Thursday, 4 September 2014

Hukum Gunting Rambut dengan Non Muslim

Assalamualaikum semua dan selamat petang..Nak cerita bab aurat pulak hari ni sebab tetiba teringat masa nak gunting rambut kat kampung hari tu.Tempat yang biasa kami adik beradik gunting dulu2 ialah kat rumah cina.Memang cantikla kalau dia gunting rambut.Rambut kami ni jenis lebat2 tapi senang2 je orang tu nak gunting.Tapi bila gunting dengan orang melayu kadang2 gaya rambut tak cantik ( mengada-ngada kan..hihi)
Tapi sekarang ni,bila dah dewasa baru terfikir boleh ke kita gunting rambut dengan non muslim ni?Ada jugak bertanyakan pada ustaz2 memang tak boleh..




Selama ni macam was-was jugak sebenarnya..akhirnya kebanyakan ulama dalam Mazahb Hanafi danSyafi'i berpendapat wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti di hadapan lelaki bukan mahram (ajnabi, sah nikah). Dalilnya ialah pada Surah an-Nur ayat 31.Secara umumnya, apa yang kita belajar di sekolah (terutama di sekolah agama atau dalam matapelajaran agama), kita diajarkan bahawa aurat wanita Islam di hadapan wanita Non-Muslim adalah seperti auratnya di hadapan lelaki bukan mahram iaitu keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Ini pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie.Tapi kenapa pulak sesama wanita Islam, aurat adalah pusat sampai lutut, sedangkan di hadapan wanita Non-Muslim, rambut pun tak boleh tunjuk? Ini sebenarnya berdasarkan athar (kata-kata Sahabat seperti Umar dan Ibn Abbas r.a) yang melarang wanita-wanita Islam menunjukkan aurat kepada wanita bukan Islam. Ini demi menjaga maruah wanita Islam, kerana ditakuti wanita bukan Islam itu akan menceritakan aurat wanita Islam kepada orang lain seperti kawan lelakinya atau suaminya.

Namun, persoalan aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ini sebenarnya ada khilaf. Malah menurut jumhur ulamak (termasuk pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie), sebagaimana wanita Islam boleh melihat aurat wanita bukan Islam kecuali antara pusat sampai lutut, maka begitulah juga aurat wanita Islam boleh dilihat oleh wanita bukan Islam, kecualilah antara pusat dan lutut. Pendapat ini lebih memudahkan terutama bagi negara majmuk seperti Malaysia. Yang mana kadang-kadang terpaksa berkongsi satu bilik hostel dengan bukan Islam contohnya.

Namun, sekalipun ada pendapat yang lebih ringan, sepatutnya kita berpegang pada pendapat yang lebih ketat demi menjaga maruah diri.. cuma bila dah tak dapat nak elak, maka tiada masalah nak bertaqlid pada pendapat yang lebih ringan.Begitulah kisahnya.

Pendek kata,Kalau ada pilihan carilah kedai gunting rambut wanita Islam. Rasanya di Malaysia tak ada masalah nak cari.Tapi kalau dah kawasan tu memang tak ada sebijik pun kedai wanita Islam. Maka kita guna pakailah hukum khilaf di atas.

Terima kasih..