Tuesday 2 September 2014

Kesan Buruk Akibat Kurang Tidur

Dari malam semalam lagi kepala ni duk pening semacam jer.Terasa rumah ni berpusing-pusing,terbalik..adui memang menyeksakan..Orang kata lebih baik SAKIT kepala daripada PENING kepala..Memang betul..saya setuju.
Nak buat apa2 pun susah..sebab tengah tidur pun pening jugak.Dah pergi klinik check doktor kot2 la saya kena tekanan darah rendah..maklumla saya memang ada HB low sebelum ni.Tapi memang dah lama tak kena HB low ni.Lepas check dengan doktor tak de pulak masalah Hb low ni..alhamdulillah..

Doktor kata mungkin disebabkan oleh KURANG TIDUR ataupun tidak cukup tidur.Bila difikir balik memang betullah aku kurang tidur..sebabnya malam2 berjaga baby nak menyusu.Lepas tu terus tak tido sampai ke pagi sebab nak siapkan cabaran 40 hari( opppss...ini geng RTI je yang tau okey)..





Antara2 kesan buruk akibat kurang tidur ialah :

1) Stress – Jika kita tidak cukup tidur, kita sukar untuk memberikan tumpuan pada kerja dan aktiviti seharian. Bila kita hilang fokus, kita akan mudah melakukan kesilapan, lebih kelam kabut dan tidak terurus. Ini akan mengakibatkan kita cepat mengalami tekanan atau stress.

2) Sistem Imun Lemah – Kurang mendapat tidur yang secukupnya akan menjejaskan sistem imun badan dan menyebabkan kita lebih mudah terkena jangkitan seperti selsema dan demam.

3) Cepat Tua – Tidur yang tidak cukup akan mempercepatkan proses penuaan dan mengakibatkan kedutan di muka kerana badan tidak mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki sel kulit.

4) Kencing Manis – Risiko mendapat penyakit kencing manis agak tinggi untuk mereka yang kurang tidur kerana fungsi insulin dalam badan akan terjejas.

5) Letih – Bila tidur tidak cukup, badan memang akan cepat letih kan. Kita akan berasa lesu dan akan mengakibatkan kita mudah terkena sakit kepala.

Okey,ini antara 5 kesan utama jika badan kurang mendapat tidur yang mencukupi. Mungkin masalah tidak cukup tidur nampak remeh, tetapi kesannya amat buruk kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan tumpuan kita pada kerja dan aktiviti seharian.
Jadi pastikan selepas ini, korang mendapat tidur yang secukupnya. Sebolehnya tidur lebih awal setiap malam agar badan rasa segar setiap pagi.




Saya sendiri akan cuba memastikan tidur yang terkawal dan menjadualkan kerja2 harian dengan betul.Mari kita sama2 menjaga kesihatan dengan lebih baik.
Jika kita sihat semua kerja menjadi lebih senang..kan.

2 comments:

  1. Perkongsian yang menarik ;)

    http://ceritadimtiyazcorner.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. yup....gud info...thanks for sharing ...

    kindly invited to my blog http://kamikamuvitamin.blogspot.com/

    syukran

    ReplyDelete