Saturday 18 April 2015

Adab-Adab Melayan Tetamu Supaya Mereka Nak bertandang lagi ke Teratak Kita

Assalamualaikum wbr..

Entri saya malam ni nak kongsikan pasal tetamu.Memang saya suka kalau tetamu datang kerumah tapi masalahnya saya ni jenis yang tak berapa "terror" memasak.Lagi satu kalau rumah kita sering ada tetamu rezeki akan melimpah dan senang nak masuk..In Shaa Allah..Cuma bab masak-masak ni yang selalu timbul masalah.Tapi in shaa Allah akan di'upgrate'kan lagi masakan saya..hihi

Kadang-kadang tu duk terfikir sorang-sorang,alangkah indahnya kalau aku ni seorang chef,tidaklah nak pening kepala memikir nak masak apa nak makan apa..Cakap je nak makan apa..terus jadi..kan best gitu..

Okey,kalau kita nak melayan tetamu ni banyak caranya sebagai contoh kena jaga makan minum,kena jaga tempat tidur dan sebagainya.

Tetamu adalah rezeki kita

Tetamu ni ada banyak kategorinya.Disini saya nak kongsikan dengan anda semua mengenai konsep layanan tetamu.Menerima dan melayan tetamu merupakan sikap dan amalan yang amat digalakkan. Keimanan dan kemuliaan seseorang dapat dilihat melalui cara menerima dan melayan tetamu.

Maksud Sabda Rasulullah saw;
-Tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa 3 hari
- Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuan tuan rumah
- Pada hari kedua dan ketiga layanan yang diberi sama seperti yang diberikan kepada keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah

Menunjukkan muka yang manis

- Sentiasa tersenyum dengan muka yang manis
- Berbual bertanya khabar sama tentang diri atau keluarga
- Jaga tutur kata supaya tidak mengikut perasaan


Memberikan layanan yang baik:

-Menyambut tetamu dimuka di halaman rumah
-Menjawab salam dan berjabat tangan
-Mempersilakan tetamu masuk dengan mesra
-Sediakan tempat duduk yang selesa dan bersih
-Menyediakan jamuan mengikut  kemampuan
-Makanan yang terbaik mengikut kemampuan
-Menjemput tetamu makan
-Makan bersama-sama tetamu
-Menghulurkan makanan kepada tetamu
-Jangan mengemas hidangan sebelum tetamu selesai makan
-Bersifat ikhlas dan berlapang dada
-Gembira dan berlapang dada atas kedatangan tetamu
-Tidak merasa kedatangan mereka mengganggu kehidupan /aktiviti harian
-Menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu
-Layanan yang baik sebagai tetamu
-Keperluan tandas dan bilik air yang bersih
-Memberi keselesaan  seperti kipas angin/bilik tempat berehat apabila tetamu ingin berehat

Okey,lepas ni kalau tetamu datang kerumah kita bolehlah ikuti konsep seperti diatas tu ye.Kalau tidak suka sekali pun,anggaplah tetamu tu rezeki dari Allah swt.Pesanan ini juga untuk diri saya sendiri dan untuk kita semua.

Semoga entri kali ini memberikan manfaat untuk kita semua.