Monday 15 September 2014

Tips untuk Anak yang Lambat Bercakap

Pencapaian Ucapan/ Bahasa Kanak-kanak.

Tahukah anda? Kira-kira 15%-25% daripada kanak-kanak kecil mempunyai beberapa jenis gangguan komunikasi. Kanak-kanak lelaki cenderung untuk membangunkan kemahiran bahasa yang agak lewat berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Secara umumnya, anak-anak boleh dilabelkan sebagai “kanak-kanak lewat bercakap” jika mereka bercakap kurang daripada 10 perkataan pada usia 18 hingga 20 bulan atau kurang daripada 50 patah perkataan pada usia 21 hingga umur 30 bulan.Kebanyakan pakar juga mengatakan bahawa pada usia 12 bulan atau setahun, kanak-kanak boleh menuturkan perkataan tunggal dan mungkin boleh memanggil “mama” dan “baba”. Mereka juga berupaya memahami dan mematuhi permintaan mudah (Contohnya: “Berikan saya mainan itu”.)



Cara Menggalakkan Anak-anak Bercakap

¤ Bercakap dengan bayi dan anak kecil anda sepanjang hari termasuklah semasa mandi, menukar pampers dan semasa makan.
¤ Bila bercakap dengan anak-anak, biasakan perkataan yang mudah, ringkas diucap dan difahami serta mengelakkan perkataan kompleks atau panjang.
¤ Bayi anda sukakan perhatian jika mereka suka meniru ucapan dan tingkahlaku orang di sekitarnya dimana anda dapat naik turunkan nada bahasa anda dengan situasi yang bersesuaian.
¤ Menyanyi dan membaca kepada anak anda sejak usia mereka dari umur bayi.



Surah Taha Ayat 25-28
Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap - SUMBER FB
1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.
2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.
3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. In Shaa ALLAH

posted from Bloggeroid