Friday 12 September 2014

Susu ibu boleh rosak??

Kalau baca tajuk mesti rasa pelikkan..macam mana susu ibu boleh jadi rosak?Oppsss...ini bukan susu ibu direct brestfeed tau...ini kerana susu ibu yang diperah disimpan untuk dijadikan stok atau bekalan untuk digunakan dirumah pengasuh.
Hati-hati tau ibu-ibu semua,jangan ambil mudah,memang kalau ikutkan kajian susu ibu boleh bertahan lama selama berbulan2 atau sampai bertahun.Tapi ianya wajib disimpan dengan cara yang betul.Sebelum memberi susu ibu kepada bayi, periksa keadaan susu samada masih baik atau telah rosak. Susu ibu rosak sama seperti susu lembu yang rosak, berbau dan rasa masam.

Untuk simpanan susu, walaupun mengikut panduan diberi susu ibu mungkin akan rosak. Namun untuk mengelakkan kerosakan, gunakan secepat mungkin. Adakala ada faktor tertentu yang boleh menyebabkan susu ibu rosak walau kita telah menyimpan mengikut panduan.

Jadi,sebelum berikan susu ibu kepada bayi,pastikan :
>periksa dahulu susu ibu samada masih boleh digunakan atau tidak.
>Bau susu ibu
>Rasa sedikit susu ibu.
>Rasa susu ibu rosak akan rasa masam.
>Goncang secara lembut untuk mencampurkan susu yang terbahagi 2 iaitu bahagian berkrim dan susu.
>Periksa jika ada berketul.
>Susu yang terbahagi 2 masih boleh digunakan jika tiada ketulan.

Jika anda was-was, baik ambil langkah selamat dengan tidak menggunakannya.



Ibu-ibu boleh menyimpan susu dengan cara yang betul.Boleh merujuk seperti ganbar diatas tu.
Jika anda meyimpan susu di:
★Suhu bilik – susu bertahan selama 4 jam
★Cooler bag/box – susu bertahan 12-24 jam
★Peti ais bawah 2 pintu (Refridgerator) – boleh bertahan paling lama 72 jam tetapi sebaiknya 48 jam
★Peti ais atas 2 pintu (freezer) – bertahan paling lama 3-6 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 3 bulan sahaja
★Peti ais 1 pintu – bertahan paling lama 2 minggu sahaja
★Deep freezer – boleh bertahan 6-12 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka sebab suhu berubah setiap kali dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 6 bulan sahaja

Selamat mencuba dan pastikan beri susu ibu dengan betul.