Thursday 18 September 2014

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Sesiapa yang sedang atau pernah mengalami masalah tekanan darah tinggi memang amat menyiksakan kerana kepala akan rasa berat sangat hinggakan terpaksa berhenti membuat sesuatu kerja.Jangan ambil mudah kerana ianya boleh mengundang stroke atau boleh membawa maut.



Selain mengambil beberapa jenis ubat dihospital,disini saya nak kongsikan petua menurunkan tekanan darah tinggi.
Sekiranya anda dah cuba petua yang lepas tapi belum berhasil atau kurang serasi dengannya, apa kata anda cuba amalkan meminum air limau nipis. Seperti biasa, minum 2 kali dalam sehari.Untuk lebih terperinci, jom kita sama-sama sediakan air limau nipis ni.

1. Mula-mula, ambil 1 biji limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam gelas.
2. Masukkan juga 1 gelas air sejuk ke dalam gelas yang berisi perahan air limau nipis tadi.
3. Jika mahu, anda boleh campurkan sedikit gula.
4. Kacau semua ramuan tadi hingga sebati dan minum.
5. Amalkan meminumnya sehinggalah tekanan darah tinggi anda menurun dan kembali ke paras normal.
6. Anda boleh meminumnya pada setiap pagi dan petang.

Jika tiada aral, anda akan memperolehi hasilnya.in Shaa Allah berjaya..

Selamat Mencuba!
Gambar: teknosains.info
posted from Bloggeroid