Thursday 11 September 2014

Kenapa Susu Ibu Bayi Jadi Cepat Lapar??

Susu ibu adalah anugerah paling berharga dan tidak ternilai khasiatnya.Jika ibu-ibu semua berpeluang menyusukan bayi sehingga sampai umur 2tahun tahniah saya ucapkan.Saya sendiri mempunyai 3 orang cahayamata.Sebelum ni saya seorang ibu yang bekerja dan sempat menyusukan baby sampai 3bulan dan 5 bulan sahaja.Ini kerana susu badan saya jenis yang cepat kering walaupun susu diperah ketika waktu bekerja.Sekarang baby saya yang ketiga baru berumur 3 bulan dan saya harap sangat dapat menyusukan hingga 2 tahun.In Shaa Allah..dengan izinNya.

Disini saya nak kongsikan satu masalah yang sering ibu-ibu alami iaitu kenapa bila bayi minum susu ibu tidak kenyang dan cepat lapar.Sentiasa ingin menyusu sepanjang masa atau selang beberapa minit.
Ramai yang membandingkan susu ibu dengan susu formula.Sedangkan susu formula bayi cepat kenyang dan boleh tidur lena.

Okey,kalau nak tahu susu formula boleh disukat dan kita mengetahui berapa jumlah yang telah diambil dan kota merasakan dengan yakin susu sudah mencukupi untuk bayi.Lagi satu,bayi rasa kenyang dan tidur lama selepas menyusu susu formula, menyebabkan yakin bayi mendapat susu yang cukup.
Antara punca dan penyebab utama ibu-ibu hilang keyakinan pada susu sendiri ialah apabila mereka melihat bayi mereka lebih selesa dengan susu formula kerana bayi tidur lena dan lebih kenyang.Susu badan pun semakin merudum akibatnya fikiran menjadi runsing dan mula memikirkan untuk menambah susu formula.



Untuk pengetahuan ibu-ibu semua,susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi. Kolostrum dihasilkan sedikit sesuai dengan keperluan perut bayi ketika ini. Bayi Hanya perlukan 4 sudu kecil susu sahaja.
Bayi kerap menyusu dan tidak tidur lama seperti susu formula kerana susu ibu mudah dihadam dan menyebabkan bayi perlu kerap diberi susu. Ingat,susu badan adalah yang terbaik dari segala susu2 formula yang lain.Mempunyai 1001 khasiat.

Susu formula sukar dihadam jadi berada lama dalam perut bayi. Ini juga menjadi punca kembung perut kesan susu sukar dihadam.Paling penting, jangan tambah susu formula. Sekiranya mula menambah susu formula, ini penyebab susu ibu akan makin berkurang. Susu tidak bertambah mengikut keperluan bayi kerana sudah diberi susu formula.
Pengeluaran susu bergantung kepada kadar bayi menyusu. Jika waktu penyusuan telah diganti dengan susu formula, susu tidak distimulasikan ketika itu.Cara untuk tambah susu ibu adalah dengan memberi kerap dan jangan menambah susu formula atau air suam. Yakini susu anda cukup untuk bayi anda.
Jika ibu-ibu sudah usaha macam2 cara untuk menambah susu badan tetapi tidak berhasil,boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma.

Fb : Zainab Mat Rani
Page: ZnZAbadistore blogspot
Telepon no : 017-3954394
Email : zulzai05@gmail.com

2 comments:

  1. susu ibu terbaik

    jom singgah blog saya :
    http://goo.gl/A82Wws

    ReplyDelete
  2. saya pun sedang berusaha menyusukan anak keempat saya seboleh-bolehnya sehingga berumur 2 tahun setengah. sekarang anak berumur setahun setengah, lagi setahun untuk mencapai target.

    boleh jenjalan blog saya leekamalia.blogspot.com :)

    ReplyDelete