Anak yang belum memasuki usia dua tahun memang selalu mengalami demam atau demam panas. Kebiasaannya demam ini berlaku tanpa disangka-sangka samada kesan daripada injection imunisasi yang diambil setiap bulan, cuaca panas, suhu bilik / rumah yang panas, pakaian yang tebal, berjangkit daripada orang sekeliling, keletihan akibat perjalanan yang jauh, perubahan cuaca persekitaran dan lain-lain lagi.
Demam mungkin tak jadi masalah sekiranya berlaku kepada orang dewasa (yelah, telan je dua biji panadol, mesti lepas tu surut). Namun, demam yang dialami oleh kanak-kanak jangan diambil mudah sebab akibat daripada demam tersebut boleh menyebabkan wujudnya penyakit lain yang merbahaya, mengganggu tumbesaran / perkembangan otak kanak-kanak, penyebab kepada sawan / kejang dan lain-lain lagi.
![]() |
Saya demam...Alahai..kesiannya |
Macam mana nak mengetahui samada si manja demam atau tidak ?
2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.
Tips Apabila Anak Demam Panas :-
1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.2. Bukakan pakaian anak dan gunakanlah tuala basah yang direndam di dalam air sejuk untuk menyapu pada bahagian muka, kepala, leher, ketiak, depan dan belakang badan serta kaki. Selimutkan bahagian dada anak dengan tuala kering (bagi mengelakkan anak mendapat batuk) dan biarkan tanpa pakaian untuk beberapa jam.
3. Biarkan tuala sejuk tersebut pada bahagian pelipat ketiak dan dahi.
4. Berikan susu dan air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
5. Anak yang kelihatan lemah sewaktu demam adalah menunjukkan tanda lebih sakit, berbanding anak yang masih aktif walaupun demam.
6. Bukakan tingkap bilik / rumah bagi memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan lancar dan tidak berhawa panas. Buka kipas atau kekalkan suhu penghawa dingin pada paras 27°c.
7. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam pada badan, bintik di dalam mulut, muntah tanpa henti, cirit-birit, anak mengalami kekejangan / sawan serta tanda-tanda lain yang membimbangkan segera bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seelok-eloknya bawa anak pergi ke hospital / klinik yang menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak.
8. Sentiasa pantau keadaan demam anak kerana demam yang berlarutan lebih daripada 2 hari memerlukan rawatan segera di klinik mahupun di hospital.
Petua Mengurangkan Demam :-
1. Campurkan segenggam asam jawa dengan air sejuk dan lumurkan pada kepala dan seluruh anggota badan. Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan dan menurunkan suhu panas pada badan.
2. Mandikan anak dari paras bawah anggota badan hingga ke atas secara perlahan-lahan iaitu bermula dari kaki, punggung, badan dan akhir sekali pada bahagian kepala.
Banyak kes dan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila demam anak
dibiarkan begitu sahaja. Penting untuk kita sebagai ibu bapa memastikan
kesihatan anak berada dalam keadaan yang stabil. Simpan dan bawa ke mana
sahaja ubat demam (yang tidak melebihi tempoh 3 bulan) dan termometer
sekiranya korang pergi bercuti atau pulang ke kampung.
![]() |
mommies...jagalah si manja sebaik mungkin yer.. credit |
Oleh itu, sebagai altenatif menurunkan suhu badan anak, saya bagi anak-anak saya Nutriferon setiap kali demam, batuk dan selesema..Meal Shakes, Chewable Vitamin C dan juga Omega Guard tidak lupa saya berikan pada si manja tersayang.
Alhamdulillah setakat ini, demam, batuk dan asthma anak-anak saya masih dalam keadaan terkawal dan cepat pulih tanpa diberikan ubat-ubatan dari drugs.
Bukan bermakna saya menolak hospital, cuma selagi boleh elak, saya akan cuba elak dan lebihkan vitamin untuk kanak-kanak.
Saya Zainab Mat Rani merupakan Shaklee
Independent Distributor anda ( ID 956208 ) diseluruh Malaysia.Saya
bersedia memberikan anda khidmat nasihat secara percuma dan servis
pelanggan terbaik untuk sahabat-sahabat semua serta anda semua yang
berhajat untuk mencari supplement kesihatan yang sesuai buat diri
sendiri,anak-anak,ibu,ayah dan saudara mara.
Saya juga bersedia membimbing
sahabat-sahabat yang berminat untuk memulakan perniagaan online dan
menjanakan pendapatan bermula dari 3 angka hingga 5 atau 6 angka dengan
Shaklee.
> Hubungi saya personally melalui telegram/we chat/whatsapp/ 017-3954394 untuk info lebih lanjut
>Jom follow saya di
FB : Zainab Mat Rani
Fan page : znzabadistore blogspot
Email: zulzai05@gmail.com