Thursday 25 September 2014

Bahaya Rabun Malam dan Masalah Silau

Masalah rabun antara salah satu tip top penyakit yang dialami oleh manusia.Ramai jugayang mengalami masalah rabun.Saya sendiri mengalami rabun malam tetapi tidaklah ditahap kritikal.Saya masih lagi boleh memandu seperti biasa pada waktu siang tetapi jika memandu pada waktu malam memang saya elakkan kerana saya tidak nampak sangat jalan dicampur lagi dengan cahaya lampu-lampu lagilah teruk sampai naik pening kepala ni.



Apa akibat jika memandu pada waktu malam kalau masalah silau yang tinggi.

* Pening kepala,mata jadi 'senak' dan tidak boleh fokus

Jika silau tinggi cahaya lampu nampak high-beam jer.Setiap kali berhadapan dengan kereta dari arah bertentangan saya nampak lampu dari depan tu sangat silau padahal orang lain nampak biasa je. Saya terpaksa perlahankan kereta kalau diikutkan sememangnya berbahaya.Paling bahaya bila kereta memotong dari arah bertentangan kita tak dapat nak estimate sama ada kereta tu sedang memotong atau tidak.

* Semua benda nampak tidak jelas dan ‘double’

Bila silau dah ditahap tinggi,selain mata jadi sakit,kita akan nampak semua objek jadi kembang atau berdouble.Kalau memandu dalam keadaan objek yang nampak tak jelas, bahayanya kita tak boleh nak agak jarak objek di depan.Jadi seboleh-bolehnya saya akan elakkan memandu pada waktu malam.


Sedikit info mengenai masalah rabun saya akan kongsikan untuk dijadikan panduan bersama.
Selain rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.Bukan saja menyukarkan pengliharan secara normal, rabun silau acapkali mengganggu pemanduan seseorang terutama di waktu malam. 
Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.
“Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata,” jelasnya.
Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.
Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.
Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.
“Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas,” ujarnya.

KEADAAN kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam.


Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai.
Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.
“Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.
“Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu,” katanya.
Bukan fotofobia
Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.
Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.
“Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia,” terang Rozita.
Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.

credit : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm