Tuesday, 23 September 2014

Nak Rezeki Lebih Berkat Duit Sentiasa Cukup

Jika duit terlalu cepat habis walaupun baru gaji itu petandanya duit gaji anda tidak berkat.Memanglah kita tinggal di zaman yang penuh cabaran ni segala hal memerlukan duit,Taraf hidup yang tinggi dan kadang- kadang hutang lebih banyak dari gaji tetapi jika kena caranya,in Shaa Allah duit anda akan sentiasa ada sepanjang masa malah berlebih lagi.

Okey,bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw.

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...



Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah swt hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang
Allah swt beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucing bawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)

ㅤ ㅤ ❤ㅤ ❤ ❤
ㅤ♥ Subhanallah ♥
♥ Alhamdulillah ♥
♥ Lailahaillallah j ♥
ㅤ♥ Allahuakbar ♥
ㅤ ㅤ ❤ ㅤ ❤ i ❤

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
posted from Bloggeroid