Wednesday 17 September 2014

Mata Macam Panda??Ketahui tips-tipsnya..

Memang rata2 wanita kalau bawah mata tu ada lingkaran gelap nampak sangat tidak cantiknya kan..Nak hilangkan pun agak susah tau.Kecuali kena make up tebal-tebal kat bawah mata barulah nampak cantik menawan tu.Tetapi takkan muka kita ni nak harapkan make up 24 jam..Bahaya tu,tak leh bernafas pulak kulit muka kita nanti.



Ada beberapa punca menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata ni.Antaranya sebabnya ialah:
☆Ada alahan
☆Mengalami keletihan setelah bekerja seharian
☆Kekurangan nutrisi ada tubuh
☆Pengaliran darah yang tidak stabil
☆Terdedah kepada cahaya matahari
☆Penurunan berat badan yang agak mendadak
☆Kerap berjaga pada waktu malam atau kurang tidur
☆Masalah buah pinggang
☆Masalah sinus
☆Perokok

PETUA MENGHILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
1. Gunakan Timun, Ubi Kentang ataupun Tomato - Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudiannya , lekapkan hirisan tu kat mata.Biarkan lebih kurang 20-30 minit.
*Kebaikannya: mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata
*atau cara alternatifnya : Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul2 bersih yer. Lepas tu, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam untuk beberapa minit.Selepas tu, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.

2. Uncang Teh - Rendam 2 uncang dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang2nya 10 minit yer.Sebaik2nya gunakan teh camomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan esktrak pudina segara sebagai alternatif.

3. Minyak Almond - Minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang2 pori daripada tersumbat.
*Caranya : Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam di bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.Anda boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu.

4. Zat Besi, Vitamin C dan Asid Folik - Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.Penting juga, kurangkan merokok (bagi perokoklah ek) dan kalau mampu anda belajarlah berhenti merokok mulai saat ini. Lebih bagus berhenti merokok ok???Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang2nya 8 gelas sehari.Jika anda betul-betul niat nak berhenti merokok..in Shaa Allah..kami ada CARANYA.

5. Biji Buah Berangan - merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata.Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecai bagi mengurangkan masalah ini.

Okey,selamat mencuba
Jika ingin mengatasi masalah 'mata panda' ni dengan lebih senang dan mudah lagi cepat kesannya..boleh amalkan ENFUSELLE EYE TREATMENT.


Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
♥ Zainab Mat Rani
♥ SMS | WhatsApp : 017-3954394
♥ Shaklee ID : 956208
♥ FB Page : Znzabadistore blogspot

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE
Mudah sahaja hanya klik di sini:



posted from Bloggeroid