..tapi lupa pulak nama sebenarnya..bila search balik tak jumpa..Anyway,thanks a alot pada yg empunya resipi..

ROTI CHEESE PREGO

Bahan2 yg diperlukan :
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Marjerin
Sos Prego
Daging Burger
Cheese slice/Cheddar
Telur
Susu Segar/Cair
RotiGardenia

Cara2 buat inti :
Tumiskan bwg putih,merah,halia
masukkan daging burger-tunggu masak dulu baru masukkan sos prego
masukkan garam & perasa..
Tunggu hingga inti dah masak & garing..
Siapppp...


Cara2 melapis :
Letakkan marjerin sebagai ganti minyak..lagi sedap & masin2 sikit
Panaskan pemanggang ajaib
Susun roti..letakkan inti,cheese..lapikkan roti..
Kat bahagian atas tu terpulang nk letak cheese@tidak..
Letakkan bancuhan telur & susu cair kat bahagian atas roti..
Tutup & masak dengan api perlahan

nampak menyelerakan x?
Tarraaaa...dah siappp

Dah siap dipotong dan sedia untuk berbuka..jika dimakan panas2 lagi sedap garing & cheese masih meleleh lagi...
p/s : tak perlu nakscema ikut resipi bulat2 tau..leh pelbagaikan
Okeyla selamat mencuba..saya pun dah nak masuk dapur lak nie..hari nie nak masak meatball pulak..hihi
Mintak maaf jika ada kekurangan..tengah taip cepat2 nie nak kejar ke dapur & baby lak nak menyusu..

Bye..jumpa lagi di lain resipi yg menarik,sedap & yang penting senang dimasak !!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/