Sunday 14 September 2014

Resipi Ayam Goreng Ala KFC Mudah dan Sedap

Hari minggu yang mendung dan hujan renyai2 je sepanjang hari.Perut apalagi sentiasa memanggil2 kelaparan walaupun baru sahaja lepas makan nasi.Mulut ni rasa nak makan jenis yang kudap2 gitu,tapi tak tahu nak masak apa.Anak-anak saya suka makan ayam goreng,baru terfikir nak buat ayam goreng ala KFC lah..
Oleh kerana masih dalam proses memboikot barangan Israel ni,memang dah lama kaki ini tak menjejak kat KFC ,McD..Apa2 kalau nak makan buat sendiri je.Hari ni saya nak kongsikan resipi ayam goreng ala KFC yang sangat mudah dan sedap.

AYAM GORENG ala KFC

Bahan2 untuk diperap
Ayam
5 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk kari ayam
Sedikit garam
Air-tujuannya supaya semua bahan senang diperap dengan rata.

Bahan2 untuk tepung
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
Serbuk cili
Garam

1 biji Telur

Cara2nya:
Gaulkan semua bahan untuk diperap selama 2 atau 3 jam.
Pukul telur putih sahaja ( tak nak rasa hanyir )
Masa nak goreng tu,salutkan ayam kedalam telur dan tepung.
Goreng hingga masak dengan api perlahan supaya ayam masak dengan sepenuhnya.

Taraa...dah pun siap



Okey..selamat mencuba

posted from Bloggeroid