Pil Shaklee Tambah Susu?
Ramai yang terkeliru dan mungkin bila keliru tu adalah kerana penyampaian maklumat yang tidak tepat atau tidak sampai pada dirinya. Rata-rata kita tengok sekarang, banyak distributor shaklee yang menjual set-set vitamin tertentu untuk tambah susukan.Sebelum mana-mana ibu membuat pilihan, diri sendiri perlu dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan. Memanglah di luar sana banyak produk tambah susu tapi adakah ianya umpama kuasa magic yang boleh membuatkan susu jadi banyak mencurah-curah hanya dengan sekali pengambilan vitamin? Lainlah kalau kita ambil pil hormon seperti motilium untuk keluarkan susu walaupun tidak melahirkan, itu pun bersyarat, tetap kena rangsang susu dengan menyusukan pada bayi, tidaklah ianya bila telan sebiji terus datang susu mencurah-curah.
Ilmu breastfeeding bukan datang semulajadi, ianya harus dipelajari. Dan bila kita faham apa konsep pengeluaran susu badan ini dan apa faktor-faktor yang mempengaruhinya, maka amatlah mudah kita nak memahami konsep penyusuan susu ibu itu sendiri.
Pertama sekali yang mesti kita faham adalah konsep "demand & supply". Jika kurang permintaan maka kuranglah juga pengeluaran. Contoh ibu malas nak pam susu atau susukan bayi kadang-kadang sahaja, tapi mengharapkan susu badan 8 botol sehari, mustahillah di situ walaupun telan pelbagai pil tambah susu.
Jangan terkeliru dengan pil tambah susu dan juga perkara wajib yang perlu kita buat. Mengepam dan menyusukan bayi secara direct adalah wajib, sementara itu jika ingin mengambil supplement bagi membantu kita dalam penyusuan juga tidak salah. Jika faham konsep demand & supply, ibu tidak akan terkeliru lagi.
Macam set yang dicadangkan untuk ibu menyusu, kenapa kita ada sertakan sekali vitamin b complex dalam tu? Sebabnya vitamin b complex adalah salah satu agen anti stress. Mesti tau pengaruh persekitaran yang boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu. Bukankah stress juga akan menyebabkan susu ibu merudum? Jadi dengan pengambilan b complex dapat membantu ibu lebih relax dan tidak stress dengan rutin harian menyusukan yang memerlukan banyak kesabaran. Jadi, buang salah faham yang menyatakan sebab b complex lah susu ibu bertambah banyak, tapi lihat dari sudut pandangan yang lagi satu.
Dalam set tambah susu shaklee juga ada dibekalkan vitalea iaitu sejenis multivitamin. Biasalah dalam seharian seorang ibu yang menyusu, badan mungkin agak lesu ataupun rasa penat kan. Jadi pengambilan multivitamin tidak salah sama sekali, malah ia bagus untuk stamina kita sebagai ibu dan juga isteri yang perlu uruskan rumahtangga. Apa kaitannya dengan tambah susu? Bila kita penat dan lesu, kemungkinan tiada tenaga dan rasa malas untuk mengepam dengan konsisten. yelah jika terlelap awal, jadual pam sudah jadi tunggang langgang. Dan mungkin dalam sehari hanya satu kali pam walhal sepatutnya 3 jam sekali. Bila jadual pam pun tidak konsiten, maka ia juga mempengaruhi penghasilan susu. Susu badan akan makin lama makin sedikit disebabkan kurangnya rangsangan. Dan sekali lagi konsep demand & supply itu digunakan di sini.
Jadi, walau apa pun pilihan kita, dan apa pun pilihan ibu yang lain, jangan cepat menghukum. Mungkin ada ibu yang perlukan vitamin supaya beliau dapat meneruskan penyusuan dengan lebih lancar. Mungkin ada ibu yang tidak perlukan atas sebab tersendiri. Jika vitamin tidak perlu diambil oleh ibu menyusu, masakan berlambak di pasaran keluarnya pelbagai jenis "milk booster". Hakikatnya samada ia serasi dengan tubuh badan seseorang, adalah subjektif. Di harapkan selepas ini, moga jelas kaitan konsep demand & supply dengan pil tambah susu badan sebagai alternatif yang saling memerlukan antara satu sama lain.
credit