Tuesday 19 January 2016

Puding Kastard Berkuah Paling Sedap dan Lain dari yang Lain

Assalamualaikum selamat tengahari semua...

Ya Allah,musim panas sekarang ni,kejap hujan tapi kalau panas tu,yang amat rasanya,Nak bukak mata pun tak boleh.Rasa perit.Saya macam biasalah kalau Hari sekolah panas Ke hujan Ke kena redah jugak sebab nak ambik Anak-anak syurga ku.

Sebelum pergi ambik mereka kat sekolah,makanan tengahari kena pastikan Dah siap,sebab nanti kang ada yang marah,kebulur lapar sangat dah.Menu setiap Hari tak pernah sama sebab kami sekeluarga memang jenis cepat jemu kalau makan lauk atau menu sama.Contoh kalau minggu ni Dah masak Kari,jadi tak boleh 2kali kari pada minggu ini..

Okey,hari ini saya tetiba teringin Pusing Kastad.Tapi sebab Dah ada susu cair,maka jadilah berkuah.Ianya Dessert simple dan sedap! Pada sesiapa yang rajin tu boleh la buat esok untuk raya haji, pasti teruja tetamu yg datang berkunjung..

PUDING KASTARD BERKUAH


Bahan-bahan :

10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila

Cara-cara :
Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.

* Untuk larutkan agar2 tu, masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.

Untuk versi ketupat ni gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yang berwarna kuning. hati hati kerana puding ni panas.

KUAH KASTARD


1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.



Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Selamat Mencuba !!!
posted from Bloggeroid