Friday 7 November 2014

Nafas Bayi Berbunyi Kuat.Adakah ianya Berbahaya?

Cuaca yang tidak menentu sekarang ni boleh menyebabkan kita cepat kena sakit,demam,batuk selsema.Kalau tidak tidak sihat boleh diterima lagi TAPI kalau bayi kita batuk dan selsema memang sangat kesian.Dengan susah nak bernafas hidung tersumbat,kahak pun banyak.Nak tidur lagilah kesian,macam baby saya ni alhamdulillah dia memang tidak banyak ragam walaupun sukar bernafas dia tidak menangis pun hanya merengek sikit-sikit je.Cuma Syifa ni jenis yang kuat sangat menyusu waktu malam.

Oleh kerana masih bayi,saya memang HARAMkan ubat batuk untuk Syifa.Saya biarkan dia batuk dan selsema tu dalam seminggu tapi pada masa yang sama saya memang kerapkan beri susu pada Syifa.Keadaannya masih sama.Tiada perubahan pun.Saya ambil altenatif lain iaitu saya sendiri makan OMEGA GUARD Shaklee.Malam sebelum tidur tu saya telan 2 biji Omega.Pagi-pagi tu Alhamdulillah..Syifa batuk-batuk dan keluar kahak yang BANYAK sangat.Lepas itulah baru nafas Syifa semakin kurang berbunyi.



Sedikit info mengenai masalah Batuk :
BATUK antara penyakit yang sering di pandang ringan. Ada yang menganggap ia kurang berbahaya termasuk yang dialami di kalangan kanak-kanak.Tetapi ibu bapa perlu sedar, ia mungkin merupakan petanda awal asma atau lelah terutama apabila anak-anak sering batuk pada waktu malam.Biasanya penyakit asma di kalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan di waktu malam dan awal pagi.

Pakar Kanak-kanak, Hospital Perubatan Pantai, Dr. Amir Mohd. Nor memberitahu, asma sememangnya biasa berlaku pada kanak-kanak yang mana ia akan hilang apabila mereka meningkat dewasa.”Dalam keadaan ini, mereka selalunya berkahak yang boleh menyebabkan batuk dan muntah. Sesetengah kanak-kanak juga mudah berhingus atau hidung berair pada waktu malam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. 

Secara umumnya menurut Dr. Amir, asma berlaku apabila salur pada paru-paru sempit atau tersumbat.”Di sini, udara yang beroksigen akan menyerap ke salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah tinggi.“Apa yang dimaksudkan dengan asma ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru tersebut sempit,” terangnya lagi.

Secara klasiknya, asma menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah dan berkahak.Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik tersebut.”Ini akan menyukarkan diagnosis dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat. Sekira ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ia lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah asma senang mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya,” terangnya.

Disebabkan asma selalu dicetuskan selepas demam selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit tersebut. Bagaimanapun, terdapat faktor lain yang boleh mencetuskan simptom lelah seperti habuk atau hama habuk, asap rokok, buah-buahan dan sebagainya. Tegasnya, walaupun perkara yang menyebabkan asma itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama. 

Ditanya mengenai rawatan asma, Dr. Amir Mohd. Nor berkata, tiada rawatan khusus bagi menyembuhkan asma.”Ubat yang dimakan kanak-kanak menghidap asma hanya untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah asma,” katanya. Malah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap asma ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.”Ada dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap asma iaitu ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada serangan asma dan ubat-ubatan yang mengurangkan simptom asma ,” akuinya.

Bagaimanapun Dr. Amir menegaskan apabila kanak-kanak sering mendapat simptom asma, mereka perlu mengambil ubat yang boleh mencegah simptom daripada berulang.”Ubat ini memerlukan pengambilan setiap hari oleh itu ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, bagaimanapun mendapat rawatan secara berterusan mampu memberikan kesihatan yang baik kepada anak-anak ini,” katanya.

sumber : Utusan Malaysia

Ibu bapa mana yg tak risau kalau anak2 kena bergantung pada ubat..namun untuk kesihatan anak2 ibu-bapa perlu berkorban dan peka dengan masalah kesihatan anak.



Jika kita tak nak anak kita bergantung dengan ubat semata mata,saya syorkan ibubapa pilihlah supplement yang semulajadi untuk keluarga tersayang.Jika anda berminat anda boleh hubungi saya Pn Zainab Mat Rani ditalian 017-3954394 untuk keterangan lanjut.

posted from Bloggeroid

15 comments:

  1. Baby bawah 2 tahun memang x disarankan ubat kerana ubt batuk mengantuk so risau pernafasan berhnti mengejut..elok sangat mencari alternatif lain seperti ibu syifa makan omega..

    Shaklee Lebarkan Sayap Ke Indonesia

    ReplyDelete
  2. Bagusnya info baru ni..bayi perlu diberi lebih perhatian dalam proses pembesarannya

    ReplyDelete
  3. untung siapa yg susukan bayinya sendiri. Kalau terjadi macam kes sis tadi, senang nak 'ubatkan'

    BUAT MASKER SENDIRI



    ReplyDelete
  4. Kesian tengok bayi yang menghadapi masalah ni..

    Rawatan Rambut Gugur

    ReplyDelete
  5. Kita seboleh2nya tak nak anak2 sakit, memang merisaukan. Sebagai ibu bapa, kita kena alert dengan perubahan pada anak2... Minta di jauh yang tak elok pada anak2...

    Jom baca sini>>> Cara Merawat Alahan Kulit Bagi Kanak-kanak

    ReplyDelete
  6. klau tgk kt hospital skrg...bayi pon dah terkena asthma..kesian sgt..
    Jom baca:Macam mana nak atasi masalah simpul biawak

    ReplyDelete
  7. Tq kak zai utk info nie.
    sape xsyg ank oii...so parent2 pantau lah anak2 anda ye.

    ReplyDelete
  8. Omega guard shaklee memnag terbaik atasi asthma pada kanak-kanak dan ianya juga baik untuk dewasa. Amalkan pengambilan Omega Guard untuk kesihatan anda dan seisi keluarga

    Dilema Anak Kurus Kering Dan Tak selera Makan

    ReplyDelete
  9. omega guard bantu masalah batuk dan asma anak anda...jom order omega.

    ReplyDelete
  10. Dptkan omega utk seisi keluarga

    http://goo.gl/JeNVlK

    ReplyDelete
  11. Comey nya Syifa..Geram pulak rasa dengan si bulat tu..hehe. Jangan abaikan semput anak anda seandainya ia punya tanda-tanda yang mungkin membahayakan nyawa mereka. Sentiasa peka dan sentiasa bersedia dengan apa jua situasi dan kemungkinan bila anak mula jatuh sakit ni..

    Migrain Mengganggu Prestasi Baik Anda di Pejabat?

    ReplyDelete
  12. Jom join kempen sihat tanpa ubat terutama untuj anak2..

    #shaklee_effect
    #drugs_frer

    ReplyDelete