Wednesday 10 September 2014

Petua-petua Tradisional untuk Rambut Sihat dan Cantik

Untuk mendapatkan rawatan rambut kita boleh cuba dengan pelbagai cara,tidak kira samada cara tradisional mahupun moden.Yang penting ianya sesuai untuk anda.Boleh ikuti petua2 dibawah untuk kesihatan rambut yang berpanjangan.

Petua Kecantikan Tradisional Rambut

1)-Atasi Masalah Rambut Gugur

~Bahan-bahannya ialah beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya.
Cara penyediaan: Ramas atau mesin bahan-bahan tadi.
Cara guna: Lumur kisaran daun bunga raya dan daun lidah buaya tadi atas kepala selama 1 jam dan bilas bersih.
Ulang langkah ini beberapa kali selama seminggu, In Shaa Allah ada hasilnya. 
Untuk pengetahuan semua,Kebaikan bunga raya ialah melembutkan rambut manakala kebaikan lidah buaya menyejukkan dan menyamankan kulit kepala. Sekaligus mampu mengelakkan masalah rambut gugur dan menjadi perapi rambut. 

2)-Rambut Harum dan Lembut 

Bahan-bahannya ialah campuran air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya.
Cara penyediaan: Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas.
Cara guna: Basuh rambut dengan campuran bahan tadi.
In shaa Allah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur. 

3)-Atasi Masalah Rambut Berminyak

Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut berminyak ialah syampu dan kuning telur.
Cara penyediaannya sangatlah mudah iaitu campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam.
Cara guna juga amat mudah dan senang iaitu cucilah rambut anda seperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. Jika tidak, pasti ada binatang liar yang akan mengerumuni rambut anda!

In shaa Allah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.

4)-Atasi Masalah Rambut Kering 

Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut kering ialah minyak sayuran dan tuala bersih.
Cara penyediaan ialah panaskan minyak sayuran.
Cara penggunaannya pula ialah dengan melumurkan minyak tadi pada rambut. Oles rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudian tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih.
In shaa Allah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik.

Selamat mencuba ye..dan semoga rambut anda semua sentiasa cantik, lebat, harum dan sihat. Semuanya mudah disediakan dan mudah digunakan. Apa yang penting, ianya 100% halal dan suci serta hasil air tangan anda sendiri. Tiada bahan kimia terlarang kerana ianya 100% sumber alamsemulajadi.

Tetapi jika anda inginkan produk rambut yang ramuannya 100% semulajadi dan halal,senang digunakan,tidak perlu nak susah payah cari bahan2 seperti diatas tu,anda boleh gunakan produk dari jenama Shaklee yang pasti hasilnya sangat mengujakan !!

Jika berminat sila hubungi saya di 017-3954394 ( Pn Zainab Mat Rani ).special consultation untuk customer saya..Terima kasih.