Wednesday 8 April 2015

10 Tips Kulit Muka Cantik Tanpa Pakai Make Up Supaya Bila Suami Tengok Jadi Geram nak Cubit Pipi Kita Selalu

Setiap wanita memang tidak akan lari dari kecantikan.Setiap masa ingin kelihatan cantik berseri-seri.Betul tak kawan-kawan??Tapi jika nak nampak cantik mana sekali pun,kulit muka kita tetap kena jaga dengan betul.

Jika kulit kita sering dikenakan make up yang tebal,kulit kita akan jadi kusam kerana pori-pori kulit kita sering ditutup oleh bedak dan krim muka sepanjang masa.Anda mahukan tips tak macam mana nak menjaga kulit supaya sentiasa nampak lebih sihat dan cantk??Tips kurangkan parut jerawat pun saya dah kongsikan di entri yang lalu.

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai penjagaan kulit muka dengan betul.Nak kulit cantik secara original??Maknanya muka tanpa solekan ye..

Kulit Idaman Setiap Wanita

Tips penjagaan kulit muka dengan betul


1) Cuci muka sekali sehari
Bagi kulit muka biasa, cuci muka sekali pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika mencuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang.

2 ) Pilihan pencuci
Pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi surfaktan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco- untuk kelapa dan gluco- untuk gula daripada buah-buahan.

3 ) Pelindung matahari
Pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan yang baik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama 2 jam.

4 ) Tinggalkan toner
Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semulajadi kulit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kita telah menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia akan hanya mengeringkan kulit.

5 ) Pencuci dengan pH seimbang
Pencuci yang dengan pH seimbang akan menanggalkan sebum dan solekan dengan lembut tanpa menanggalkan minyak semulajadi pada wajah. Pastikan ‘pH-balanced’ pada pencuci yang mengandungi glycolic atau asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit.

6 ) Tanpa pewangi
Wangian adalah penyebab yang biasa bagi reaksi terhadap alahan berkaitan kulit. Jika kulit muka kita sensitif, pastikan memilih pencuci atau produk tanpa pewangi. Produk yang berlabel ‘tanpa pewangi’ biasanya mengandungi pewangi minima sekadar mengatasi bau bahan aktif pada produk.

7 ) Pelembab pelbagai guna
Krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting – melembab dan melindung. Pilih pelembab berasaskan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindung matahari yang tidak menyebabkan iritasi. Minyak semulajadi dan asid lemak menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum.

8 ) Senaman
Dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ini memperbaik rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit.

9 ) Tidur yang cukup
Kortisol, sejenis hormon tekanan, mebuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan akne. Tidur yang cukup mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat.

10 ) Amalkan supplement tambahan yg Semulajadi.
Sememangnya jika kita merawat kulit dari dalam ia akan nampak lebih cantik,sihat dan mulus ala-ala blowing gitu.

credit


Okey,selamat mencuba....



5 comments:

  1. Wowww tips praktikal
    Bagi yg Muslim tu, dgn wuduk tu pun ok kan.
    Dulu rajin buat 4-steps cuci,tone,serum,krim tp skrg sejak kulit elok lepas amal yg no.10, cukup dgn cuci dan sesekali scrub dan serum
    Thanks ya for tips

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tips kak zai....bab perawatan wajah ni memang sentiasa dicari-cari. Ya la kita orang perempuan kan nak selalu tampil cantik Dan menarik. Tapi itulah kadang malas nak buat perawatan yg akhirnya buatkan wajah kusam.

    ReplyDelete
  3. Pencuci muka shaklee dan supplement utk kulit antara yg bagus utk diamalkan..takde bahan kimia dan beri keseimbangan pd kulit.yg penting kena rajinn jeee

    ReplyDelete
  4. Kak zai memang terer bab2 tips cantik ni... Walaupun dah 3 series kita ni tetap anggun ... kan kak zai? hehehe

    ReplyDelete
  5. Mantopla k.zai..patutla cun melecun��

    Jemput baca: Ramadhan Tercinta Datang Lagi

    ReplyDelete