Saturday 23 January 2016

Resipi Ayam Masak Sweet Sour Paling Mudah Nak Buat

Assalamualaikum Dan selamat Tengahari,

Masak apa Ibu ibu semua Hari ini? Atau dah siap masak,dah lunch pun kan..hihi. .Saya pula pagi tadi dalam kepala tengah blank duk fikir nak masak apa,akhirnya dapat siap jugak buat Ayam Masak Sweet Sour.Alhamdulillah, sedap pula rasanya Walaupun resipi ini main campak campak Dan main taruk je.


Alkisahnya,dalam fridge hanya ada ayam Dan isi ayam SAHAJA.Tiada lauk lain Dah,nak keluar pergi pasar malasnya rasa.Jadi,saya masak apa yang ada jer.Lagi satu,kalau bab isi ayam ni kan,saya tau ramai yang tak berapa menggemarinya kan.Ada sesetengah ibu tu,dia sanggup buang isi ayam tu sebab kalau masak dia sekeluarga memang tak akan makan.

Inilah Dada ayam 


Untuk masak ayam Sweet Sour ni,Korang nak tau tak macam mana resipinya?Kalau yang Dah tau tu,tak apa.Saya boleh kongsikan pada yang belum tau lagi ye.Dan kadang tu,lain orang lain cara masaknya.Okey,tak kisah mana mana pun,yang penting mesti sedap Dan makan sampai licinnnn. Hihii


Bahan-Bahan yang diperlukan :

300gram Isi atau dada ayam (potong dadu),
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil Serbuk black pepper
capsicum hijau/merah/kuning (terpulang)
1 biji bawang besar ( dipotong dadu )
3 ulas bawang putih ( diketuk2 aje )
1 inci halia,
1 biji tomato ( potong dadu )
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
Nenas, potong dadu (pilihan anda)
Daun Kari (terpulang)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam atau beberapa minit pun sudah cukup.

Gaulkan isi ayam di dalam tepung tadi dan goreng sehingga garing.
Angkat dan sejukkan.

Untuk kuahnya :

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih,daun Kari, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak.

Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan.

Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat.

Masukkan ayam goreng tadi bersama tomato,capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.

Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.



Okey,Dah siap..

Sedikit pesanan ikhlas 😊

*Untuk daun Kari tu,saya main masuk je sebab Dah ada daun Kari dalam fridge, nasib rasa nya tak berubah malah makin sedap rasanya.

*Kuah akan sedikit pekat Selepas dimasukkan isi ayam tadi.

*Resipi ini tidak pedas sebab kami sekeluarga tidak suka pedas,kalau Ibu Ibu nak pedas,boleh letak 5biji cili padi yang diketuk tu semasa menumis awalnya tu,ermm pasti berapi api nanti masakan Anda hihii.

Okey selamat Mencuba..Anak anak Dan suami pasti menggemarinya Dan makan sampai menjilat jari gitu.Yang penting,kita kena memasak dengan Hati yang tenang dan ikhlas,dimulakan dengan Bismillah Dan selawat keatas Nabi,In shaa Allah,saya pasti sesiapa yang tak pandai masak pun,masakan Anda akan jadi lazat Dan berkhasiat !!