Wednesday 4 March 2015

Tips Kurangkan Ibu Comel Mabuk Teruk Ketika Hamil.

Setiap ibu-ibu hamil mengalami alahan yang berbeza-beza.Ada yang alah yang biasa,teruk,sangat teruk dan ada juga yang tiada alahan langsung.Kadang-kadang alahan mabuk itu sendiri pergi kepada suami.Ermmm macam mana ianya terjadi ye..Bab suami yang alahan ni saya akan kupaskan dilain entri.

Hari ni nak kongsikan mengenai ibu-ibu comel Mabuk hamil atau ada yang panggil 'morning sickness'.Biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan. Ianya berlaku seawal minggu ke-6 dan berakhir pada minggu ke-16 kehamilan. Walaupun dipanggil "morning sickness", tidak semestinya ia terjadi pada waktu pagi sahaja. Terdapat sebahagian ibu-ibu mengandung yang mengalami loya dan mual yang berterusan dari pagi sehingga ke petang atau malam, malah ada juga sesetengah ibu-ibu yang alahan yang teruk berlarutan sehingga ke saat melahirkan!

Kawan saya sendiri,dari awal kehamilan sehingga 6bulan,mabuk yang sangat teruk sehingga terpaksa berumah di hospital selama 6bulan.Badannya jadi kurus yang amat kerana nasi tak boleh makan dan sentiasa muntah-muntah.Tapi selepas 6bulan itu,alahan itu hilang dengan sendiri.


Seksanya kalau alahan teruk

Apakah punca yang menyebabkan morning sickness?

Di antara sebab-sebab yang mungkin menyebabkan morning sickness ialah:

★ Rembesan hormon hCG yang banyak semasa peringkat awal kehamilan!- Hormon hCG menentukan kehamilan seseorang wanita. Peningkatan hormon ini akan menyebabkan rasa mual-mual dan loya pada wanita hamil. Semakin tinggi hormon ini, maka semakin kuat rasa mual dan loya yang ditanggung oleh seseorang wanita hamil.

★ Peningkatan hormon Estrogen semasa hamil

★Peningkatan deria rasa dan bau - Wanita hamil akan lebih sensitif terhadap sesuatu bau. Tidak hairanlah jika bau yang dihidu sebelum mengandung dianggap wangi dan menyenangkan, menjadi satu bau yang sangat mengganggu dan tidak enak dihidu semasa mengandung!

★ Perut yang sensitif - Semasa mengandung, perut ibu akan lebih sensitif terhadap perubahan hormon yang menyumbang kepada rasa pening dan loya.

★ Stress - Mau tak stress kalau asyik pening dan muntah, ye tak?

Tips Mengurangkan Morning Sickness


♥Jangan terus bangun dari tempat tidur - Ambil masa untuk bangun dari katil seperti duduk dahulu sebelum bangun dan melangkah ke bilik air!

♥ Sediakan tin biskut di tepi katil dan kudaplah sekeping biskut krakers sebelum bangun dari katil bagi mengurangkan rasa loya.

♥ Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit - Ibu mengandung memerlukan sebanyak 300-500 kalori tambahan setiap hari. Bagi memenuhi keperluan kalori harian, disarankan agar ibu mengandung mengambil satu hidangan makanan dengan kerap tetapi dalam bahagian yang kecil. Makan dengan banyak sekaligus akan menambahkan lagi rasa loya.

♥ Elakkan makanan pedas dan berminyak - Makanan tersebut akan menyebabkan perut tidak selesa dan menambahkan lagi rasa mual dan loya!

♥ Peppermint dan halia membantu mengatasi rasa loya dan mual - Jika sudah terbiasa minum teh tarik atau nescafe ais semasa belum hamil, cuba ubah kepada teh peppermint atau teh halia bagi mengurangkan rasa mual. Gula-gula yang berangin juga membantu mengurangkan loya.

♥ Bawa bekal kudap-kudapan dalam beg tangan - Kudapan seperti biskut atau kekacang membantu mengurangkan rasa tidak selesa di dalam mulut dan juga boleh di kudap bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.

♥ Minum 10 gelas air kosong - Walaupun sering muntah, ibu mengandung perlu minum air kosong dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi dan sembelit.

♥ Pengambilan Vitamin B6 - Ibu mengandung disyorkan mengambil 25mg sebanyak 3 kali sehari. Bagi mengatasi masalah morning sickness, jumlah yang disyorkan ialah sebanyak 200mg sehari. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu vitamin ya!

Saya sendiri bermula tahun lepas mengamalkan supplement untuk Set Hamil ni,memang banyak perubahan..Morning sickness tidaklah ketara sangat,tekanan darah rendah dah stabil. Oleh kerana saya sendiri dan kawan-kawan lain dah merasa kelebihan supplement ni,saya syorkan ibu-ibu comel juga mengamalkan supplement Shaklee ini.

Okey,semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu


posted from Bloggeroid