Friday 26 September 2014

Rahsia Memotong Kuku

Assalamualaikum wbr dan salam hari Jumaat peghulu segala hari.

Kebiasaannya setiap hari Jumaat saya akan memotong kuku saya sendiri dan ketiga-tiga anak saya.Ambil berkat hari Jumaat..Tetapi kalau dulu,saya main hentam je nak potong bila-bila masa.Alhamdulillah,sekarang nak potong kuku kena tengok hari dulu.
Hari ini,Saya nak kongsikan hari-hari yang disunatkan dan makhruh memotong kuku.

Tiga hari yang disunatkan memotong kuku : 

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Empat hari yang dimakhruhkan memotong kuku :

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Dan hari yang paling afdhal adalah hari JUMAATuntuk memotong kuku. Jadi sebaik-baiknya potong lah pada hari tersebut.
Okey,kalau dah tahu hari-hari tertentu yang  disunatkan memotong kuku,lepas ni kenalah ikut yer..In Shaa Allah..Memang hari-hari boleh potong kuku tapi kalau boleh ikut hari yang baik nak potong kuku kan lebih bagus dan lebih berkat.Ikut sunnah Nabi kita..

Potonglah kuku anda mengikut Sunnah Nabi..